Jumaat, 10 Oktober 2008

Harga Minyak : Menteri Tak Faham Matematik - Malaysiakini

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

sumber :
Angkasanuri

Kerajaan Baru Terbentuk Minggu Depan ?? - Malaysiakini

Kerajaan baru dijangka terbentuk dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan terkini dalam senario politik negara. Keputusan Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan seperti yang diumumkan semalam tidak menggugat dan menghalang usaha pembentukan kerajaan baru seperti yang ditegaskan oleh DSAI. Tarikh yang paling hampir ialah pada 13 Oktober ini iaitu semasa Parlimen kembali bersidang.

Masalah agihan kerusi kabinet dikatakan telah dapat diselesaikan di kalangan Pakatan Rakyat yang menyebabkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat berpuas hati.Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah sehari dua lepas yang memberikan beberapa 'klu' tentang pembentukan kerajaan baru menghangatkan lagi jangkaan ramai pihak bahawa kerajaan baru akan terbentuk dalam masa yang terdekat.

Pengumuman Pak Lah semalam tidak memberi kesan dan mengubah pendirian mereka yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat kerana masalah dalam BN dan kerajaan tidak akan selesai dengan langkah Pak Lah tidak bertanding jawatan presiden. langkah ini sebenarnya menambahkan lagi kegawatan dalam UMNO dan BN sehingga mewujudkan lebih banyak kem dan puak wujud dalam UMNO. Sekali gus memburukkan rasuah dan penyelewengan yang sinonim dengan UMNO. Keadaan ini memaksa Lembaga Disiplin UMNO semalam memberi amaran tegas kepada siapa yang terlibat dalam rasuah dan skandal pada pemilihan akan datang.

Malah kejatuhan teruk indeks utama BSKL sehingga semalam menunjukkan pengumuman Pak Lah tidak mampu untuk memulihkan keyakinan pelabur dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara. Semua ini menyumbang kepada langkah untuk mempercepatkan pembentukan kerajaan baru supaya keadaan dalam negara dapat diselamatkan.

Di Samping itu,kejatuhan harga minyak di pasaran global sehingga semalam di bawah paras $ US 87 setong terendah dalam tempoh lapan bulan tidak membawa apa-apa berita baik kepada rakyat negara ini yang telah lama menderita. Hal ini disebabkan kelemahan ekonomi negara di bawah kepimpinan sekarang.Kerajaan yang ada masih teragak-agak untuk menurunkan harga minyak. Semua ini membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang dan perlu ditukar secepat yang mungkin dengan memberi peluang kepada kerajaan baru untuk membetulkan semula keadaan.

sumber :
Angkasanuri

Siapa Calon UMNO Yang Benar-Benar Bersih ?? - Malaysiakini

Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti.

Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat.

Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ?

- Datuk Seri Najib Tun Razak ?
- Tan Sri Muhammad Taib ?
- Tan Sri Rahim Tamby Chik ?
- Datuk Ali Rustam ? A
- tau siapa sahaja dalam UMNO


sila nyatakan pilihan anda.

sumber :
Angkasanuri

Confirm Ali Rustam Mahu Jadi TPM - Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan adalah muktamad.

Menurutnya, beliau ada mendengar terdapat beberapa lagi calon yang akan bersaing ke jawatan nombor dua itu namun berharap pertandingan tidak menjejaskan tali persahabatan yang sedia terjalin.

Mmmmmm nampaknya UMNO pada peringkat bahagian kena fikirkan betul2 tindakan Ali ini. Ini Soal masa depan negara, biasanya Timb. Presiden UMNO akan diangkat sebagai TPM. Jadi jika beliau menang maka Malaysia pasti mengalami kehancuran. Kehancuran yang lebih dahsyat semasa pemerintahan Pak Lah.

Beliau juga antara pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan tak ubah seperti lalang..Sebelum ini beliau menjadi penyokong kuat Pak lah dan sekarang disebabkan ada kepentingan individu dalam politik maka beliau cuba menjadi penyokong kuat Najib...Orang seperti ini tak layak berada di dalam tampuk pemerintahan negara...

Lihat sahajalah
hutang Kerajaan Negeri Melaka yang semakin bertimbun..Jika Melaka negeri yang terkecil pun gagal dibeliau tadbir, apatah lagi untuk mentadbir Malaysia..Silap2 haribulan harga minyak lagi naik berganda dari yang ada sekarang...Maka dengan ingin ini saya sebulat suara menyarankan agar janganlah undi Ali Rustam sebagai calon Timb. Presiden UMNO....

Giliran 'Mike Tyson' Umum Bertanding Timb. Presiden UMNO - Malaysiakini

Seorang lagi pemimpin UMNO yang tidak 'berguna' iaitu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Sehingga kini, tiga pemimpin menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut disebut-sebut mungkin akan bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Nampaknya semakin gelaplah masa depan UMNO selepas ini. Almaklumlah yang bertanding untuk jawatan Timb. Presiden rata-rata mereka mempunyai rekod kepimpinan yang buruk termasuk juga dengan Mohd Taib. Beliau yang sebelum ini popular dengan kisah bawa lari anak Sultan dan wang tunai berjuta-juta ke luar negara berkata ingin membantu Presiden memperkasakan dan memulihkan kekuatan UMNO untuk menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Bagi saya itu semuanya mengarut sahaja coz prinsip yang mereka perjuangkan selama ini hanyalah untuk kepentingan individu dan bukanlah jujur membantu masyarakat. Jika ini yang diperjuangkan bakal2 calon timbalan presiden alamatnya parti UMNO ni bakal di talkinkan dalam masa yang terdekat....

Khamis, 9 Oktober 2008

Rancangan Televisyen Di Malaysia Semakin Haru Biru - Malaysiakini

Entahla, kenapa sejak akhir-akhir ini rancangan televisyen di Malaysia semakin terbabas. Rancangan yang ditayangkan pula semakin mengarut malah rancangan yang berbentuk hiburan dan berunsur tahyul semakin berkembang di Stesen televisyen Malaysia dan ia seolah-olah menjadi keutamaan bagi stesen televisyen untuk mengejar rating tertinggi.

Saya pun sudah semakin jarang menonton televisyen dan hanya warta berita sahaja yang menjadi santapan utama saya, itupun hanya berpeluang sekali sekala. Rancangan berbentuk ilmiah semakin berkurangan bahkan rancangan Ehwal Islam yang suatu ketika dahulu menampilkan penceramah-penceramah yang hebat setiap kali berforum tetapi kini sudah semakin kendur bahkan soalan2 yang dikemukan oleh 'penonton' pun hanya tempelan semata-mata dalam satu majlis malah ahli2 panel pula takut menyatakan kebenaran setiap kali berhujah terutama Ustazah 'Hadhari' Mashitah.

Rancangan-rancangan dari negara Indonesia dan Amerika Selatan semakin membanjiri stesen Televisyen tempatan. Belum lagi dimasukkan cerita2 dari hollywood mahupun bollywood. Alahai, rasa seperti bukan tinggal di Malaysia sahaja. Entah apalah nak jadi saya pun tak tahu.

Rancangan berbentuk realiti semakin berlambak umpama cendawan yang tumbuh dengan segar selepas hujan. Rancangan seperti AF, Malaysia Idol, Geng Starz dan sebagainya menjadi perhatian masyarakat terutama dari golongan remaja. Saya bukannya anti hiburan bahkan saya antara penggemar hiburan. Pendekatan stesen TV yang lebih mengutamakan keuntungan daripada memelihara sensitiviti umat Islam adalah sangat mengecewakan. Ini kerana rancangan yang saya sebutkan rata-rata disertai oleh anak-anak Melayu yang terlalu taksub dengan kemewahan dan popular dikalangan masyarakat. Ini antara kegagalan yang dapat dilihat peranan sebenar stesen televisyen di Malaysia.

Terbaru
salah sebuah stesen televisyen di Malaysia menggunakan wanita Melayu yang semestinya beragama islam (berpandukan nama peserta) sebagai aset untuk mereka mereka meraih publisiti. Kali ini rancangan realiti Gadis Melayu menjadi pilihan TV9, program yang mula bersiaran pada pukul 9.30 malam 16 Oktober ini di saluran TV9, menampilkan 13 episod yang bukan sahaja menguji peserta dengan tugasan mencabar setiap minggu malah membimbing dan memberi panduan bagi membentuk figura gadis Melayu cemerlang.

Entah kecemerlangan yang mahu dicari oleh mereka tidak saya ketahui…semakin pelik difikirkan. Itu tidak termasuk dengan siaran kartun yang ditayangkan pada waktu maghrib. Yang paling menyedihkan apabila stesen televisyen kerajaan, RTM semakin hanyut untuk bersaing dengan stesen televisyen swasta. RTM seolah2 tiada 'trademark' yang boleh dibawa untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Alangkah malang menteri yang bertanggungjawab gagal dalam menjalankan tanggungjawab. Inilah kesan jika negara dibawah pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional…. Semakin lama BN memerintah semakin rosak akal pemikiran dan akhlak masyarakat di Malaysia yang saban hari disajikan dengan rancangan2 yang 'lagha'. Mungkin apabila PR memerintah baru siaran di televisyen baru akan berubah kot.....Kita tunggu sajalah...

Gambar Anak Bakal Presiden UMNO Yang Baru - Malaysiakini

Hanya sebahagian dapat saya paparkan. Selebihnya sila rujuk di blog member saya di Assirkami. Beginilah bakal Perdana Menteri yang hendak dilahirkan oleh UMNO. Bagaimana agaknya dia hendak mentadbir negara sedangkan tanggugjawab yang beliau diamanahkan untuk menjaga keluarga belum lagi mampu terlaksana dengan sempurna. Jadi kepada rakan-rakan UMNO, maybe boleh jawab kot, tetapi bagi saya yang juga berpegang kepada trademark si Nabil Raja Lawak, lu pikirla sendiri....

silembiks : sekali pandang macam Pak Lah ngan michele Yoh la pulak...



p/s : Akan datang saya nak keluarkan gambar isteri kepada bakal Presiden UMNO..tunggu sajala