
Ada beberapa andaian yang dibuat oleh beberapa orang sahabat blogger yang lain tetapi saya cuma berminat telahan dari saudara Arifin Al-Branggi didalam ruangan komen blog Prof Hamirdin berikutan dengan kisah Anwar dalam pilihanraya di Permatang Pauh. Antara telahan yang diberikan :-
1. DSAI akan dibicarakan. perbicaraanya akan ambil masa yg agak panjang sehingga pilihanraya
2. DSAI akan masuk bertanding. satu lawan satu
3. DSAI menang
4. DSAI 'didapati' bersalah dan hilang kelayakan sebagai seorang MP (di penjara)
5. kerusi permatang pauh kosong balik semula
Ini sekadar skrip yang ditelah direka oleh pengarah yang tidak sebegitu handal tetapi ia cukup mengaibkan dan tidak mustahil jika ianya akan menjadi realiti. Sebagai rakyat apa yang mampu hanyalah melihat dan mendoakan agar kemenangan menjadi milik Pakatan Rakyat. Inilah yang dapat ditelah bahawa pemimpin dari Barisan Nasional ini lebih takutkan Anwar daripada Allah S.W.T. Mana taknya, kalau mereka takutkan Allah dah lama mereka tak bikin perkara yang sekeji ini..
Dengan menganiaya Anwar umpamanya memenjarakan beliau bermakna negara kehilangan seorang negarawan yang disegani di dalam negara dan luar negara. Boleh dikatakan sehingga kini tidak seorang pun di dalam kerajaan sekarang yang dapat menandingi karisma dan kredibiliti Anwar.
Oleh itu sebagai rakyat Malaysia marilah kita semua mengerah tenaga dan keringat serta harta benda untuk kita bekerja keras menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan BN dan pemimpinnya. Langkah terdekat yang perlu kita lakukan ialah membantu Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh agar beliau mendapat majoriti yang jauh lebih dari apa yang diperolehi Dato Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan