Isnin, 3 November 2008

Alangkah Bagus Jika Harga Minyak Sebelum Ini RM 1.92 - Malaysiakini

Jumaat Lepas Kerajaan Malaysia yang di dokongi oleh UMNO dan Barisan Nasional sekali lagi menurunkan harga minyak petrol untuk kali yang ke 4 dalam tempoh 2 - 3 bulan. Baik sungguh kerajaan Barisan Nasional kerana memahami kehendak rakyat, tetapi kenapa ketika harga minyak RM 1.92 seliter kerajaan BN takde usaha nak turunkan. Jika tidak pasti rakyat dapat menikmati harga minyak yang cuma harganya RM 1.37 seliter.

Selain itu, kehidupan rakyat juga tidak akan melarat dan harga barang pula tidak akan melambung tinggi. Cerdik sungguh cara pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Dulu rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dah explain, jangan naikkan harga minyak tapi Kerajaan BN tetap dengan sombong 'bangangnya'dan siap beritahu kalau turun harga minyak negara akan bangkrap. Sekarang tup tup dah mula turun harga..Kepada kalian semua, cukup2lah sokong kerajaan BN yang 'bangang' ini....Dah 50 tahun memerintah tapi asyik menyusahkan orang saja.....Kalau tak reti nak memerintah, jangan nak memerintah..Nanti negara betul2 bangkrap semua orang pulak yang susah....

Cukup-Cukuplah Tu Ku Li - Malaysiakini


Hari ini merupakan saat manis buat Najib ekoran kejayaan beliau memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Pencabar beliau iaitu Ku Li hanya mendapat 1 pencalonan setakat ini dan itupun pencalonan dari UMNO bahagian beliau sendiri.

Kepada Ku Li, hentikan sahaja niat anda hendak memulihkan UMNO. Para pimpinan dan semua ahli UMNO semua sudah korup dan ia tidak mampu diubati lagi. Gunakanlah pelbagai penawar sekalimanapun, mereka tetap
macam tu. Selagi mereka bertuankan politik wang yang juga senjata utama dalam segala perebutan kuasa selagi itulah masalah dalaman UMNO tidak akan selesai. Itu belum dikira penolakan UMNO tentang perjuangan Islam.

Cadangan saya untuk Ku Li, alangkah baik jika Ku Li berundur dari arena politik tanah air ataupun Ku Li sendiri menyeberangi ke Pakatan Rakyat yang lebih bersungguh berjuang untuk kebajikan rakyat. Bagi saya, cadangan ini berasas kerikutan niat Ku Li yang benar-benar mengambil berat akan hak dan kepentingan rakyat. Justeru itu, usaha untuk beliau memulihkan UMNO hanyalah satu usaha yang sia-sia dan jika beliau berada dalam Pakatan Rakyat insya-Allah segala buah fikiran dari beliau akan difikir untuk dilaksanakan berbanding UMNO yang hanya sebuah badan Parti yang lebih menfokuskan politik berkepentingan untuk individu-individu tertentu semata-mata..

Razak Baginda : Adegan Yang Ingin Kita Lihat - Malaysiakini

Dalam satu perbicaraan di mahkamah negeri Pasir Dua Butir melibatkan satu kes pembunuhan seorang warga Gonggolia yang dibunuh menggunakan bom EX5. Dua orang terduduh merupakan anggota polis khas yang menjadi pengiring pemimpin kanan tokoh politik negeri Pasir Dua Butir.

Hakim : Awak berdua telah dituduh dibawah seksyen 007 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan niat membunuh mangsa pada tarikh 31 Oktober 2006. Apa pengakuan kamu?

Tertuduh 1 dan 2 : Tidak bersalah Yang Arif ( hampir serentak )

Hakim : Ada apa-apa yang kamu nak perkatakan tentang tuduhan ini ?

Terduduh 1 : Saya diarahkan oleh isteri dan pemimpin kanan negeri Pasir Dua Butir Yang Ariff?

Hakim : TAK RELEVAN...Tertuduh 2, ada apa-apa kenyataan dari kamu ?

