Sabtu, 30 Ogos 2008

Tahniah Azhan

Jutaan tahniah diucapkan kepada saudara Azhan kerana berjaya mendapat juara untuk Akademi Nasyid yang diadakan buat kali pertama..Semoga kehidupan beliau sentiasa berjaya selepas ini....tahniah sekali lagi...teruskan perjuangan..

silembik : pakat ngan isteri untuk undi Azhan

Merdekakah kita ???


Esok ( 31 Ogos ) kita semua akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara buat kali ke 51. Bersyukurlah kerana negara kita bebas daripada cengkaman penjajah sejak kedatangan Portugis di Melaka.

Walaupun kita bebas dari cengkaman penjajah hakikatnya pemikiran sebilangan masyarakat dan pemimpin masih lagi dijajah. Budaya barat semakin menjadi ikutan masyarakat Malaysia kini. Kenapa ?? lihat sahaja apa yang saya nyatakan dibawah ini.

- kita merdeka tetapi gejala maksiat semakin berleluasa
- kita merdeka tetapi jenayah semakin meningkat
- kita merdeka tetapi jenayah rogol makin meningkat
- kita merdeka tetapi rasuah semakin berleluasa

- kita merdeka tetapi yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin

- kita merdeka tetapi murtad tidak dapat dibendung, walaupun dikatakan Malaysia ini sebagai Negara Islam

- kita merdeka tetapi polis menjadi kuda tunggangan parti memerintah

Inilah antara sebahagian yang dapat saya nyatakan, selebihnya pengunjung sekalian boleh menambahnya. Percaya atau tidak terpulang pembaca membuat penilaian tetapi inilah hakikat yang kita dapat saksikan. Sampai bila perkara ini akan berterusan, hanya kalian yang dapat menjawabnya..kerana kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin yang mencorakkan pentadbiran negara ini..

Persoalan dari saya, adakah masih dinamakan 'merdeka' jika setiap malam diambang tarikh ulangtahun kemerdekaan 31 Ogos kita disajikan dengan lagu-lagu, konsert-konsert serta aktiviti tidak bermoral dikalangan mat rempit serta pasangan kekasih yang mengambil peluang memadu asmara..jawab, jangan tak jawab..

silembiks : selamat menyambut ulantgtahun kemerdekaan yang ke 51

Jumaat, 29 Ogos 2008

Bila Si Ali Rustam Bersuara ....

Pandangan Ali Rustam selalunya berbeza dengan pimpinan yang lain. Mungkin dia memerlukan publisiti murahan yang sebegitu meluas untuk orang mengenali beliau, almaklumlah pemilihan agung UMNO kan dah tak lama lagi.

Beberapa akhbar hari telah ini menyiarkan berita
'Negara Akan Menjadi Huru Hara Jika Anwar Menjadi PM'. Ulasan si Ali banyak terjurus kepada kenangan 'manis' beliau ketika di PRK Permatang Pauh.. Nampaknya si Ali ini terlupa agaknya siapa yang bikin kecoh sebenarnya pada hari tersebut.. nak tahu selanjutnya, boleh juga baca kenyataan beliau di dalam blog beliau sendiri..klik disini untuk selanjutnya ..

Walaupun saya tiada disana tetapi saya mendapat gambaran apa yang sebenarnya berlaku tambahan yang peliknya kenapa time
pilihanraya Permatang Pauh diadakan barulah terhegeh-hegeh puak-puak UMNO Melaka nak datang ke Permatang Pauh...kenapa tak datang pada hari sebelum pilihanraya ?? Takkan la nak datang melawat sambil belajar ? nak kata cuti sekolah tak pulak..macam dah tak ada masa lain je...mesti ada udang di sebalik misai si Ali..

Kepada
Pak Ali, lihat dirimu dahulu sebelum nak mengata orang lain...seperkara lagi, bilamasa DSAI terlibat bersama penyokong PKR yang mengepung bas tersebut ?? Disini kita dapat lihat pembohongan besar dari mulut seorang Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden UMNO...dalam diam-diam kau dipermainkan oleh akhbar yang kau agung-agungkan selama ini...tunggula kau Pak Ali, jatuhlah kamu lepas ni....

Histeria : Kenapa Tak Cuba Panggil Dato' Haron Din ?

Kejadian histeria yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur semakin mengganas dan menurut berita tersebut didalam Utusan Malaysia pada hari ini salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit "aku ingin darah dan nyawa."

Nampaknya kes histeria yang membabitkan pelajar semakin serius. Bagaimana agaknya perjalanan persekolahan di sekolah terbabit dan bagaimana dengan keadaan pelajar yang lain ?? Tentunya mereka rasa bimbang dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian sepenuhnya ekoran kejadian yang melanda sekolah mereka. Ibu bapa toksah la nak kata, mereka lagi bimbang akan kekerapan kes histeria ini berlaku..

Justeru, saya menggesa kepada pihak dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, cubalah cari inisiatif, jangan hanya memanggil pakar perubatan tradisional tapi cubalah panggil pakar perubatan Islam yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai amalan. Senang cerita kenapa tak mahu panggil
Prof.Dr Haron Din. Dalam hal ini elok kita ketepikan fahaman politik sebaliknya kita sama-sama fikirkan untuk membasmi masalah yang semakin meruncing..

Kesian kat mereka, exam dah tak lama lagi.....

Silembiks : Ada beberapa blog yang sudah mengeluarkan pandangan yang sama berkenaan isu Histeria..sila rujuk di bawah :-

Prof Hamirdin :
HISTERIA:UMNO TIADA PILIHAN! MINTALAH JASA BAIK TIMBALAN MURSYIDUL 'AM PAS
Mutaligat : HISTERIA SMK TANJUNG LUMPUR SEMAKIN TERUK, MENGAPA TAK PANGGIL DR HARON DIN? ~ Ref Malaysiakini

Tahniah Dato' Seri Anwar


Tahniah DSAI kerana telah berjaya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Semoga kehadiran beliau kali ini dapat memberikan satu inspirasi kepada Pakatan Rakyat terutama dalam memperjuangkan hal yang berkaitan dengan rakyat..Selanjutnya lihat disini

Khamis, 28 Ogos 2008

Penulis Blog Politik Yang Semakin Di Pantau

Berikut kenyataan yang saya baca di dalam Malaysiakini bertarikh 27 Ogos 2008 berkaitan dengan isu "Penulis: Blog mesti bertanggungjawab".

Pada umumnya saya bersetuju jika setiap penulis blog perlu bertanggungjawab diatas setiap tulisannya tetapi apa yang dapat saya lihat ia merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menyekat kemaraan penulis blog dan tidak mustahil, jika terdesak, kerajaan akan mengguna pakai akta-akta kontroversi seperti Akta Keselamatan Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Persoalan yang saya ingin kemukakan disini, kenapa pemulis blog politik sahaja yang dikenakan tindakan dan kenapa tiada usaha yang bersungguh kerajaan untuk membasmi laman web atau blog yang memaparkan gambar lucah ??
Perlu dingat bahawa laman video lucah merupakan antara salah satu laman yang berada dalam top 100 di Malaysia..Jadi apa tindakan yang bakal diambil bagi membasmi masalah ini..perlu diingat kesan -ve yang bakal menimpa negara pada masa depan kelak..

Bagaimana pula laman atau blog yang menfitnah kerajaan yang dipayungi oleh Pakatan Rakyat ?? adakah tindakan sedemikian juga akan diambil seperti mana penulis blog yang condong kepada pemangkang ?

Berikut adalah 3 pandangan penulis blog terkemuka dan salah seorang daripadanya ialah
Bro.Bakar yang merupakan penulis blog Penarik Beca. Baca sini untuk selanjutnya..

Pandangan peribadi saya memberitahu bahawa penulis blog merupakan satu ancaman kepada kerajaan BN berikutan kekalahan mengejut BN dalam PRU 12, apatah lagi ia membabitkan kehilangannya 4 buah negeri sekaligus..Tapi cuma saya dapat peringatkan disini apa jua tindakan atau undang-undang yang diwujudkan, direka dan sebagainya, kami penulis blog tidak akan berganjak sebaliknya akan terus mara untuk menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat Malaysia..

UMNO Dikhianati Oleh Ahlinya Sendiri

Fahri Abdillah al-Masri

"Kau lihat apa dah jadi kepada Perak dan Selangor? Itulah akibatnya apabila membiarkan selain daripada Umno memerintah," kata Ramlan, anak buah Menteri Dato' Syahid Hamdi kepada Roslan dengan ekor pandangan matanya penuh bernafsu hantu. Roslan hanya diam membatu.

Roslan yang masih muda itu mati akal untuk menjawab hujah Ramlan yang memang tua dengan pengalaman politik. Ramlan dahulunya Pas dan dia jadi 'murtad' kerana gagal mendapat jawatan yang diinginkannya dalam parti. Barangkali didorong dan dihasut rasa sebal dan marah, maka Ramlan kini bergantung paut pula kepada dahan Umno kerana kononnya mahu mengembangkan Islam Hadhari di bumi bertuah ini.

