Khamis, 30 Oktober 2008

Pasukan Bola Sepak Malaysia Pantang Di Puji - Malaysiakini

Baru saya memuji kehebatan pasukan bola sepak negara yang membelasah pasukan Myanmar 4-0 di dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini. Wartawan dari akhbar-akhbar tempatan menghamburkan pelbagai pujian diatas kehebatan pasukan bola sepak negara diatas kemenangan besar dalam 4 perlawanan berturut-turut tanpa bolos. Sehinggakan akhbar kosmo mengeluarkan tajuk 'APA ADA PADA VIETNAM'.

Tapi itu hanya seketika, mimpi ngeri pasukan Malaysia berulang kembali. Hilang rasa bongkak selepas pasukan negara dimalukan oleh pasukan bawah 23 tahun Vietnam dimana Malaysia tewas dengan sepakan penalti 6-5 selepas perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berakhir dengan kedudukan 0-0.

Inilah fenomena yang sentiasa melanda pasukan Malaysia. Entah bila agaknya Pasukan negara mampu mengembalikan reputasi sebagai pasukan terhebat asia. Jepun yang suatu ketika dulu yang agak tenggelam dikancah sukan bola sepak kini sudah menjadi antara pasukan yang digelar sebagai gergasi asia dengan 3 kali penyertaan di dalam perlawanan Piala Dunia.

Bagi saya, sokongan terhadap pasukan bola sepak negara tidak pernak pudar, cuma diharapkan agar pemain bermain dengan bersungguh-sungguh seperti pemain era 70-80an. Selain itu FAM perlulah mengkaji dengan lebih terperinci bagi membangunkan dan memperbaiki mutu bola sepak negara, serta menjadikan semula pasukan negara sebagai pasukan yang digeruni...

1 ulasan:

syafiqnawi berkata...

Bolasepak kita pada zaman dulu dan sekarang lain.. Bolasepak pada zaman dulu mana pernah dipolitikkan. Zaman sekarang, sukan pun nak dilibatkan dgn politik.. sebab tu lah FAM pun tak dapat nak lahirkan staff2 yang berkualiti. Bukan itu sahaja. Tiada staff yg berkualiti maka, permainan Malaysia pun tak berkualitilah.. pantang dipuji itu satu hal jugak.. Tapi walaubagaimanapun, saya adalah penyokong setia bolasepak Malaysia. Hebat camana pun English Premier League, Spain La Liga... saya tetap menyokong bolasepak tempatan, dan saya yakin..Malaysia mampu pergi jauh sebenarnye..(walaupun ranking 160 dunia..;p) ini cuma pendapat saya sahaja...trimas.