Sabtu, 25 Oktober 2008

Rendahnya Tahap Pemikiran Wanita UMNO di Melaka - Malaysiakini

Saya merujuk kepada usul yang diputuskan oleh mesyuarat agong wanita Umno Bahagian Jasin pada 18 / 10 / 08 tempoh hari, iaitu mendesak kerajaan agar meneruskan sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan hujjah bahawa pihak kerajaan telah banyak menghabiskan wang sejak tahun 2003 ke arah tersebut.

Apa yang saya lihat bahawa wanita Umno Jasin tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum dibahas dan diputuskan usul tersebut. Dasar ini sebenarnya telah mendapat tentangan oleh seluruh pakar akedemik dan cendikiawan melayu hatta Umno negeri Johor pada tahun lepas telah mengadakan satu konvensyen tentang perkara ini dan membuat resolusi mendesak kerajaan agar mengkaji semula sistem pendidikan tersebut. Persoalannya sekarang bukan persoalan duit tetapi persoalan hala tuju dan kedudukan bahasa melayu yang makin terhakis.

Wanita Umno Jasin tidak melihat sejarah tokoh - tokoh sarjana melayu yang berjuang memertabatkn bahasa ibunda. Laporan Razak 1965 dibuat untuk pertahankan bahasa melayu setelah penjajah meyisirkannya. Kemudian diwujudkan Laporan Penyemak Rahman Talib tahun 1960 untuk memperkukuhkan lagi. Tahun 1961 kerajaan bentuk akta pelajaran dan kemuncaknya 1970 lahirlah UKM yang menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama.

Pada tahun lalu juga lebih 200 NGO melayu berseminar di Johor mendesak kerajaan kembalikan sistem pembelajaran mate dan sain dalam bahasa melayu. Justeru usul yang dibawa oleh wanita Umno Jasin ini amat mengecewakan orang - orang melayu khususnya para guru terbabit yang agak tertekan dengan sistem tersebut.

sumber : Ustaz Kamarudin Sidek

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tahniah Untuk YB Zulkifli Nordin Diatas Keberanian Anda - Malaysiakini

Wajarlah bagi saya untuk tabik kat YB Zul diatas keberanian beliau membela agama Islam didalam sidang parlimen yang disiarkan secara ringkas di dalam Berita di TV3.

Sesiapa pun yang mendengar ucapan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin di Parlimen semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam gerenti teruja. Dengan lantang Zul membelasah golongan yang disifatkannya mempersenda-sendakan Islam, tak kira daripada barisan pemerintah mahu pun kawan-kawannya dari Pakatan Rakyat.

Dengan lantang juga Zul membangkitkan tindakan sesetengah pihak yang menghantar memorandum memperlahankan laungan azan dan memprotes tulisan jawi. Tahniah sekali lagi untuk beliau..

sumber :
Depa Kata

Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan - Malaysiakini

Boikot sahaja akhbar Utusan Malaysia. Saya lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membelinya. Saya akui memang sudah lama saya tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam.

Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk saya baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut saya apabila membacanya.

Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan saya naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut.

Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia...

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

Ali Rustam Mengharap Agar Di Beri Peluang - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berharap beliau diberi peluang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Mac depan.

Sehubungan itu, beliau yang menerima 13 pencalonan setakat ini menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan berundur.

Ini kerana beliau yakin akan mendapat lebih sokongan dan pencalonan baru apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian bersambung esok di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO itu memerlukan 26 lagi pencalonan daripada 126 UMNO bahagian yang akan bersidang bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

"Saya memang berharap apabila mesyuarat bahagian bersambung esok, saya diberi peluang untuk mencukupkan kuota kelayakan 39 pencalonan,'' katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik.

Mengenai kenyataan sesetengah pihak bahawa beliau kurang berpengalaman dalam pentadbiran, Mohd. Ali menegaskan beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam parti dan kerajaan.

''Walaupun tidak pernah menjadi menteri tetapi saya pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan,'' katanya.

Menurut beliau, jawatan timbalan menteri dalam dua buah kementerian itu pernah disandangnya sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

''Sebagai timbalan menteri dahulu, saya memberi banyak sumbangan kepada Kabinet, kerajaan dan UMNO dan saya harap perwakilan menilai rekod perkhidmatan saya ini,'' katanya.

silembiks : Buang 'karen' je pilih Ali Rustam.....sekali lagi saya menyeru agar jangan sesekali mencalonkan beliau....beliau antara Ketua Menteri yang gagal dari segi aspek pengurusan dalam negeri. Jika dia menang sebagai Timb. Presiden UMNO, parah Malaysia dibuatnya. Sudahlah cakap tak pandai tetapi masih lagi bernafsu besar...

Susah Nak Cari Pemimpin UMNO Yang Berterus Terang - Malaysiakini

Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO nampaknya hanya tinggal 3 persaingan selepas Datuk Zahidi Zainul Abidin menarik diri.

Beliau menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya.

Tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana berani berterus terang. Sikap sebegini seharusnya menjadi contoh kepada mana-mana calon UMNO yang bertanding terutama Ali Rustam, Mat Taib dan Khir Toyo. Mereka bertiga ini sepatutnya insaf dan bukannya merayu seperti pengemis untuk mendapatkan undi dari UMNO bahagian. Mereka inilah antara yang bakal menjadi perosak kepada Negara pada masa akan datang jika dilantik.

Mereka bertiga tidak pernah berterus terang sebaliknya lebih suka berdalih bahawa dan berkeyakinan mendapat undi pada setiap bahagian. Dengan ini saya pun ingin 'merayu' kepada mereka bertiga agar menarik diri sahaja daripada bertanding. Untuk Ali Rustam, sekarang ni musim hujan di Melaka, eloklah kamu perhatikan kawasan-kawasan yang bakal dinaiki air. Sudah terbukti yang kamu tidak akan mendapat kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO...Urus Negeri Melaka pun bermasalah masih lagi menanam cita-cita hendak mentadbir Malaysia....pirahhhhhhhhh

Sejarah Berulang Kg Barisan Nasional Tasik Utara 1974 - Kg Baru Plentong Tengah 2008 - Malaysiakini

PUTAR KEBELAKANG-Pada September 1974 lebih kurang satu bulan sesudah Barisan Nasional mendapat kemenangan besar maka Kampung Barisan Nasional di Tasik Utara pun diruntuhkan. Ini berlaku dalam bulan puasa. Ramai di tangkap. Para peneroka bandar ( ketika itu hanya dipanggil setinggan dan penduduk rumah haram ), mahasiswa dari Universiti Malaya dan Universiti Singapura telah juga di tangkap. Saya di tahan reman satu minggu. Berpuasa di penjara Air Molek.

MAJU KE HADAPAN - Pada bulan Oktober 2008-Kg. Baru Plentong Tengah di robohkan. Ini berlaku sesudah hari raya. Penangkapan berlaku. Seramai 27 peneroka bandar telah di tahan. Kali ini Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA telah di gunakan.

Hampir 35 tahun kes Tasik Utara masih TIDAK dapat diselesaikan. Pada tahun 1997 saya ada melawat Tasik Utara-kawasan tempur anak-anak muda, setinggan dan mahasiswa. Kawasan ini telah menjadi padang golf dan sebahagian menjadi tempat stesen radio dan sebahagian menjadi kawasan perumahan mewah.

Dimana perginya penduduk asal Tasik Utara? Ketika saya menulis ini mereka masih lagi tinggal di RUMAH PANJANG. Tiga puluh lima tahun tidak dapat diselesaikan. Hairan. Jangan Hairan. Ini hakikat dasar perumahan gerombolan United Malays National Organisation.

Perumahan masih dilihat sebagai satu masalah yang tidak selesai-selesai. Sebenarnya bukan susah untuk menyelesaikan hal perumahan warga negara. Banyak negara dalam dunia ini, yang warganya lebih ramai dari kita telah dapat menyelesaikan agenda perumahan untuk warga mereka.

Singapura 40 tahun dahulu penuh dengan peneroka bandar. Hari ini semua warga Singapura telah mendapat tempat tinggal. Apa telah dilakukan ialah-kerajaan sendiri menjadi pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar-pemilik dan pemungut sewa rumah.

Pengalaman Singapura ini bukan unik dan asing. Di Belanda, di United Kingdom dan di banyak negara-negara Eropah syarikat yang dimiliki kerajaan telah menjadi pembina dan pemilik rumah-rumah. Malah di Belanda hampir setengah dari warga adalah penyewa rumah-rumah yang dimiliki kerajaan.

Kalau di United Kingdom - dalam pusat kota London itu sendiri kebanyakan rumah- rumah adalah milik majlis tempatan. Majlis tempatan bertanggung jawab mendirikan rumah-rumah dan menyewakan rumah-rumah ini untuk kediaman warga di kawasan majlis bandaran. Sebagai contoh-Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Dengan dasar - RUMAH UNTUK YANG TIDAK BERUMAH - masalah perumahan dapat diselesaikan. Tanggung jawab kerajaan yang dilantik ialah untuk merumahkan warga dan bukan mencari keuntungan dengan menyusahkan rakyat dengan tangkapan kalau mereka tidak berumah.

Dasar Rumah Untuk Yang Tidak Berumah adalah satu dasar kebajikan. Ini tidak dijalankan oleh Barisan Nasional. Semenjak di zaman kerajaan Perikatan hingga ke hari ini, Barisan Nasional - parti yang memerintah - telah tidak meletakkan kebajikan ramai sebagai pedoman induk. Kebajikan ramai bukan dasar Barisan Nasional. Dasar gerombolan ini ialah keuntungan untuk pemaju.

Dasar perumahan Barisan Nasional bukan untuk kebajikan rakyat tetapi untuk membantu syarikat pemaju perumahan. Tanah-tanah yang telah di teroka rakyat semenjak belum wujud Malaya/Malaysia lagi kini di rampas. Kes yang amat jelas berlaku di Kg Berembang. Penduduk-penduduk telah tinggal di sini lebih dari 40 tahun. Mereka adalah peneroka asal kawasan ini.

Lihat apa yang terjadi. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan pemaju untuk merampas dan menghalau penduduk kampong Berembang. Kes seperti ini bukan satu yang baru. Kalau tahun 1974 dahulu berlaku di Tasik Utara, hingga ke hari ini ianya terus menerus berlaku- di Berembang, di Chu Badak, di Kampung Pasir. Ini hanyalah nama-nama kampung yang dirobohkan yang kita ketahui kerana di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimana di Ipoh,di Pulau Pinang, di Seremban dan sebagainya yang jauh dari radar mata kepala para aktivis dan Ngo. Berapa banyak agaknya?

Barisan Nasional dan gerombolan United Malays National Organisation TIDAK memiliki dasar perumahan yang tepat. Dasar yang di ajukan bertujuan untuk memperkaya kaum pemodal dan kaum pemaju. Lihat apa yang terjadi dengan rumah flet di Jalan Pekeliling. Kawasan perumahan rakyat ini di ambil kembali kerana ada towkay besar yang inginkan tapak perumahan ini.

Cara rompakan ini cukup senang: Seorang Towkay telah 'kowtim' dengan seorang gedebe gerombolan United Malays National Organisation. Mereka membuat apa yang mereka panggil 'joint-venture'. Towkay mengeluarkan wang. Gedebe Melayu tidak ada modal kecuali air liur basinya. Lalu tuan punya air liur basi ini akan jumpa menteri itu dan menteri ini.

Mungkin saham di janjikan. Mungkin kondo akan di janjikan. Mungkin betina akan di janjikan. Duit jangan kiralaaa...semua masyuuk. Si menteri akan mendapat habuan. Untuk meluluskan perampasan tanah ini si Menteri pula akan mengatakan bahawa sebahagian dari duit 'soru' ini akan dimasukkan kepada dana parti gerombolan United Malays National Organisation.

Jika tidak yakin mondus operandi yang saya tulis ini sila perhatikan dengan rapi siapa di belakang syarikat-syarikat yang merompak harta rakyat ini. Pasti ada nama towkay Cina dan mesti ada nama Melayu. Pasti ada nama Datuk atau Tan Sri. Dan yang lebih afdal lagi kalau ada nama pengarah syarikat yang bermula dengan Haji. ( Jangan lupa bagaimana Tabung Haji telah bersama-sama campur tangan untuk merompak tanah rakyat di Pusing Ipoh? Rompakan ini dilawan rakyat kerana bahaya radio active? Lupa? Jangan jadi Melayu mudah lupa tetapi jadilah Melayu yang perkasa.)