Memang sedih ketika mengenangkan banyak kekuatan Melayu yang tumbang. Roslan, seorang anak muda lulusan USM pun terasa begitu juga. Tapi, mahu dibuat bagaimana lagi? Ramlan yang kuat menyokong Abdullah Ahmad Badawi itu tidak pernah menaruh kekesalan terhadap dosa-dosa para pemimpinnya sendiri. Beliau tidak pernah menghukum Abdullah dengan kata-kata.

Apa-apa yang terlintas dan terkeluar daripada lidahnya cuma maki hamun kepada pembangkang, dan selebihnya mengangkat darjat Islam Hadhari tanpa sebarang kesilapan langsung di pihak parti penguasa. Mereka bercanda dan berbual mengenai masalah masa depan negara secara santai saja pada mulanya.

Tapi, akhir-akhir ini, bualan itu berubah seperti pergaduhan dewa-dewa hingga meletupkan lahar sengketa antara mereka berdua. Puncanya, cuma satu. Jalur percakapan Ramlan itu berbaur dendam dan berpuas hati dengan nasib dan masalah yang menimpa rakyat Perak dengan sebab peralihan kuasa lama kepada kuasa baru.

"Itulah akibatnya memilih selain Umno," tambahnya lagi, mengulang ayat-ayat bersifat menghukum. "Sekarang, majoritinya bukan Islam yang membuat keputusan dalam mesyuarat exco dan menteri besar tidak dapat memainkan peranannya."

Matanya membulat bersinar garang. Denyut marah merayap ke urat kepala lalu menebas tangkai jantung Ramlan. Ketika itu bunyi tangisan alam mengalir dalam sebak petir dan guntur silih-menyilih lalu membungkus kegelapan alam. Hujan Kuala Lumpur tidak hanya mengundang pilu dan hati hiba penduduk kota kerana tidak dapat menunaikan urusan harian mereka, malah bagi Roslan dan Ramlan yang cekal dan tabah bergebang hal politik, hujan mengusir kemarahan dan meredakan ketegangan yang berombak di dada.

"Abang kena faham," dengan tenang Roslan melipat hujahnya. "Sebelum ini, ahli-ahli parti pembangkang telah pun lama mengundi pembangkang, tapi mereka tak pernah menang. Tiba-tiba, dalam pilihan raya baru-baru ini pembangkang menang. Kenapa agaknya?"

Ramlan terkebil-kebil. Deruan angin yang menghempas jendela rumah sewa mereka di Jalan Raja Alang tak sedikit pun mengganggu tumpuannya. Kembara pengalaman politiknya terlalu tinggi dan dia cuma mahu tahu apa hujah terbaru teman serumahnya itu. Pada jendela yang terbuka, mata hati Roslan terkial-kial pula menadah harapan dari langit tertinggi, semoga teman serumahnya dapat menyedari kesilapan mereka sendiri.

"Yang undi pembangkang hingga Umno kalah adalah orang-orang Umno sendiri. Jangan salahkan pembangkang. Ini kerana dengan undi ahli pembangkang selama ini pun, mereka tidak pernah berganjak dan mengusir Umno daripada Perak dan Kedah.

Marahkan ahli Umno sendiri

"Yang perlu abang dan Umno marahkan ialah ahli-ahli Umno yang mengundi pembangkang sendiri. Cuma, bersediakah abang dan Umno mendengar kembali hujah-hujah kenapakah undi mereka bertukar kiblat baru-baru ini?" Roslan melepaskan geram yang bersarang di dadanya. Padanya, baik Umno dan teman serumahnya itu tak habis-habis menyalahkan pembangkang di atas kejatuhan mereka selama ini. Tidak pernah mereka mengkaji apakah sebabnya ahli-ahli mereka sendiri di Kedah dan Perak telah mengundi pembangkang.

Benar kata pujangga. Bumi yang kita huni selama ini telah lama menyimpan sekian banyak khazanah derita di perut batinnya. Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah bumi. Tahu-tahu saja bumi akan begegar dan kiamat tiba. Dan, Umno pun begitu juga. Tak pernah peduli apa yang ada di sebalik jantung hati ahli-ahlinya. Tahu-tahu sahaja mereka tumbang.

Ramlan patah hujah dan dia tertunduk sebentar mendengar perkataan Roslan itu. Mata hatinya menjala kerdipan bintang di balik tirai awan yang telah lama membasahkan mimpi dara-dara. Ketika itu sudah dinihari jam 3 pagi. Mereka berbual hal politik itu sejak Isyak tadi. Mulanya, tema perbualan mereka beralun lembut dan tiba-tiba ia membadai setinggi gunung, sehebat tsunami.

Pada waktu ini, Ramlan teringat kembali sejarahnya ketika dia berpentas menjadi pemimpin pelajar. Saat berpidato sekali pun, matanya asyik memanah kepada kelibat Hazwani, seorang siswi Fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya. Wajah siswi itu bagai purnama pada malam Nisfu Sya'ban dan saling tidak tumpah bagaikan rupa paras Nawal Zoughbi, seorang penyanyi Lubnan.

Sehebat garangnya api cintanya bergelora, sehebat itu juga Ramlan berpidato dengan semangat menunjuk-nunjukkan jaguhnya pada Hazwani. Biarlah api cintanya terbakar sehangat cinta antara Samson dan Delilah. Cuma, tidak disangkanya Delilah curang pada cinta mereka. Bapanya Ketua Bahagian Umno. Cinta mereka terputus suku jalan. Dan, hal itulah yang membawa dirinya merana dan akhirnya dirawat duka laranya ke dalam Umno pula. Cinta mereka terhalang dengan sebab perbezaan parti.

Siswa UiTM mengamuk?

Tapi, kekecohan percekcokan 'chaos' pada zamannya itu tidaklah 'sehebat' dan seganas aksi demo mahasiswa UiTM yang 'berjihad' untuk menemui syahid dalam menghalang sebarang usaha memasukkan kuota 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera di dalam universiti mereka. Apabila mahasiswa itu mula merayakan pesta huru-hara, dunia ini bagaikan syurga perusuh.

Ramlan menghela nafasnya yang entah kali ke berapa. Padahal dia memang menyedari hakikat betapa meluatnya orang-orang Umno ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Perasaan menyampah yang asalnya bergerak dengan alunan ombak memutih di gigi pasir itu akhirnya dengan garang menyerang, merempuh tembok keangkuhan dan memecahkan bingkai kesetiaan ahli Umno itu sendiri pada akhirnya.

"Tetapi, kenapa pembangkang enggan bersatu apabila Umno menawarkan perpaduan, menyerahkan kerusi pemerintahan kepada mereka pada negeri-negeri tertentu?" Ramlan rupa-rupanya enggan mengalah walaupun hatinya cedera parah dipukul ombak kata-kata dari Roslan tadi. Rumah batinnya terlempar dan jadi tersesat haluan dalam belantara resah ini. Dia mula menggunakan hujah lain.

"Saya tidak fikir bahawa Umno jujur dan ikhlas ketika mereka membuat tawaran itu. Mereka sebenarnya mahu memecahkan ikatan antara Pakatan Rakyat. Jadi, kalau mereka tidak menang, mereka akan cuba memecahbelahkan ikatan PR. Sebab itulah pembangkang menolak tawaran tersebut," kata Roslan lagi. "Itu cuma perangkap, padahal Umno bukannya mahu tolong sangat."

Pada riak-riak wajah Ramlan masih belum nampak tanda-tanda isyarat bahawa dia akan berhenti dan mengalah. Usia mudanya telah lama menghilang ditelan waktu dengan penuh sia-sia dalam kepura-puraan dalam perjuangan yang entah ke mana bersama Umno. Dia tidak sedikit pun mencebik amalan rasuah dan politik wang, misalnya. Jadi, bagaimana sikap ini boleh mendatangkan rasa hormat pada hati rakyat.

Roslan teringatkan pengalamannya ketika menghadiri program di Persada Johor Bahru Mei lalu. Dalam bengkel tersebut, seorang pensyarah dengan terang-terang mengeluarkan saki-baki daki amarah yang lama terkepung dan terkurung dalam dadanya apabila dia mendengar seorang perwakilan berkata, "Umno patut dibubarkan, parti itu sudah tidak relevan."

"Tarik balik kata-kata awak, saya tidak setuju," ujar pensyarah dari Universiti Malaya tersebut. Pantang betul dia mendengar pandangan sebegitu. Padahal, dia sendiri meminta perwakilan bercakap apa saja dan bersetuju kebebasan bersuara menjadi teras perbincangan dalam bengkel tertutup pada malam itu. Pada Roslan, itulah pengalaman terbarunya melihat sesama Umno berdebat secara 'sihat'. Esoknya, ketika sarapan, dia berpura-pura menjadi ahli Umno untuk mengorek rahsia-rahsia dalaman perwakilan.

"Kami sendiri dah minta Pak Lah meletakkan jawatan. Dia setuju akan turun, tapi masalahnya dia nak bagi kepada Najib pun dia tidak mahu. Sebab itu Muhyiddin sekarang sudah mula tunjukkan kekuatannya dalam berbicara," kata seorang ahli Kelab Pengundi Melayu di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Roslan mengangguk-angguk. Namun, itu cerita khabar angin yang bertiup sekitar Mei lalu.

Peranan Umno veteran

Malam itu, tatkala dia sedang makan malam, kebetulan dia sedang duduk semeja dengan seorang ahli Umno veteran berketurunan syed dari Johor. Wajahnya tenang perawakannya bersih. Dia bersikap cermat dan berhati-hati apabila menyusun bicara. Roslan amat senang kepada perwatakan seumpama itu. Banyak kisah yang diperbualkan. Namun, ada sesuatu yang mencuit hatinya.

"Sekarang, hubungan raja-raja Melayu dengan rakyat semakin kuat. Raja-raja sudah dapat bertemu dan bermuafakat sesama mereka. Sebab itu MB Terengganu dan Perlis boleh jatuh," kata tuan syed. "Kami terdiri daripada golongan profesional, pensyarah yang selalu bertemu secara rahsia dengan raja-raja Melayu ini."

Perlahan-lahan baru dia mengerti. Sejak dulu lewat tulisannya, dia dapat menduga bahawa kejatuhan kedua-dua menteri besar itu didalangi pihak tertentu. Cuma, dia tak tahu siapa mereka. Kehadirannya di Persada telah menjawab segala-galanya. Mereka ini bergerak ala Freemason; sulit dan terancang.

Tuan syed tersenyum mendengarkan celoteh Roslan apabila disamakan gerakan mereka dengan kumpulan purba itu. Lalu disambungnya perbualan, "Kalau tidak bergerak seperti itu, susah kita nak tumbangkan Umno. Kami, Umno veteran sudah tidak dapat menerima perbuatan pimpinan sekarang."

"Ini semua kerja-kerja kami," tambahnya lagi. "Raja dah mula bersatu dengan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim. Dan, raja-raja sekarang pun sudah mula ada kesepakatan antara mereka."

Dan, hal itu pula yang jadi modal bualan Roslan kepada Ramlan kini. Bahawa yang menolak Umno melalui undi bukan kalangan Umno bawahan saja, malah Umno veteran pun sanggup membuat rancangan sulit bersama istana untuk membuang Umno daripada pemerintahan di bumi Malaysia ini.

Apabila Roslan berhujah bahawa Umno di bawah pimpinan Abdullah kini dihentak dari belakang oleh kalangan umno veteran, sekali lagi Ramlan tertunduk. Mungkin kesal kerana tidak disangkanya bahawa yang meluat kepada Umno sekarang bukan orang lain, malah orang-orang Umno pihak atasan yang lama-lama juga.

Ramlan menggosok leher yang seakan-akan mahu patah akibat dihentak penjelasan dan soalan bertalu-talu daripada temannya itu. Khabar yang didengarnya daripada Putrajaya memang seperti itu juga. Dia mengaku temannya itu walaupun muda, tetapi sudah tahu banyak cerita. Dia tak tahu apakah hal ini mahu diriwayatkan atau tidak kepada Roslan. Tapi, untuk apa dia menyimpan rahsia?

"Aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak. Sekarang ini pun, kalau pihak istana mahu bercakap, mestilah melalui istana Perak dan bukan semuanya yang bercakap," kata Ramlan. "Jadi, biar cuma ada satu suara saja, agar tidak bercampur-baur. "

Roslan tidak tahu apakah teman debatnya itu sudah mahu ambil iktibar atau tidak. Bukan saja Umno bawahan, malah Umno atasan pun sudah menolak rakan mereka sendiri. Tapi, kalau pegawai Putrajaya seperti Ramlan belum mahu sedar diri, mustahil Abdullah akan sedar diri. Demikianlah fikir Roslan. Jam menunjukkan angka 4 pagi. Ayam bersahutan dan kegelapan malam yang membungkus alam menebarkan wajah dingin yang menyeramkan hari-hari esok. Ya, hari esok yang dinantikan semua dengan penuh waspada.

3:04 p.m, 20 Ogos 2008