Jumaat, 21 November 2008

Satu Lagi Projek 'KERA'jaan Barisan Nasional Melaka, Jeti RM 3 Juta Runtuh - Malaysiakini


Beginilah cara Kerajaan Barisan Nasional Melaka melaksanakan kerja. Entah mana silapnya jeti yang bernilai RM 3 juta runtuh akibat dipukul ombak ketika air pasang besar melanda beberap hari lalu.

Keadaan itu juga mengakibatkan harapan 50 nelayan hancur lebur yang mahu kerja pembinaan pembinaan itu siap mengikut jadual.

Kejadian ini berpunca daripada kesilapan pemaju yang gagal melaksanakan pembinaan mengikut spesifikasiyang ditetapkan, hingga menyebabkan jeti yang dibina diatas tanah mendap tidak kukuh lalu runtuh apabila dipukul ombak.

Persoalannya, kenapa pihak pemaju tidak melakukan kajian yang lebih terperinci sebelum melaksanakan sesuatu kerja dan adakah pemaju yang dipilih merupakan pemaju yang ber'level' 'cokia' ataupun jenis tangkap muat ataupun yang lebih penting siapa yang memilih pihak pemaju ini untuk projek jeti tersebut..??

Jika amalan ini berterusan alamatnya jeti Serkam ini bakal menerima nasib yang serupa sepertimana dialami projek pembinaan makmal komputer di sekolah yang kerap runtuh sebelum ini. Ini baru runtuh, takut dimasa akan datang jeti ini pula bakal meragut nyawa manusia kelak.....Harap ada tindakan yang segera dilakukan tambahan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) juga ada kaitan dengan projek ini...

Inilah Rafidah Aziz, Cakapnya Memang Tidak Boleh Dipercayai - Malaysiakini

Jika benar Rafidah masih mahu mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita janganlah menggunakan pelan peralihan kuasa sebagai alasan. Sejak bila Rafidah yang sebelum ini digelar sebagai 'Wanita Besi' kini telah berubah menjadi 'Wanita pengecut' ??. Jadi sudah terbukti yang Rafidah memang sudah memasang niat dari awal untuk mengekalkan kerusi panas Wanita UMNO.

Saya mengambil sedikit ayat yang diungkap oleh Rafidah dan saya rasa semua sedia maklum serta jelas akan maksud sebenar Rafidah. Sila baca dibawah :-

'Jika "dipercepatkan" kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat, dengan Shahrizat menang tanpa bertanding. '

'Ini menidakkan hak dan kemahuan 117 bahagian yang telah mencalonkan saya untuk pegang jawatan hingga Jun 2009.'

Nampaknya sudah jelas yang semua ini adalah agenda Rafidah. Jadi saya rasa semua pembaca faham bukan politik yang dimainkan oleh Rafidah. Bagi saya ini merupakan kejayaan pertama Rafidah cuma saya merasakan beliau dalam proses mengatur strategi bagaimana hendak menewaskan Shahrizat yang kini sudah memperolehi sokongan yang lebih ramai berbanding beliau. Tempoh masa 4 bulan dari sekarang macam-macam boleh berlaku dan saya ramalkan yang Rafidah berjaya menewaskan Shahrizat dan Shahrizat bakal menerima nasib sepertimana yang timpa oleh Zaharah Sulaiman sebelum ini..Tak percaya ker ?? lu tengoklah sendiri...tetapi kena ingat, realitinya inilah politik jika anda berada dalam UMNO...

Alahai....Jahilnya Zahid Hamidi - Malaysiakini

Saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh sahabat Angkasnuri berhubung dengan isu Solat Jumaat. Berita ini juga telah di'sensasikan' oleh Akhi Sofi di blog beliau. Bukan hendak mempertikaikan keimanan sesiapa, tetapi semua sedia maklum terutama kaum Adam yang beragama Islam bahawa hukum Solat Jumaat ialah Fardhu ain, makna kata ia wajib dilaksanakan jika tiada masalah uzur. Maybe sahabat-sahabat lain boleh mengetengahkan lagi isu ini.

Tetapi Zahid Hamidi berbeza pula pandangannya. Baliau yang beragama Islam sepatutnya berfikir akan masalah ini sebaliknya bukan melenting dan mempertikaikan keimanaan RPK. Soal itu biar Allah yang tentukan tetapi sebaliknya dalam isu ini Zahid Hamidi perlu membuat satu anjakan agar perkara ini tidak berulang di masa akan datang serta maruah orang Islam juga terbela. Kena ingat, tahanan ISA semuanya ditahan tanpa bukti...jadi siapa yang mahu tanggung semuanya....

sumber dari Angkasnuri



Imam Samudra,Mukhlas dan Amrozi sedang mendengar Khutbah


Datuk Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melenting bila Raja Petra Kamarudin mempertikaikan prosedur tahanan ISA beragama Islam yang tidak dibenarkan sembahyang Jumaat.

Beliau berkata, solat Jumaat memang tidak diizinkan bagi tahanan ISA dan janganlah sesiapa memberi alasan untuk mempetikaikannya.

Saya tak bercadang nak mempertikaikannya tetapi cuma sekadar hendak berkongsi bahawa 3 orang pengebom Bali iaitu Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra yang dijatuhkan hukuman mati baru-baru ini pun masih lagi dibenarkan sembahyang Jumaat dan sembahyang raya sementara menanti tarikh pelaksanaan hukuman mati dilakukan.

Terkini : Shahrizat VS Rafidah Mac 2009 - Malaysiakini

Akhirnya Rafidah bakal mendapat tentangan dari naibnya sendiri iaitu Shahrizat dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Rata-rata ramai sudah menjangkakan bahawa Shahrizat akan membuat keputusan yang luar dari dugaan Rafidah.

Tahniah diatas keberanian anda Shahrizat. Tetapi dalam situasi ini ada bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku, dimana :-

1. Jarak masa yang perhimpunan Agung UMNO yang terlalu panjang dimana ia akan diadakan pada bulan Mac 2009. Tidak mustahil para perwakilan yang sebelum ini menyokong Shahrizat akan berpaling tadah jika Rafidah melaksanakan 'plan' susulan.

2. Masalah politik wang juga boleh mengakibatkan Shahrizat tersungkur. Tambahan Rafidah dengan isu politik wang sudah menjadi darah dagingnya. Lihat sahaja isu AP sebelum ini. Berapa banyak keuntungan beliau kaut melalui isu AP sahaja....

3. Jika Rafidah masih bertegas dengan plan peralihan kuasanya, beliau pasti berusaha merangka strategi seterusnya. Saya pasti Rafidah masih lagi bernafsu untuk terus bernafas di dalam politik UMNO, serta memastikan beliau ditempatkan semula di dalam kabinet Malaysia.

Ini sekadar 'kemungkinan' dari saya. Tetapi jika perhimpunan Agung UMNO diadakan pada hujung tahun ini saya merasakan karier politik Rafidah mungkin sudah berkubur awal ini berikutan lebih 100 bahagian menyokong Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

Sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang Rafidah dan sebahagian bahagian yang mencalonkan Rafidah pun kini beralih sokongan kepada Shahrizat. Apa2hal kita tunggu kisah selanjutnya, tambahan pula Pak Lah sudah mula bersuara untuk menyelesaikan kemelut yang melanda keatas makcik-makcik ni...

Khamis, 20 November 2008

Beranikah Shahrizat ?? - Malaysiakini

Berani atau tidak kita nantikan bersama keputusan Shahrizat hari ini ( Khamis - 20 Nov 2008 ). Kita lihat sejauh mana keberanian Shahrizat, adakah beliau akan menjadi seperti si Jebat di dalam cerita Laksmana Hang Tuah atau sebaliknya. Jika menurut akhbar portal Malaysiakini, Shahrizat berkemungkinan akan mengumumkan yang beliau bersedia bertanding menentang Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita UMNO. Tambahan pula beberapa bahagian dan negeri yang sebelum ini mencalonkan Rafidah sudah berpaling tadah dan kini memihak kepada Shahrizat.

Jadi atas faktor inilah yang menyebabkan Shahrizat berani bersuara. Syabas Shahrizat diatas keberanian anda walaupun berkemungkinan anda bakal kehilangan kuasa, tetapi keberanian yang sebeginilah yang dicari. Alangkah bagusnya jika keberanian ini diterapkan di dalam perjuangan Islam. Tentu Shahrizat boleh dipanggil sebagai srikandi Islam...

p/s : Saya dah macam wanita UMNO pulak, asyik citer pasal depa jer..he he he

Tak Pasal-Pasal Raihan, Rabbani, Hijjaz Jadi Mangsa - Malaysiakini

Ekoran 'Sajak Kematian' yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, tempiasnya turut dirasai oleh kumpulan nasyid popular tanahair seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz.

Hairan sungguh saya, Setelah lebih 10 mereka berkecimpung di dalam bidang seni suara kenapa baru sekarang media hendak mengungkit penglibatan mereka di dalam Al-Arqam. Tak habis-habis lagi ker menganggu periuk nasi orang. Memang sudah menjadi tanggungjawab mereka menjalankan tugas tetapi laksanakan tugas secara berhemah, tak pasal2 disebabkan isu ini mereka terpaksa mengeluarkan
statement bagi menafikan yang mereka terlibat dengan kegiatan Al-Arqam.

Entah hapa-hapa entah media Malaysia ni. Yang dibincangkan ialah isu 'Sajak Kematian' tetapi kumpulan nasyid ini pula yang menjadi mangsa. Tak paham cerita sebenar kot agaknya. Harap lepas ni media jangan dok serbu tak tentu pasal..nanti tak pasal2 jadi macam
wartawan Melodi dalam kes baru-baru ini...

Rabu, 19 November 2008

Rafidah Mula Dilanda Tekanan - Malaysiakini

Isu Wanita UMNO semakin meruncing dimana Pak Lah terpaksa hadir untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Untuk pusingan seterusnya saya dapat lihat giliran Rafidah menerima tekanan.

Rafidah yang bertegas dengan pelan peralihan kuasanya pada jun 2009 dinasihatkan oleh Wanita UMNO Sabah agar mencontohi Pak Lah yang sanggup mempercepatkan peralihan kuasanya dari tahun 2010 kepada Mac 2009.

Tekanan kepada Rafidah yang kononnya digelar 'wanita besi' (bagi saya ia sudahpun berkarat) semakin berganda ekoran Wanita UMNO Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pelan peralihan kuasa yang dicanang Rafidah.

Pendekkan cerita, hampir semua negeri sudah muak dengan karenah Rafidah yang sengaja melambatkan pelan peralihan kuasa. mereka semua sudah sedar bahawa akibat pelan peralihan kuasa inilah mengakibatkan pergerakan Wanita UMNO semakin bergolak. Justeru itu, saya merasakan agar elok sahajalah Rafidah ini mengundurkan diri dari pergerakan Wanita UMNO. Cukuplah dengan kerja bodoh yang beliau lakukan selama ini. Sepatutnya dah saat-saat hendak mengundurkan diri biarlah diri tu dikenang bukannya dihina dan dicerca oleh pelbagai pihak..itupun tak bole pikir ker ???