Khamis, 8 Januari 2009

ISRAEL MEMANG CELAKA !!!!! - Malaysiakini

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menafikan dakwaan Israel bahawa pejuang Hamas bersembunyi di sekolah-sekolah kendaliannya seperti yang didakwa oleh Israel.

Jurucakap Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Christopher Gunness memberitahu, siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti membabitkan pejuang Hamas di kawasan itu.

"Kami yakin 99.9 peratus bahawa tiada pejuang atau aktiviti pejuang Hamas berlaku di dalam atau perkarangan sekolah berkenaan," tegasnya.

Rejim Zionis menjadikan 'kewujudan' pejuang Hamas di kawasan sekolah tersebut sebagai alasan untuk melancarkan serangan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 48 pelajar terkorban.

Jelasnya lagi, satu penyiasatan bebas perlu diadakan untuk mengesahkan fakta tersebut.

"Sekiranya undang-undang perang telah dicabuli maka mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan serangan ke atas sekolah sebagai perbuatan paling biadab.

Sementara itu, tentera Israel terus mara dan memasuki Gaza City tanpa mempedulikan amaran antarabangsa agar mereka berundur dan melaksanakan gencatan senjata, hari ini.

Tentera Zionis terus membedil kubu pertahanan Hamas di Gaza, mengakibatkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 680 orang setakat ini ketika para diplomat berusaha mendesak negara Yahudi itu agar menghentikan serangannya.

Menurut pasukan perubatan, satu serangan udara membunuh seorang pejuang Palestin dan mencederakan tiga yang lain di kawasan kejiranan Zeitun iaitu antara kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit sejak askar Israel menceroboh Genting Gaza pada Sabtu lalu.

Serangan udara juga dilaporkan di bandar Khan Younis dan Rafah.

Majlis Keselamatan PBB kini berbincang dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di New York bagi memastikan serangan itu dihentikan segera.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner menjelaskan bahawa Hosni telah menjemput Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk membincangkan cadangan gencatan senjata.

"Saya tahu bahawa satu persidangan melibatkan kumpulan teknikal dari kedua-dua negara akan dilangsungkan esok. Jadi kami sedang menunggu jawapannya," kata beliau lagi.

Selepas berbincang dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Hosni menjemput penduduk Israel dan Palestin agar mencapai kata sepakat dan jaminan yang tidak membenarkan serangan berulang.

Hosni turut mencadangkan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan dibawa masuk ke Gaza. - Utusan

* Nak tunjukkan betapa bangsat Yahudi itu. Mereka lebih buas daripada binatang buas.

10 DALIL KENAPA WAN FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB - Malaysiakini

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

sumber : http://nikhassanazmi.blogspot.com/

UMNO PENCETUS PROVOKASI - Malaysiakini

Tuan Guru Haji Hadi dalam ceramahnya sebelum ini ada berpesan kepada semua petugas dari Pakatan Rakyat agar berwaspada dengan provokasi yang dimainkan oleh musuh. UMNO yang bagi saya berada di dalam situasi terdesak sanggup mengguna apa jua kaedah bagi meraih undi dan kemenangan di dalam PRK Kecil Kuala Terengganu.

Baru sebentar tadi saya menelefon sahabat saya yang berada di Kuala Terengganu dimana beliau menceritakan sedikit pengalaman beliau sepanjang 3 hari berada di Kuala Terengganu. Yang paling membimbangkan apabila situasi semalam dimana kamera beliau hampir dirampas ketika beliau mengambil gambar. Isu sahabat saya ini ada juga diceritakan di dalam blog saudara Sofi.

Seperti yang saya nyatakan tadi, UMNO tetap akan berbuat apa sahaja bahkan mereka sememangnya takut berdepan dengan PAS serta Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya. Justeru itu, hanya provokasi yang mampu mereka mainkan dalam usaha memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat di mata masyarakat, walhal yang berhati busuk dan buruk adalah dari pemimpin dan ahli UMNO sendiri..

Rabu, 7 Januari 2009

MAHATHIR TOLAK WAN FARID - Malaysiakini


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

p/s : Saya tak hairan kalo dia tak suka Wan Farid pasal Mahathir bukannya ahli UMNO lagi..dia xde parti wat masa ni..jadi tak hairan kalo di menolak Wan Farid dari UMNO sebagai calon favourite untuk bertanding di PRK Kuala Terengganu

Sumber: Harakah Daily

BENARKAH PEMUDA UMNO NAK MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL ?? - Malaysiakini

Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Hishamudin Tun Husin diatas keprihatinan yang beliau tunjukkan akibat kezaliman yang menimpa umat Islam di Palestin. Moga selepas ini anda serta bersama-sama rakan-rakan UMNO yang lain berada di dalam landasan yang benar untuk mempejuangkan Islam di Malaysia.

Tetapi saya masih tidak dapat melihat dengan jelas inisiatif bagaimana yang beliau maksudkan di dalam akbar Utusan Meloyar
.. adakah dengan memakai gelang getah seperti yang beliau sarankan dahulu ?? Bagi saya, jika hanya bercakap tanpa melaksanakan tiada gunanya...

