Selasa, 23 September 2008

Akhirnya Raja Petra Di Tahan ISA - Malaysiakini

Akta zalim di Malaysia semakin mengganas dan kali ini Raja Petra Kamarudin menjadi mangsa berikutnya. Beliau yang dikenali dengan gelaran RPK ditahan akibat artikel beliau yang dikatakan menghina Agama Islam.

RPK akan ditahan selama 2 tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Dalam Negeri iaitu Syed Hamid 'Botak' telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.

silembiks : Apa jua kesalahan RPK ia patut dibicarakan bukan dengan menggunakan kaedah yang zalim sebegini....Adalah tidak adil kerana ISA masih mengamalkan konsep IKUT SUKA AKU....sepatutnya ISA sudah dimansuhkan sejak Malaysia merdeka lagi....

Isnin, 22 September 2008

Harap YB Teresa Mohon Maaf Kepada Golongan Miskin Di Malaysia - Malaysiakini

Saya bukan nak membangkitkan masalah perkauman di dalam blog ini. Bagi saya jika sesuatu perkara tidak betul maka ia perlu diperbetulkan coz kita kena ketahui bahawa sebagai hamba Allah kita tak lari dari melakukan kesilapan.

Dalam kes ini saya kurang senang dengan kenyataan yang keluar dari mulut YB Teresa Kok. Semua sedia maklum yang YB Teresa baru sahaja dibebaskan dari tahanan ISA selepas ditahan selama seminggu. Semasa didalam tahanan beliau Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa,
dijamu "seperti makanan anjing" - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam

Dalam hal sebegini saya harap YB Teresa menarik balik semula kenyataan beliau dimana kenyataan beliau seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan makanan golongan miskin. Saya faham status YB Teresa yang mungkin tidak pernah merasai makanan sebegitu tetapi apabila beliau melabelkan makanan tersebut seperti makanan anjing ia sedikit sebanyak telah mengguris perasaan dan hati bagi mereka yang tidak hidup semewahnya.

Alangkah sedihnya yang bersuara merupakan seorang YB yang dikatakan hendak membela nasib rakyat. Bagaimana beliau mahu membela nasib rakyat sedangkan ujian sebegini (makanan) beliau sudah gagal. Bagi saya dengan makanan dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari masih boleh dianggap mewah. Bagaimana dengan nasib orang miskin yang hanya mengalas perut dengan memakan nasi berlaukkan kicap sahaja bahkan ada yang makan nasi sehari sekali dan berlaukkan garam ?? Sepatutnya dalam situasi sebegini YB Teresa dapat lebih menghayati masalah sebenar rakyat di Malaysia terutama bagi mereka yang miskin. Moga YB Teresa sedar akan ketelanjuran kata beliau dan saya sekali lagi memohon YB Teresa menarik balik kenyataan beliau yang berbaur penghinaan kepada golongan miskin dan meminta maaf kepada mereka...

silembiks :
ramai blogger2 marah dengan kenyataan YB Teresa ( antaranya Pak Bakaq , Perisik Rakyat , Sebol )tetapi saya pelik dengan Bro. Sofi kenapa terlalu sangat membela YB Teresa sedangkan beliau dah terang2 menghina orang miskin...Ada juga saya komen dalam ruangan komen diblog beliau "tapi tiada reapon dari beliau...."

Tamparan Buat Ali Rustam - Malaysiakini

Najib mahu Zahid jadi timbalannya? begitulah tajuk yang dipaparkan didalam Harakahdaily pada hari ini. Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Saya xmahu nak menyebut perihal Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi sebaliknya saya mahu menyebut perihal Ketua Menteri saya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Nampaknya harapan Pak Ali untuk bergayut ke dahan yang lebih tinggi bakal menghadapi kegagalan berikutan beliau terpaut pada dahan yang rapuh...maka dengan itu beliau pun jatuh dari kedudukannya. Nampaknya sehebat mana ilmu bodek yang dimiliki oleh Pak Ali akhirnya beliau gagal juga coz Najib semestinya mahu mencari orang yang 'ngam' dengan kepala otak dia. Nak harapkan Pak Ali, langsung tak tahu hapa...Pak Ali ni juga antara manusia yang xde pendirian dan bagi saya ia tak ubah seperti lalang yang hanya mengikut arah tiupan angin..

Untuk Pak Ali, jika ramalan ini benar maka Pak Ali bakal berdepan dengan situasi meruncing didalam politik UMNO..erti kata, sokongan beliau dari peringkat akar umbi kemungkinan merosot dan tidak mustahil beliau tidak akan mendapat pencalonan yang cukup untuk jawatan Naib presiden..tapi yang pasti, Pak Ali memang tiada didalam senarai masa depan Najib...