Lihat pula berapa banyak projek perumahan swasta yang TERBENGKALAI. Dimana-mana kita akan ternampak rumah-rumah yang tidak siap. Berapa ramai rakyat yang telah ditipu. Berapa banyak orang ramai yang terhutang. Warga yang tertipu ini buat laporan polis-sampai kiamat pun tidak ada siasatan diambil. Kerana apa ? Kerana ada kerjasama pemaju dengan pihak polis dan gerombolan United Malays National Organisation.

Akhirnya kerajaan terpaksa datang menyelamatkan projek perumahan terbengkalai. Ini satu kerja yang bodoh. Kenapa dari awal lagi rancangan perumahan ini tidak dijalankan oleh kerajaan sendiri. Kerajaan seharusnya menjadi pemaju, pemilik dan tuan memberi sewa.

Masalah perumahan dalam negara ini akan terus berlanjutan selagi Barisan Nasional tidak digantikan. Justeru, Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan DASAR PERUMAHAN RAKYAT yang jelas. Dasar buat/jual/beli rumah untuk buat untung wajib di tinggalkan. Membuat rumah adalah untuk kebajikan bukan untuk mengaut untung.

Kalau Pakatan Rakyat menentang ISA kerana ini hak asasi maka RUMAH juga adalah HAK ASASI. SATU KELUARGA SATU RUMAH WAJIB DIJADIKAN DASAR. Tinggal dengan selesa wajib di jadikan dasar. Bukan hidup berasak-asak seperti di Pantai Dalam. Ini bukan hidup selesa. Itu samalah seperti hidup dalam kandang kerbau. Kerbau sendiri pun akan marah kalau kandang terlalu kecil.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.

Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrak.

Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.

Duit rakyat ini lebih baik untuk mendirikan rumah dari membeli intan berlian untuk Rosmah Mansor. Duit ini lebih baik membuat rumah untuk rakyat dari dijadikan duit komisen untuk Razak Baginda yang akan bercuti makan angin di Paris.

Sumber : Hishamudin Rais - tukartiub.blogspot.com

Tahniah Untuk Skuad Bola Sepak Malaysia - Malaysiakini

Tahniah saya ucapkan kepada skuad Bola Sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir kejuaraan bola sepak Pestabola Merdeka selepas membelasah Myanmar 4-0 malam tadi.

Bagi saya, walaupun kejohanan Pestabola Merdeka banyak mendapat reaksi -ve tetapi sebagai rakyat Malaysia saya tetap menyokong. Cuma saya rasa terkilan kerana kejohanan kali ini hanya menampilkan pasukan-pasukan kerdil dan tidak seperti kejohanan sebelum ini. Vietnam yang dikatakan bakal mencabar kewibawaan skuad Negara cuma menghantar pemain bawah 23 tahun. Bagi saya, kejohanan Pestabola Merdeka yang merupakan kejohanan terulung di Malaysia semakin hilang magisnya.

Jika dahulu kita dapat saksikan bintang2 dari Korea Selatan, Iraq, Arab Saudi serta jaguh terkuat dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Singapura di dalam kejohanan ini tetapi kini tidak lagi. Bagi saya FAM perlu pandang serius akan masalah ini. Jika hanya sekadar menjemput pasukan yang lemah datang bertanding bagi tujuan memperbaiki ranking dunia skuad bola sepak negara adalah satu kerja yang sia-sia kerana ia masih belum membuktikan yang skuad Bola sepak negara berada diatas landasan yang terbaik untuk bertanding diperingkat antarabangsa. Selain itu juga, penyertaan kejohanan di laur negara perlu dilaksanakan dengan kerap bagi membiasakan pemain Malaysia bermain ditempat lawan. Saya tidak mahu Skuad Malaysia hanya layak digelar jaguh kampung.

Untuk itu, saya mengharapkan pada kejohanan akan datang pihak FAM dapat menjemput pasukan lawan yang lebih berkaliber bagi memberikan persaingan yang lebih menarik di dalam kejohanan pestabola merdeka. Semoga usaha mereka untuk membangunkan mutu bola sepak negara dan menjadikan Malaysia sebagai pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu membuahkan hasil...