Selasa, 6 Januari 2009

KUALA TERENGGANU MEDAN TEMPUR UNTUK RAFIDAH DAN SHAHRIZAT - Malaysiakini

Sudah 2 bulan berlalu pemilihan UMNO peringkat bahagian dan apa yang dapat dilihat setakat ini sokongan beberapa bahagian nampaknya masih memihak kepada Shahrizat iaitu calon yang akan bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO. Walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa akan berlaku perpecahan di dalam Wanita UMNO akibat wujudnya perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO tetapi bagi saya ia berpunca dari tindakan Rafidah sendiri. Jika beliau tidak meletakkan bulan Jun 2009 sebagai berlakunya peralihan kuasa berkemungkinan masalah ini tidak akan timbul.

Itu sebab di dalam di dalam penulisan yang lepas, saya ada menegaskan bahawa Rafidah mempunyai agenda peribadi dan semestinya mahu mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita semata-mata mahu menempatkan diri beliau sebagai salah seorang menteri kabinet apabila Najib mengambil alih kedudukan Pak Lah sebagai perdana menteri.

Jadi, PRK Kuala Terengganu yang akan berlangsung ini bukan sahaja medan pertarungan antara YB Abdul Wahid Endut dengan Wan Farid tetapi melibatkan pertembungan secara halus antara Rafidah dan Shahrizat dalam usaha meraih publisiti bagi mendapatkan sokongan untuk mereka merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia…

Isnin, 5 Januari 2009

ALI RUSTAM : LAYANG-LAYANG PEGANTI AIRBUS - Malaysiakini

Gelihati juga hati ini membaca kenyataan Ali Rustam di dalam mSTAR bertarikh 2 Januari 2009 dimana beliau mencadangkan agar menjadikan permainan layang-layang aktiviti kokurikulum sekolah. Bertambah kelakar membaca kenyataan daripada beberapa blogger antaranya Ketua AMK Malaysia, Bro. Sam, Sebol dan juga nahdah. Semuanya mempersoalkan pandangan mengarut Ali Rustam dan saya secara peribadi juga menyokong pandangan dari rakan-rakan blogger ini.

Apa faedah yang diperolehi jika permainan layang-layang diserapkan di dalam kokurikulum sekolah. Adakah cara ini bertujuan untuk komersilkan permainan layang-layang dimata pelancong serta masyarakat global ?? Saya tidak sangka pemikiran calon Timbalan Presiden UMNO sedemikian rupa. Maybe akibat terlalu taksub untuk memperkembangkan industri pelancongan mengakibatkan pemikiran beliau jauh tersasar. Mungkin selepas ini permainan galah panjang pula yang akan diserapkan di dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Itupun jika Hishamudin menerima pandangan yang dilontarkan oleh Ali Rustam.

Sepatutnya Ali Rustam seharusnya memikirkan masalah tulisan jawi yang semakin pupus di sekolah serta berusaha menerapkan pembelajaran bahasa jawi di dalam subjek agama Islam. Umumnya kita mengetahui bahawa bahasa Inggeris semakin diangkat dan dilambung sebaliknya tulisan jawi semakin lama semakin dipinggirkan. Sepatutnya perkara ini yang harus dibimbangkan dan bukannya isu layang-layang dijadikan keutamaan.

Untuk makluman, blogger nahdah ada menyebut, Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa subjek akademik di sekolah rendah akan digugur dan diganti subjek baru seperti drama dan tarian.

Apa sebenarnya hala tuju sistem pendidikan kita? Apakah generasi masa depan sedang disediakan untuk menjadi seniman dan budayawan semata-mata? Nampaknya masa depan anak-anak Malaysia semakin cerah dan lebih terarah kepada industri hiburan dan jadi tidak hairanlah jika program2 realiti semakin tumbuh bagaikan cendawan. Alahai malangnya nasib rakyat Malaysia tanah airku...

Berbalik kepada kisah Ali Rustam, mungkin disebabkan kecelaruan minda beliau ekoran kapal terbang airbus tidak boleh mendarat di lapangan terbang Batu Berendam mengakibatkan dia mengambil inisiatif meletakkan layang-layang sebagai penganti. Almaklumlah layang-layang kan boleh terbang di awan. Jadi mungkin Ali Rustam berfikir 'tak salah jika layang-layang menjadi peganti kepada Airbus'. Jadi disebabkan cadangan tolol inilah yang akan mengakibatkan kanak-kanak akan menjadi mangsa....Kepada rakyat Melaka khusunya, inilah tahap sebenar pemikiran Ketua Menteri Melaka

Ahad, 4 Januari 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA - Malaysiakini

Amerika memang negara yang paling laknat begitu juga dengan pemimpinnya. Baru 1 januari hari tu saya ada keluarkan artikel berkenaan kezaliman tentera israel terhadap umat Islam Palestin kini saya mengeluarkan lagi agar semua rakan2 blogger dan pengunjung sekalian berkempen dengan memboikot segala barangan keluaran israel dan Amerika.

Saya faham tidak semua rakyat Amerika yang bersifat seperti pemimpin mereka yang zalim tetapi dalam isu ini kita memang secara terang dapat melihat bahawa Amerika sememangnya ada connection dengan Israel laknatullah. Lihat sahaja berita dari Utusan Malaysia bertarikh 4 Januari 2009 dimana pentadbiran White House dan Jabatan Negara AS menekankan, Israel berhak berbuat apa sahaja untuk melindungi rakyatnya dan pada masa yang sama turut mendesak Hamas mematuhi syarat rejim Zionis sekiranya mahu melaksanakan gencatan senjata.

Nampak sangat yang puak celaka ini begitu berat sebelah dalam menangani masalah ini. Jadi salah satu usaha melemahkan mereka ialah dengan memboikot segala barangan mereka ini. klik disini untuk melihat senarai barangan yang ada kaitan negara celaka ini. Jadi dengan itu, kita jangan hanya turun berdemo sahaja bahkan mari kita attachkan gambar yang melambangkan kita anti israel dan Amerika di dalam blog kita sebagai satu usaha protes kita kepada mereka yang membunuh umat Islam di Palestin serta negara-negara Islam yang lain....

UNTUK PENGUNDI P036 KUALA TERENGGANU - Malaysiakini

Kepada pengundi P036 Kuala Terengganu yang akan mengundi pada 16 Januari 2009, kalian semua diingatkan bahawa calon yang akan menang akan menjadi wakil rakyat untuk bersuara di Parlimen bagi membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam.

Saya cukup kesal dengan Ahli Parlimen Jasin, YB (B) Kp. Ahmad Bin Hamzah yang kurang memainkan peranan dalam parlimen. Nampaknya kehadiran beliau yang mewakili UMNO pada PRU lalu hanyalah sekadar mencukupkan kuota di dalam UMNO untuk bertanding di dalam pilihanraya. Ini sudah terbukti bahawa UMNO sememangnya parti yang semakin kekurangan pelapis untuk diketengahkan pada masa akan datang dan hanya pandai menabur janji manis daripada memainkan peranan yang diamanahkan oleh rakyat....

KOMENTAR DEBAT HUSAM MUSA DAN KHAIRY JAMALUDIN - Malaysiakini

Aku tersentak ketika mendengar cabaran Khairi kepada Husam berkenaan perlaksanaan Hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih pemerintahan dari BN.

Bagi Khairi ini adalah peluangnya untuk menjadikan modal politik khususnya bagi menakutkan pengundi bukan melayu.

Tetapi sebagai orang Islam, aku tertanya-tanya khairi ni sebenarnya beragama apa sehinggakan cara dia mencabar husam seolah-olah dia malu dengan undang-undang agamanya sendiri?

Kenapa dia tindak berbangga dengan hukum Islam yang pernah memerintah 1/3 daratan yang terbentang luas di atas muka bumi ini?

Masih tidak cukup kah puluhan ribu anak luar nikah yang lahir di Malaysia ini menyebabkan dia masih tidak sedar undang-undang yang ada pada hari ini masih tidak mampu menangani masalah sosial di negara kita?

Sebagai orang Islam aku menasihati khairi segera bertaubat dan menyesali fikrah dan tanggapan serong terhadap hukum Islam yang dianuti olehnya dan sebahagian besar pengikut UMNO pada hari ini. Satu perkara lagi yang aku bengang dengan sikap penonton yang terpekik pekik ketika panelis berhujah. Tunjukanlah adab, kematangan dan keterbukaan berpolitik.

Lagi teruk ada yang bersorak ketika Khairi membaca ayat al quran semasa mukadimah ucapannya (apa ni ???) Akhirnya aku nak tabik juga pada Khairi kerana berani menyahut cabaran debat ini.Tak kiralah apa niat dihati. Dari sudut positifnya, wacana seperti ini perlu diperbanyakan dan diterbukakan. Barulah kita dapat menilai ketokohan seorang pemimpin. Dan sekali gus mengangkat status ahli ahli Yang Berhormat kita ketahap 'world class'.

sumber : Ulau Tedong

MOHD TAIB CAKAP, PAKATAN RAKYAT DAH RETAK - Malaysiakini


Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang tidak seberapa cerdik telah mengeluarkan satu statement yang menarik untuk dibaca dimana info terkini dan sensasi yang keluar dari mulut beliau berkisar dengan Pakatan Rakyat yang dikatakan mengalami keretakan di negeri Selangor.

Beliau hanya merujuk kes ini berpandukan perletakan jawatan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Itulah, nak kata pandai nampak pulak bodoh, nak kata bodoh nampak pulak kebangangannya !! Pernahkah dia baca kenyataan Syed Husin yang juga Timbalan Presiden PKR Malaysia ??

Nak tahu selanjutnya baca disini...Kepada Mohd Taib, kalau dah nama blogger, kenalah tau sumber2 lain..Ini tidak, main tembak saje kejenya....

Seperkara lagi, sepanjang 50 tahun UMNO memerintah Malaysia apa yang dia bikin ?? kalau sekadar pengangkutan dan pembangunan tu normallah..Sudah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah..PR baru memerintah 10 bulan...kasilah masa kepada mereka..ini cepat sangat buat tanggapan negatif..Lupakah kamu tentang penyelewengan yang dibawa oleh pimpinan Barisan Nasional sepanjang mentadbir negeri Selangor ?? Pasal kamu semualah mereka kena selesaikan dahulu masalah ini..Kalau kamu bersuara lagi, aku bongkarkan cerita2 sensasi kau pada masa yang lepas...

WAJAR PERKENAL SUBJEK HUDUD DI SEKOLAH - Malaysiakini


Apabila saya membaca kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz agar memperkenalkan subjek hudud dalam matapelajaran di sekolah saya mula terfikir dan merasakan cadangan Tuan Guru adalah sangat relevan. Saya menyokong bukannya saya hendak membodek Tuan Guru tetapi sebaliknya keterbukaan beliau melontarkan pandangan yang bernas bagi memahamkan semua pihak apa yang dimaksudkan dengan hudud. Umumnya semua mengetahui bahawa hukum hudud ini menjadi senjata utama dan juga bahan politik dari UMNO serta Barisan Nasional untuk memerangi PAS antara parti yang berusaha agar hukum ini berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Sebagai seorang muslim, kenapa kita harus takut kepada hukum hudud. Kenapa kita yang mengaku sebagai muslim yang melafazkan kalimah syahadah dengan bersaksi tiada tuhan yang kita sembah melainkan Allah tapi dari sebelah sudut pula kita menentang hukumNYA dan seolah2 muslim di Malaysia ini malu dengan undang-undang yang dibawa oleh Islam.

Oleh itu, pihak kementerian tidak kiralah kementerian pendidikan @ pengajian tinggi perlulah memikirkan langkah yang positif dan bukannya meletakkan satu tembok penghalang daripada memberi penjelasan dengan menyerapkan subjek hudud di dalam silibus pejalaran bagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan hudud. Kepada rakan2 dari UMNO, kenapa kamu semua begitu lantang dan berkeras menghalang perlaksanaan hukum hudud ?? malukah kamu dengan undang-undang yang dibawa oleh agama kamu ?? kenapa undang2 sekular menjadi perhatian kamu ?? saya memohon jawapan dari sahabat dan rakan2 dari UMNO..Jika benar kamu mengaku Islam agamamu berikan jawapan yang relevan kenapa hudud tidak wajar dilaksanakan di Malaysia dan jangan kamu menggunakan hudud ini sebagai satu usaha untuk menakutkan golongan non muslim. Tetapi secara peribadi, jika pembelajaran hudud ini diserapkan sebagai subjek pembelajaran sudah semestinya puak2 UMNO yang sememangnya menolak Islam akan tergugat dan jika kena gayanya alamat UMNO akan terus pupus dari muka bumi kerana sudah jelas bahawa parti yang bersifat nasionalis ini hanya memperjuangkan bangsa Melayu sahaja dan menolak Islam sebagai tunjang pemerintahan. Secara kesimpulan, UMNO menggunakan hudud sebagai modal politik beliau bagi meraih sokongan dari non muslim.

Bagi saya, hanya orang yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan duniawi yang akan bertindak menentang hukum dan undang-undang Islam ini kerana mereka sememang takut akan ketelusan hukum hudud ini....Tapi ingatlah, yang kita mahukan keamanan dan bukannya keadaan huru-hara seperti sekarang..Sebagai peringatan dari saya untuk semua, tiada sempurnanya undang-undang yang direka oleh manusia melainkan undang-undang itu datangnya dari Allah S.W.T.. Jadi, lu all fikir2lah sendiri