Tertuduh 2 : Timbalan Perdana Menteri negeri Pasir Dua Butir yang arahkan untuk bunuh Yang Ariff ?

Hakim : TAK RELEVAN...( sambil batuk-batuk dan membuka plastik gula Hacks lalu dimasukkan ke mulutnya ). Pihak pembela ada apa-apa yang anda hendak hujahkan terhadap tuduhan kepada anak guaman awak ?

Peguam Bela : Saya memohon untuk memanggil isteri TPM negeri Pasir Dua Butir sebagai saksi.

Hakim : TAK RELEVAN...kemukakan cadangan saksi lain ?

Peguam Bela : Kalau macam tu, saya cadang nak panggil TPM negeri Pasir Dua Butir sebagai saksi.

Hakim : TAK RELEVAN...OK..ada bukti baru yang awak hendak kemukakan dalam perbicaraan ini ?

Peguam bela : Pihak kami hendak kemukakan gambar TPM negeri Pasir Dua Butir yang pernah makan malam di Peris bersama dengan mangsa dan tertuduh ?

Hakim dan pendakwaraya : TAK RELEVANNNNN....( hampir serentak )

Mukhriz Bakal Tewas, Ketua Pemuda Milik Khairy - Malaysiakini


Sebelum ini saya merasakan Mukhriz bakal menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru dengan mengantikan Hishamudin tun Hussein, itupun jika KJ dan Khir Toyo gagal melepasi kuota pencalonan tetapi apabila Khairy dan Khir Toyo sudah melepasi kelayakan untuk bertanding saya merasakan Mukhriz bakal tewas dalam pemilihan kelak.

Kenapa saya berpandangan sedemikian dan kenapa saya memilih KJ sebagai Ketua Pemuda yang baru. Ini jawapannya, tetapi ianya sekadar pandangan peribadi dan tidak perlu untuk diperbesarkan.

1. Mukhriz tidak berani berdebat berbanding dengan KJ berkaitan matlamat yang hendak mereka perjuangkan sebagai Ketua Pemuda UMNO
2. Mukhriz hanya mengikut telunjuk Mahathir berbanding KJ yang berani melakukan apa jua perkara walaupun ia dibenci
3. Pengaruh Mukhriz banyak bergantung kepada Mahathir berbanding KJ, walaupun beliau memperalatkan Pak Lah tetapi beliau berusaha untuk mencari identitinya sendiri
4. Mukhriz berani apabila di'palu' oleh Mahathir berbanding KJ yang ada 'team'nya sendiri untuk berdikari

Rasanya cukup sekadar disini. Banyak lagi jika mahu ditulis dan menurut ramalan nujum Pak Belalang, KJ akan menang sebagai Ketua, Khir Toyo pula mendapat undi kedua terbanyak dan Mukhriz yang ketiga. Ini semua berikutan sokongan para perwakilan yang hadir. Perlu diingat, cadangan dari bahagian berbeza semasa hari pengundian semasa pemilihan dijalankan. Almaklumlah, tempoh 3 bulankan tempoh masa yang panjang, macam2 boleh berlaku. Selain itu kalian semua kena ingat, semasa isu politik wang dibangkitkan, kenapa hanya Mukhriz saja yang lantang bersuara sebaliknya kenapa mamat 2 orang ni tidak selantang Mukhriz ??. Saya tak tuduh mereka berdua terlibat dengan politik wang, tapi kalian semua berhak berfikir..

Khamis, 30 Oktober 2008

Menara Taming Sari :Tak Sampai Setahun, Dah Banyak Kali Rosak - Malaysiakini

Hari ini anak saya yang berumur 4 tahun mengikuti rombongan tadikanya melawat sekitar Melaka dengan menaiki bas merah dua tingkat yang diimport khas dari Kota London. Di antara tempat yang akan dilawati ialah Menara Taming Sari.

Seronok betul anak saya lebih-lebih lagi bila dapat tahu cikgunya akan bawa naik menara Taming Sari. Tetapi masa balik dari lawatan tadi, anak saya marah-marah. 'Cikgu kata nak naik menara Taming Sari, tapi kenapa tak naik ?". Lalu saya bertanya pada cikgunya sebab tak naik menara Taming Sari.