Hilang Sudah Janji Tajol Rosli - Malaysiakini

Sebelum ini beria-ia si Tajol (Bekas MB Perak) berkempen dengan memperkatakan bahawa kerajaan Negeri Perak yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan jatuh ke tangan Barisan Nasional malah janji beliau ialah 31 Ogos berlakunyanya peralihan kuasa kerajaan Negeri tersebut.

Tapi ntah hapa cerita si mamat sekor ni, berkokok bukan main hebat. Sampai dah nak masuk hari raya, tiada sebarang cerita yang mengatakan Adun dari Pakatan Rakyat yang akan masuk BN, yang saya dengar MP BN hendak seberang ke Pakatan Rakyat adala.... Nampak sangat sengaja mencari publisiti murahan..

Nampak sangat yang Tajol Rosli ni memang ada masalah mental dan dia masih tak dapat menerima kejatuhan Kerajaan BN di Perak. Teringat yang beliau menangis pasal BN jatuh ditangan PR semasa PRU 13..hilang terus tittle dia sebagai Menteri Besar...Bagi saya, apa2 hal si Tajol tu kenalah terima hakikat bahawa jangaka hayat BN dah tak lama lagi di Malaysia dan dia sepatutnya bersyukur kerana dapat merasai nikmat menjadi Ketua Pembangkang yang pertama dari Barisan Nasional di Negeri Perak...

Guru 'Penyuluh Kegelapan' - Malaysiakini

Nasihat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail kepada 360,000 orang guru seluruh negara dan minda pengarang Berita Harian supaya guru tidak membincangkan isu politik ketika di sekolah menarik perhatian saya. Kata mereka;

1.dibimbangi boleh menjejaskan tumpuan tugas hakiki iaitu kepada pelajar dan pembelajaran,

2.tugas mereka sudah cukup berat mendidik generasi muda,

3.fikiran mereka terganggu atau terpesong jika asyik berpolitik atau mengikuti perkembangan isu politik semasa.

4.tidak harus mencampuradukkan tugas mereka dengan pengaruh politik kepartian.

5.terbawa-bawa kepada soal kaum, agama dan kenegerian yang boleh membangkitkan sentimen perkauman, serta memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Pada hemat saya, pandangan itu ada pro kontranya. Namun, kenyataan tersebut secara tidak langsung merendahkan martabat guru yang memang kritis terhadap sesuatu perkara. Saya ada pandangan lain!

Saya faham bahawa pandangan itu ditujukan kepada guru yang pro Pakatan Rakyat (PR). Kalau yang menyokong Umno/BN, tiada masalah. Sebab? Bukankah hampir semua pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan serta Guru Kanan Mata Pelajaran dipastikan orang kuat Umno/BN, paling tidak penyokong mereka. Kalau ada daripada pembangkang, mereka itu dianggap sebagai pembangkang yang 'cair'. Perkara ini telah diketahui oleh para guru dan umum. Bukankah, timbalan menteri pun bekas pegawai pendidikan? Tanyalah diri sendiri, macam mana boleh jadi timbalan menteri kalau bukan orang kuat Umno? Atau, tanyalah Pengarah Pelajaran Kelantan!

Seseorang guru tidak dinamakan guru kalau tidak mengajar atau tiada murid. Rata-rata guru yang mengajar di sekolah, sebelum dan sesudah menjawat jawatan tersebut, mengikuti pelbagai disiplin ilmu sewaktu mengikuti diploma perguruan atau pun kursus di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah. Di sinilah keistimewaan dunia pendidikan sebab guru berlatar belakangkan pelbagai bidang ilmu. Ilmu keguruan mereka semakin hari semakin mantap kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku antara mereka dengan para pelajarnya. Kebimbangan terhadap tumpuan guru tidak berbangkit, kecualilah mereka yang bercakap itu sengaja ingin menimbulkan kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Tidak tahulah pula, adakah guru yang menjadi juru kempen menjelang pemilihan agung Umno turut dimaksudkan dengan kebimbangan tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa tugas guru semakin berat. Apatah lagi sistem pendidikan negara masa kini berorientasikan peperiksaan dan mengejar kelulusan berbanding dengan matlamat mendidik pelajar dalam pelbagai lapangan untuk menempuh kehidupan pada hari muka. Kalau sudah mengakui tugas guru semakin berat, maka tiada sebab kepada kerajaan tidak memenuhi tuntutan kesatuan berhubung kebajikan mereka dalam isu kenaikan gaji, pangkat, beban tugas, peluang mendapat tajaan penuh untuk melanjutkan pelajaran dan banyak lagi. Peliklah. Kalau guru bercakap soal politik, mereka berkata tugas guru sudah cukup berat, tetapi apabila menuntut kebajikan, macam-macam pula alasan!