Baru-baru ini saya ada menyembang dengan seorang sahabat dan beliau mengutarakan pandangan berkenaan dengan demontrasi. Sepatutnya setiap kali demontrasi bantahan kezaliman diadakan, adalah wajar jika diadakan dikedutaan negara-negara Arab agar mereka dapat menilai dan berusaha untuk bersatu menentang kekejaman zionis...


Berbalik kepada Hishamudin, saya sentiasa menantikan betapa seriusnya Pemuda UMNO dalam memperjuangkan hak orang Islam baik di Malaysia mahupun di Palestin serta kaedah macam mana yang mahu dilakukan untuk menentang Israel akan saya nantikan.

Tetapi yang hairannya, jika benar mereka menentang sikap Yahudi Israel Laknatullah keatas umat Islam di Palestin, kenapa anda tidak membela para-para pendemo menentang kemasukan pemain kriket ke Malaysia ?? Tak silap saya, akibat hendak mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam YB Mahfuz Omar (Ketika itu sebagai Ketua Pemuda PAS) bersama YB Salahudin Ayub (Timb. Ketua Pemuda) antara yang menjadi mangsa ditahan oleh pihak polis dan merengkok di dalam penjara

Bahkan jangan kalian semua terlupa, bagaimana bendera negara Israel laknatullah ini boleh berkibar di bangunan UMNO dan ia mengambarkan seolah-olah UMNO dan Israel Yahudi Lakatullah ini tidak dapat dipisahkan umapan isi dengan kuku...Persoalannya, benarkah UMNO mahu memperjuang dan mempertahankan maruah umat Islam di Palestin sedangkan maruah umat Islam di Malaysia mereka sendiri menganaktirikan..Ataupun adakah semua ini hanya lakonan semata-mata bagi menunjukkan yang UMNO kononnya benar-benar memperjuangkan Islam..Bagi saya, lebih baik lu semua pikirla sendiri

Selasa, 6 Januari 2009

INSYA-ALLAH, KEMENANGAN AKAN MENJADI MILIK PAS DI KUALA TERENGGANU - Malaysiakini

Proses pencalonan pilihanraya kecil P036 selesai dengan tiga calon disahkan bertanding. Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR.

BERITA SEBELUM INI

Kertas pencalonan diterima, 3 calon kemukakan borang

Intan Abdullah & Khairul Azlam

ImageProses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun.

Sekarang tempoh bantahan dibuka kepada semua calon yang bertanding.

BERITA SEBELUM INI

FRU arahkan penyokong PAS jauhi pintu Stadium Negeri

Intan Abdullah & Khairul Azlam

Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi.

Biarpun yang bertindak liar adalah penyokong BN tetapi yang diarahkan tinggalkan kawasan pintu masuk stadium adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang.

BERITA SEBELUM INI

Penyokong BN bertindak liar

Intan Abdullah & Khairul Azlam

Penyokong Barisan Nasional (BN) bertindak liar terhadap penyokong PAS dengan membaling botol air di hadapan pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

BERITA SEBELUM INI

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS

Intan Abdullah & Khairul Azlam

ImageCalon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama.

BERITA SEBELUM INI

Penamaan calon bermula

Intan Abdullah dan Khairul Azlam

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad.

sumber : harakahdaily.net

SIAPA SEBENARNYA YANG SELALU MENIMBULKAN KEKACAUAN PILIHANRAYA ?? - Malaysiakini

Saya rasa dalam isu ini Najib seharusnya menyekolahkan dirinya sendiri sebelum menyekolahkan orang lain. Jika hanya berpandukan cerita jurugambar yang dibelasah semasa PRK Permatang Pauh ia masih belum cukup hendak menjadikan bukti bahawa Pakatan Rakyat punca tercetusnya kejadian sebegini. Najib seharusnya mencerminkan dirinya sendiri dan menasihati pengikut dan penyokong setia Barisan Nasional bagaimana cara-cara beradab ketika berada setiap kali berlakunya pilihanraya.

Lihat sahajakah dalam beberapa kes setiap kali pilihanraya. Saya nyatakan beberapa contoh disini

1.di Ijok dimana kereta petugas Pakatan Rakyat telah dipecahkan cerminnya serta dipukul.

2.Di dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Kelantan. Saya bersama 3 sahabat lain dikepung dan nyaris dipukul lebih 10 samseng yang jelas datangnya dari UMNO.

3.Melontar botol air minuman semasa hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sila klik disini untuk membaca maklumat tersebut

4.Ejekan menghina individu dan seolah-olah seperti dirasuk syaitan (Mungkin Islam Hadhari tidak menerapkan pembelajaran sebagini ). Ia berlaku di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008. klik disini untuk melihat selanjutnya .

Banyak lagi kalau mahu saya ketengahkan bahkan sifat samseng yang wujud dikalangan UMNO bukan sahaja setakat ini malah pernah melibatkan kematian seorang petugas parti PAS suatu ketika dahulu. Jadi nasihat saya kepada Najib menasihati penyokong tegar UMNO dan bukannya kepada kami ini.