Rupa-rupanya menara Taming Sari rosak! Untuk dapat kepastian saya saja menghubungi pihak pengurusan menara. Confirm, memang rosak dari semalam lagi. Menurut pihak pengurusan, kejadian ini bukan pertama kali dah selalu berlaku.

Maknanya semalam Shah Rukh Khan yang menerima anugerah Datuk dan dijadualkan akan dibawa menaiki Menara Taming Sari untuk mempromosikan produk pelancongan Melaka yang terkini itu kempunan tak dapat merasai bagaimana menara tersebut berputar menuju ke atas melihat panorama bandaraya Melaka.

Menara berkenaan baru sahaja beroperasi pada 18 April lalu tetapi telah banyak mendatangkan masalah kepada pengunjung. Kosnya yang mencecah RM 23 juta memang tidak berbaloi dalam usaha kerajaan negeri menarik pengunjung ke Melaka. Lebih memalukan apabila Shah Rukh Khan turut menjadi mangsa masalah yang dialami. Harap-harap, Shah Rukh Khan tidak menceritakan masalah menara tersebut kepada masyarakat luar kerana bimbang anugerah Datuk yang diterimanya akan ditarik balik !

sumber : Angkasanuri

257,411 Bayi Luar Nikah - Malaysiakini

Gejala keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi di Malaysia berada ditahap begitu kritikal. Ini ekoran makluman dari salah sebuah akhbar tempatan bahawa seramai 257,411 bayi luar nikah dilahirkan sejak tahun 2000 sehingga Julai lalu.

Malangnya Malaysia yang dipanggil sebagai Negara Islam selama ini rupa-rupa antara negara penyumbang untuk melahirkan 'produk haram'. Sedih sekali bila membaca berita ini, Apa agaknya usaha kerajaan selepas mendengar permasalahan ini. Bagi saya ia sudah terlalu serius dan wajar untuk diperbincangkan bagi mengatasi masalah ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Walaupun tiada perincian dibuat tetapi saya dapat jangkakan majoriti yang terlibat di dalam gejala ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Inilah kesannya jika Islam pun dipolitikkan dan bukannya untuk dilaksanakan..Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil jika Malaysia akan menjadi seperti negara jiran kita, Thailand. Apa yang dapat saya risaukan, bagaimana agaknya generasi ini hendak mentadbir negara pada masa akan datang ??

Pasukan Bola Sepak Malaysia Pantang Di Puji - Malaysiakini

Baru saya memuji kehebatan pasukan bola sepak negara yang membelasah pasukan Myanmar 4-0 di dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini. Wartawan dari akhbar-akhbar tempatan menghamburkan pelbagai pujian diatas kehebatan pasukan bola sepak negara diatas kemenangan besar dalam 4 perlawanan berturut-turut tanpa bolos. Sehinggakan akhbar kosmo mengeluarkan tajuk 'APA ADA PADA VIETNAM'.

Tapi itu hanya seketika, mimpi ngeri pasukan Malaysia berulang kembali. Hilang rasa bongkak selepas pasukan negara dimalukan oleh pasukan bawah 23 tahun Vietnam dimana Malaysia tewas dengan sepakan penalti 6-5 selepas perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berakhir dengan kedudukan 0-0.

Inilah fenomena yang sentiasa melanda pasukan Malaysia. Entah bila agaknya Pasukan negara mampu mengembalikan reputasi sebagai pasukan terhebat asia. Jepun yang suatu ketika dulu yang agak tenggelam dikancah sukan bola sepak kini sudah menjadi antara pasukan yang digelar sebagai gergasi asia dengan 3 kali penyertaan di dalam perlawanan Piala Dunia.

Bagi saya, sokongan terhadap pasukan bola sepak negara tidak pernak pudar, cuma diharapkan agar pemain bermain dengan bersungguh-sungguh seperti pemain era 70-80an. Selain itu FAM perlulah mengkaji dengan lebih terperinci bagi membangunkan dan memperbaiki mutu bola sepak negara, serta menjadikan semula pasukan negara sebagai pasukan yang digeruni...