Isnin, 3 November 2008

Mukhriz Bakal Tewas, Ketua Pemuda Milik Khairy - Malaysiakini


Sebelum ini saya merasakan Mukhriz bakal menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru dengan mengantikan Hishamudin tun Hussein, itupun jika KJ dan Khir Toyo gagal melepasi kuota pencalonan tetapi apabila Khairy dan Khir Toyo sudah melepasi kelayakan untuk bertanding saya merasakan Mukhriz bakal tewas dalam pemilihan kelak.

Kenapa saya berpandangan sedemikian dan kenapa saya memilih KJ sebagai Ketua Pemuda yang baru. Ini jawapannya, tetapi ianya sekadar pandangan peribadi dan tidak perlu untuk diperbesarkan.

1. Mukhriz tidak berani berdebat berbanding dengan KJ berkaitan matlamat yang hendak mereka perjuangkan sebagai Ketua Pemuda UMNO
2. Mukhriz hanya mengikut telunjuk Mahathir berbanding KJ yang berani melakukan apa jua perkara walaupun ia dibenci
3. Pengaruh Mukhriz banyak bergantung kepada Mahathir berbanding KJ, walaupun beliau memperalatkan Pak Lah tetapi beliau berusaha untuk mencari identitinya sendiri
4. Mukhriz berani apabila di'palu' oleh Mahathir berbanding KJ yang ada 'team'nya sendiri untuk berdikari

Rasanya cukup sekadar disini. Banyak lagi jika mahu ditulis dan menurut ramalan nujum Pak Belalang, KJ akan menang sebagai Ketua, Khir Toyo pula mendapat undi kedua terbanyak dan Mukhriz yang ketiga. Ini semua berikutan sokongan para perwakilan yang hadir. Perlu diingat, cadangan dari bahagian berbeza semasa hari pengundian semasa pemilihan dijalankan. Almaklumlah, tempoh 3 bulankan tempoh masa yang panjang, macam2 boleh berlaku. Selain itu kalian semua kena ingat, semasa isu politik wang dibangkitkan, kenapa hanya Mukhriz saja yang lantang bersuara sebaliknya kenapa mamat 2 orang ni tidak selantang Mukhriz ??. Saya tak tuduh mereka berdua terlibat dengan politik wang, tapi kalian semua berhak berfikir..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya Mukhriz dari Pemuda yang berani menyalahkan Pak Lah dan menyuruh Pak Lah turun. Dimana Khairy masa itu? Kenapa pula tiba2 Khairy lebih berani ?
Mukhriz ada pendirian sendiri....dan teamnya sendiri untuk terus menjadi Ketua. Bila dah benar2 Pak Lah nak turun kerana pressure asal Mukhariz, Rafidah dan lain2...hanya sekrng baru yg lain nak tunjuk berani?

Tanpa Nama berkata...

Base on potential KJ will be a better UMNO youth leader.What he needs is to use a little bit of his oxford brain if any, this is Malaysia , we are in the East and not Western then he will make a good leader in the future.
As for Mukhriz and Toyo, both are "Busuk Hati", berdendam an attitude that will destroy UMNO in future. Just look at the way both of them behave and the way they talk. So if UMNO wants to see the grave soonest, chose either Mukriz or Toyo to lead UMNO youth.

Aapai berkata...

sebenarnya khairy dah kalah pun masa sebelum bertanding lagi,itu sebab dia nak berdebat,jikalau nak ikut status dia adalah no2 dalam pemuda umno,dan senang sahaja boleh mengatasi quota jikalau orang umno sokongnya,nak dapat quata pun pun terkial kial.kini anak sitoyo pula mengatasinya,nasib baik ada kebanyakan bahagian kelantan sokongnya,psal orang kelantan ta suka mahathir.