Fikiran siapa yang terpesong? Analogi mudah kepada Datuk yang menjaga orang belajar dan terpelajar. Guru, kalau anak muridnya membuat kesalahan pasti ditegur. Kalau jawapan dalam latihan, ujian atau peperiksaan itu salah, maka dipangkah atau tidak diberi markah, tetapi kemudian diberi jawapan yang betul lagi tepat. Sebaliknya, kalau pemimpin membuat kesalahan, siapa yang patut menegur mereka? Tentulah rakyat yang memberi mandat. Kenapa takut dengan teguran rakyat?

Siapa yang asyik berpolitik? Guru mengikuti perkembangan politik kerana itu fitrah manusia. Apa-apa yang diucap dan dilakukan pemimpin dinilai mengikut neraca ilmu, iman dan kemanusiaan. Keterlibatan mereka dalam politik belum tentu boleh sampai kepada jawatan timbalan menteri pendidikan.

Datuk kena tanya diri sendiri. Sewaktu naik sebagai wakil rakyat, Datuk mewakili parti politik atau tidak? Bukankah dinaikkan kerana terlibat kuat dengan Umno. Kalau tidak, macam mana Umno boleh melantik Datuk mewakili mereka dan orang lain yang berangan ingin jadi calon pun boleh ternganga? Isu yang Datuk bangkitkan, akan menimbulkan seribu persoalan kepada Datuk. Tiada salahnya guru sama ada berpolitik, mengikuti politik, menganalisis politik, mengundi parti pembangkang atau apa sahaja. Berbicara soal politik mestilah kena dengan orang dan tempatnya. Ini negara demokrasi, bukan komunis!

Guru hari ini adalah matang dan waras. Perjuangan mereka atas asas agama, kaum dan negeri perlu didengar dengan penuh keterbukaan oleh pemimpin yang berjiwa negarawan. Bukankah guru mengajar, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung?

Istilah guru sebagai 'penyuluh kegelapan' jangan sedap diucap dalam majlis sambutan hari guru atau pada hari mengenang jasa semata-mata. Martabat mereka perlu dijaga. Peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan rohani, emosi, intelek dan politik jangan diremehkan. Pandangan mereka jangan dikesampingkan. Pemimpin hari ini pernah diajar oleh guru di sekolah pada suatu masa dahulu. Apakah guru perlu mengajar kalian sekali lagi? Mereka jangan diberi kata dua. Itu kurang adab namanya.

sumber : Cikgu Azrin

Raja Petra Ditahan ISA, Jangan Lupa Pula Dengan Astora Jabat - Malaysiakini

Bila Raja Petra Kamarudin ditahan dibawah ISA berhubung dengan isu penulisan beliau yang dikatakan menghina Islam terus terlintas dalam fikiran saya akan 1 perkara iaitu :

1.Kes penghinaan Islam oleh seorang penulis yang bernama Astora Jabat

Sedikit cerita..

Bila isu Raja Petra dikaitkan saya teringat dengan seorang penulis yang sememangnya lagi jelas menghina Islam bahkan beliau sendiri diberikan satu kolum khas didalam Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hujung minggu.

Masih kenalkan kalian semua dengan pemilik nama 'ASTORA JABAT' ?? beliau inilah yang saya maksudkan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil dan yang pasti penulisan beliau yang sememangnya cukup kontroversi serta boleh menyebabkan iman seorang Islam tergelincir melalui bacaannya bahkan siap ada sesi soal jawab dengan para pembaca yang ingin bertanyakan permasalahan tentang Islam.

Hasilnya jawapan yang diberikan semuanya hanya menggunakan logik akal bukan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembohongan beliau sudah terbukti dimana beliau dibelasah 'teruk' oleh Mufti Besar Perlis yang kini iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin didalam sebuah forum suatu ketika dulu. Mungkin ada diantara kalian pernah melihatnya.

Persoalan dari saya, kenapa beliau tidak ditangkap dan ditahan ISA. Kenapa masih lagi dibela ketika itu ?? dimana peranan JAKIM ?? Adakah JAKIM sendiri sudah disogokkan dengan wang bernilai jutaan ringgit ??

Saya bukan nak membela RPK, sepatutnya JAKIM sendiri memainkan peranan berjumpa dan bertanya dengan beliau. Lagi bagus jika mereka sendiri memainkan peranan dengan memberikan maklumbalas kepada RPK, bukannya mendesak beliau terus ditahan dibawah tahanan ISA...kalau RPK ditahan sepatutnya lagi dulu lagi Astora Jabat sudah kena tahan......

Betulkah Pak Lah Akan Berundur Oktober Ini ? - Malaysiakini

Umum mengetahui bahawa wujud pelbagai saranan dan desakan agar Pak Lah berundur secara terhormat dari jawatannya sama ada sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Desakan ini bertambah kuat apabila BN mendapat 'pukulan maut' dalam Pilihanraya Umum lalu yang menyaksikan BN kehilangan lima buah negeri tidak termasuk Wilayah persekutuan.

Bermula dari PRU ke 12 yang lalu banyak pihak menunding jari kepada Pak Lah agar mengambil tanggungjawab daripada aib yang menimpa BN. Nasihat secara baik dan desakan dibuat sama ada melalui anggota Majlis Tertinggi, Bahagian –bahagian UMNO dan komponen BN yang lain meminta agar Pak Lah berundur sama ada secara terbuka atau berkias. Malah desakan agar Pak Lah berundur turut datang dari 'otai' UMNO yang sudah tidak sanggup lagi melihat apa yang berlaku. Wujud desakan agar dilakukan peralihan kuasa dengan segera agar Pak Lah tidak menjadi liabaliti / beban kepada BN dan UMNO.

Senario ini tidak pernah berlaku dalam sejarah penubuhan BN dan UMNO serta kerajaan seorang pemimpin tertinggi diminta melepaskan jawatannya. Misalnya, walaupun berlaku 'gelombang reformasi' pada tahun 1998 ekoran pemecatan Datuk seri Anwar, Dr. Mahathir yang merupakan PM dan Presiden BN serta UMNO ketika itu , Dr Mahathir dianggap sebagai penyelamat serta diminta terus menerajui kerajaan dan UMNO. Ini jelas apabila berlakunya 'adegan air mata' apabila Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya untuk berundur dalam Persidangan Agung UMNO satu ketika dulu. Ramai pihak dalam Umno dan BN yang menghalangnya.

Apabila Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI mengumumkan pelan peralihan kuasa pada 16 September lalu yang kini sedikit tersasar akibat masalah teknikal, desakan kepada Pak Lah supaya berundur semakin kuat. Lebih –lebih lagi dengan peningkatan kadar inflasi kerana kenaikan harga minyak yang 'terlampau' di bawah regim Pak Lah, kejatuhan berterusan indeks Komposit BSKL dan keenggan pelabur menanam modal di negara ini.

Terbaru, dalam mesyuarat MT UMNO pada Rabu lalu wujud lagi saranan dan desakan supaya Pak Lah berundur. Khabarnya di antara orang yang lantang dalam mesyuarat tersebut yang mendesak Pak Lah berundur ialah dari Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Rafidah Aziz, Menteri, Datuk Rais Yatim dan Datuk Shafei Apdal. Dikatakan terdapat beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang turut mendesak agar Pak Lah berundur.langkah ini dilihat wajar untuk meredakan apa yang berlaku dalam UMNO dan Negara.

Berikutan mesyuarat tersebut, wujud desas-desus Pak Lah menyatakan kesediaannya untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan pada bulan Oktober ini. Walau bagaimanapun menurut sumber dalaman UMNO, hasrat Pak Lah dihalang keras oleh menantu kesayangannya, Khairy Jamaludin dan Setiausaha politiknya Datuk Md Alwi Che Ahmad dan pembantu khasnya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Berikutan desakan itu, Pak Lah dikatakan telah menarik semula cadangannya untuk berundur pada Oktober depan.

Maka memang benarlah seperti kata Dr. Mahathir satu ketika dulu bahawa nampaknya 'tingkat 4' lebih berkuasa dari 'tingkat lima'. Apa yang berlaku dalam negara sebenarnya banyak dipengaruhi orang kepercayaan yang berada di sekeliling Pak Lah. Golongan inilah sebenarnya nanti yang akan membawa musibah dan bencana kepada UMNO dan negara.

Walau bagaimanapun, hasrat Pak Lah untuk mengekalkan jawatannya akan memberi laluan yang agak selesa kepada Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda peralihan kuasa berbanding laluan yang sedikit sukar sekiranya benar –benar wujud peralihan kuasa antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib pada Oktober depan.

sumber dari : Blog Angkasanuri