Hari ini anak saya yang berumur 4 tahun mengikuti rombongan tadikanya melawat sekitar Melaka dengan menaiki bas merah dua tingkat yang diimport khas dari Kota London. Di antara tempat yang akan dilawati ialah Menara Taming Sari.
Seronok betul anak saya lebih-lebih lagi bila dapat tahu cikgunya akan bawa naik menara Taming Sari. Tetapi masa balik dari lawatan tadi, anak saya marah-marah. 'Cikgu kata nak naik menara Taming Sari, tapi kenapa tak naik ?". Lalu saya bertanya pada cikgunya sebab tak naik menara Taming Sari.
Rupa-rupanya menara Taming Sari rosak! Untuk dapat kepastian saya saja menghubungi pihak pengurusan menara. Confirm, memang rosak dari semalam lagi. Menurut pihak pengurusan, kejadian ini bukan pertama kali dah selalu berlaku.
Maknanya semalam Shah Rukh Khan yang menerima anugerah Datuk dan dijadualkan akan dibawa menaiki Menara Taming Sari untuk mempromosikan produk pelancongan Melaka yang terkini itu kempunan tak dapat merasai bagaimana menara tersebut berputar menuju ke atas melihat panorama bandaraya Melaka.
Menara berkenaan baru sahaja beroperasi pada 18 April lalu tetapi telah banyak mendatangkan masalah kepada pengunjung. Kosnya yang mencecah RM 23 juta memang tidak berbaloi dalam usaha kerajaan negeri menarik pengunjung ke Melaka. Lebih memalukan apabila Shah Rukh Khan turut menjadi mangsa masalah yang dialami. Harap-harap, Shah Rukh Khan tidak menceritakan masalah menara tersebut kepada masyarakat luar kerana bimbang anugerah Datuk yang diterimanya akan ditarik balik !
sumber : Angkasanuri

3 ulasan:
saudara,
Dari banyak kandungan blog saudara ini saya berpendapat saudara hanya melihat sesuatu dari satu sudut sahaja iaitu sudut negatif.Tiada satupun yang membenarkan tindakan kerajaan.Saudara hanyalah seorang pengulas diatas rencana dan kenyataan dari sumber lain.Ada kreativiti tetapi bagi la equal ...saudara perlu guna mata fikir untuk melihat sesuatu dari dua sudut dan pertimbangkan.RAMAI YANG MAMPU KOMEN TETAPI TIDAK TAHU CADANGAN PENYELESAIANNYA.cakap senang laksana susah.
bengang yer bace komen orang2 kurang pandai macam kat atas tu... kalo susah nak laksanakan, kasik la kat orang yang RASA MUDAH nak laksanankan... kurang pandai betul...
erm salam saudara..maaf kiranya kiriman ini akan mengundang ketidakselesaan dlm hidup saudara..tp sy juz ingin berckp dari pihak yg benar selaku pihak pengurusan menara taming sari..sya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara atas keprihatinan saudara mengikuti segala perkembangan menara taming sari..cume bagi saya lebih elok kalo saudara pk kan segalanya sebelum menulis...bukankah mengikut kata-kata abu saif itu Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan..saya rasa saudara lgi memahami kata2 ini jika dibndgkan sya yg terlalu cetek ilmu ini..-)
mcmnielah saudara jika saudara kata menara ini sudah rosak bnyk kali apa buktinya?coz pihak pengurusan sendri tidak mendapat apa2 panggilan menanyakan tentg menara ini pd hari tersebut..saya berckp kerana saya yang akn menjawab segala pertanyaan tentg menara dan komplen customer tp xde pulak yg bertnyakan menara tersebut..
sebelum berckp kita perlu memberikan hujah2 yg betul supaya org boleh memahami buknnya berckp mengikut hati..-:)
menara taming sari ditutup bukn disebbkan rosak tetap disebbkan bbrapa kerja2 penyelenggaraan yg mmg dilakukan setiap bulan bg menlancarkan operasinya..huhu kita amik cth mcm lif r..sebuah lif walaupun digunakan setiap hari tp bila waktunya untuk diselenggarakan dia akn terhenti sama jugalah seperti menara kami ini..saya berckp bukn untuk menyokong sebelah pihak or kerana saya bekerja disini tp sya berckp kerana ingin membetulkan fakta yg salh...n lagi satu berkenaan fakta saudara yg mengatakan s.r.k dtg megambil gelaran datuk n berkeinginan naik kemenara tp terpksa dibtlkn kerana menara rosak, sy rasa itu fakta yg sgt slh coz pihak kami sendri tidak menerima ape2 maklumbls or hitam putih yg mengatakan s.r.k akan dtg menaiki menara kami pd hri tersebut..dari mana yer saudara dpt maklumat tue..bolh bg sumbernya pda sya?-:)
n berkenaan pembaziran yg dilakukan oleh kerajaan negeri berkenaan pembinaan menara yg berjumlah RM 23 juta..bg saya ia bukanlah pembaziran ttpi sebagai slah satu pembaharuan yg ingin diketengahkan oleh kerajaan melaka..kalau x xdelah leh dpt gelaran melaka bandaraya warisan dunia...btul x-:)
erm setakat ini menara taming sari merupakan slah satu mercu tanda di negeri melaka sekaligus membantu mempromosikan melaka ke pelosok dunia melalui pelbagai program promosi yg kmi lakukan...
lagi satu untuk pengetahuan pihak saudara menara taming sari telah mencatatkan jumlah kutipan lebih kurang RM 2 juta lebih dari mula pembukaannya pada 18 april 2008..
saya xfham dri segi mana saudara memandang sesebuah pembangunan itu merupakan satu pembaziran..-:)harap maaf kalo kata2 sy ini tidak sesuai sy cume ingin mengatakan yg bnar kerana xbaik kita juz tahu berckp tp xpenh nk memahami-:)
Catat Ulasan