Sabtu, 17 Januari 2009

ADA KALANYA KENA JUGA RASA WAS-WAS DENGAN SPR - Malaysiakini

Saya sendiri rasa hairan dengan keyakinan SPR menyatakan bahawa 90% akan keluar mengundi untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Menurut maklumat yang diperolehi dari blog siasah, Sehingga jam 12 tengahari tadi, peratus mengundi hanya 42 peratus manakala jam 2 petang, peratus mengundi adalah 52 peratus. Biasanya jika kita lihat mana-mana mood setiap kali pilihanraya tidak kira PRU @ PRK bila time waktu petang biasanya jumlah yang keluar mengundi akan mula menurun berbanding dengan waktu pagi. Jadi sasaran untuk sampai ke angka 90% sudah pasti ada sukar dan jadi kenapa SPR boleh meletakkan keyakinan yang tinggi ??? Macam ada sesuatu yang tak kena dalam PRK kali ini....

Jika ini berlaku mungkin ia satu keajaiban dan kesungguhan pengundi dari Kuala Terengganu yang bersemangat mengundi pengundi pilihan mereka ataupun ini merupakan salah satu strategi SPR untuk memenangkan BN. Mana la tau, silap-silap haribulan polis yang dihantar berkawal di Kuala Terengganu itulah yang menjadi dalang untuk memangkah undi dan seterusnya membolehkan Wan Farid menang di Kuala Terengganu. Ini hanya spekulasi dari saya saja tetapi tidak mustahil jika ia menjadi kenyataan..Tinggal beberapa minit sahaja dan moga kemenangan menjadi milik PAS insya-Allah...

p/s : tak sangka Puan Aflah mempunyai pandangan yang serupa

Tiada ulasan: