Isnin, 3 November 2008

Alangkah Bagus Jika Harga Minyak Sebelum Ini RM 1.92 - Malaysiakini

Jumaat Lepas Kerajaan Malaysia yang di dokongi oleh UMNO dan Barisan Nasional sekali lagi menurunkan harga minyak petrol untuk kali yang ke 4 dalam tempoh 2 - 3 bulan. Baik sungguh kerajaan Barisan Nasional kerana memahami kehendak rakyat, tetapi kenapa ketika harga minyak RM 1.92 seliter kerajaan BN takde usaha nak turunkan. Jika tidak pasti rakyat dapat menikmati harga minyak yang cuma harganya RM 1.37 seliter.

Selain itu, kehidupan rakyat juga tidak akan melarat dan harga barang pula tidak akan melambung tinggi. Cerdik sungguh cara pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Dulu rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dah explain, jangan naikkan harga minyak tapi Kerajaan BN tetap dengan sombong 'bangangnya'dan siap beritahu kalau turun harga minyak negara akan bangkrap. Sekarang tup tup dah mula turun harga..Kepada kalian semua, cukup2lah sokong kerajaan BN yang 'bangang' ini....Dah 50 tahun memerintah tapi asyik menyusahkan orang saja.....Kalau tak reti nak memerintah, jangan nak memerintah..Nanti negara betul2 bangkrap semua orang pulak yang susah....

1 ulasan:

miee berkata...

kita dikejutkan dengan peristiwa letupan tong gas memasak yg diisi NGV di melaka yang telah meragut nyawa.

penah rakyat malaysia dengar nama NGV? mungkin pernah n mungkin tidak tetapi apabila minyak naik dengan memdadak sebanyak 78 sen.ramai orang berpusu-pusu untuk menggunakan GAS NGV ini.sehingga sebuah tV swasta terkumaka telah menyiarkan tentang perniagaan NGV ini.

bagi golongan yang berpandapatan rendah.mereka juga ingin guna NGV tetAPi perlu kos yg tinggi.maka telah ambil cara mudah dengan menggunakan tong gas memasak untuk diisi NGV.


sudahKAH kita lihat kesan daripada kenaikan harga minyak ini yang telah meragut nyawa...