Ahad, 3 Ogos 2008

Seminar Bloggers PAS Melaka - Langkah Permulaan

Alhamdulillah coz pagi tadi setel ujian pertama saya dalam mengendali Seminar Bloggers PAS Melaka, terima kasih juga khusus untuk sahabat dari Team ICT pemuda negeri yang banyak membantu menjayakan program ini dan sasaran kami untuk kali ini alhamdulillah berjaya.

Dapat juga berkenalan dengan bloggers PAS Melaka antaranya sebol, angkasanuri, Phoenix, wak jembal, generasi parameswara dan yang tak sangka mek chabang pun ada. Insya-Allah saya akan paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung dalam tempoh terdekat.

Untuk akhi Sofi (blogger Mutaligat), terima kasih kerana sudi hadir untuk hadir bersama dan seterusnya merasmikan program ini. Salam perjuangan. Ini sebagai satu langkah awal saya didalam arena blogger selepas hanya memendam rasa, almaklumlah asyik mengendalikan blog parti dan pimpinan. Kini masanya telah tiba untuk saya melemparkan pandangan dan kritikan khusus untuk kerajaan 'Lembiks' Pak Lah dan sekutunya yang membawa musibah kepada rakyat Malaysia...!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM ...
WAH PERMULAAN YANG BAIK SAHABATKU .. TERUSKAN MENGIRIM ENTRY YANG BEST DAN ASBESTOS TU ..
AKU ADD URL KO TAU ..

si lembik's berkata...

terima kasih bro....doakan moga aku beristiqomah dalam mmbawa kebenaran dialam blogger...dah lama rasanya aku merindui saat yang aku nantikan...