DSAI mengumumkan 16 Sept merupakan tarikh pembentukan kerajaan baru di Malaysia. Satu fenomena yang baru serta bakal memperlihatkan perubahan politik tanahair. Jika ditakdirkan insya-Allah Malaysia akan ditadbir oleh Pakatan Rakyat dimana kita dapat lihat gabungan tiga Parti pembangkang iaitu PAS, KeADILAN dan DAP.
Saya tidak risaukan sapa nak jadi PM atau TPM bila PR memerintah kelak, cuma bila saya terbaca kenyataan dari Lim Guan Eng berkenaan isu Malay Malaysia membuatkan saya berasa bimbang dan bagaimana nasib PAS. Adakah PAS sanggup mengorbankan prinsip yang mereka perjuangkan selama ini ??
Saya tidak berminat untuk mengulas tentang isu Malaysia Malaysian yang dicanang oleh DAP, sebaliknya saya mahu pembaca sekalian berfikir berkenaan dengan isu ini. Tidak mustahil jika PAS keluar dari PR jika tuntutan mereka membawa konsep Negara Islam ditolak oleh rakan-rakan dari Pakatan rakyat. Yang pasti PKR sentiasa bimbangkan perkara ini.
Persoalan ini sentiasa timbul bukan kepada ahli PAS sahaja bahkan ia membabitkan pimpinan atasan. Tapi saya ada pandangan saya sendiri, dalam perkara ini saya yakin yang Tuan Guru Presiden pasti ada membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan konsep Negara Islam di Malaysia bersama DSAI.
Berlainan pula dengan kenyataan Bang Mat yang suka mengambil keputusan tunggu dan lihat. Sila klik disini untuk berikutnya. Begitu juga dengan pandangan peribadi Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi. klik disini untuk membaca terus kenyataan beliau. Yang pasti kenyataan beliau ada juga kebenarannya.
Bagi saya apa jua keputusan, pandangan dan jawapan marilah kita nantikan bersama dan yang pasti kita tunggu sajalah 16 September ini apa yang berlaku. Tetapi realitinya bukan saja UMNO dan BN yang bimbang, bahkan kebimbangan ini turut dirasai oleh PAS..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan