Isnin, 4 Ogos 2008

Asyik-Asyik Retak, Bila Mau Roboh ??


Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dah jadi berita sensasi pada 2-3 tahun lepas. Keretakan pada tahun tersebut mengundang jutaan pelbagai masalah dan juga keresahan kepada si pemandu yang selalu menggunakan jalan MRR2. Si Menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu Samy Vellu dengan selamba dia je beritahu yang ini masalah kecil dan boleh diselesaikan iaitu cuma mengeluarkan kos baik pulih dengan belanja tambahan sebanyak RM70 juta (nampak sangat dia tidak menghargai nyawa orang lain, dasar lidah berbelit macam biawak). Tapi itu cerita 2-3 tahun lepas, kini ia mengalami keretakan sekali lagi.

RM 70 juta bukannya sikit, campur ngan kos pembinaan saja sudah mencecah ke angka RM 300 juta lebih. Makin banyakla wang rakyat hancur lebur digunakan untuk projek ini yang sememangnya ada berlakunya penyelewengan (dah berapa juta agaknya si Vellu ni 'meradak' duit rakyat).

Menurut Utusan Meloyar yang bertarikh 4 Ogos 2008 Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan dilibatkan dalam pemeriksaan tersebut kerana langkah-langkah yang diambil JKR pada masa ini hanya berkisar kepada penyelesaian secara teknikal . Hairan juga saya, kenapa tidak dikerahkan BPR menyiasat kes ini walhal ia membabitkan kos pembinaan dan baik pulih yang tinggi.

Bagi pandangan saya mesti ada penyelewangan semasa, sebelum dan selepas pembinaan MRR2. Oleh itu pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini termasuk Bekas Menteri Kerja Raya, Sami Vellu. Jangan ingat dia dah jadi sami, dia boleh lepas...kau tunggu jela nasib kau lepas ni Sami Vellu....!!

Tiada ulasan: