Isnin, 15 September 2008

Ali Rustam Dan Hutang Kerajaan Negeri Melaka - Malaysiakini


Sumber dari blog sebol yang menunjukkan jumlah hutang di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka....Waa respek sama lu Ali Rustam..tiap-tiap tahun 'value' dia meningkat..ini macam tahun depan kasik 'up' lagi ok..

Hutang makin banyak tapi hasilnya takdela sangat...bangunan-bangunan kat Melaka yang dulu jadi pasaraya popular la ni dah nak jadi muzium...akibat nak kejar Melaka Maju 2010 habis semua duit diperabihkan..macam ni ke yang dikatakan pandai memerintah...??? ( saya ambik ayat ni dari salah seorang pemimpin dan orang kuat UMNO )...Kalau macam ni cara memerintah mau juga saya 'join' UMNO dan BN......lagi banyak duit lagi cepat negara bangkrap !!!


silembiks : abis negeri Melaka tanahairku......

Isu Kos Penyelengaraan Perdana V6, Pelik Tapi Benar - Malaysiakini


Sekarang ni nak jadi mekanik pun tak selamat apatah lagi yang membabitkan servis kereta-kerta kerajaan Negeri...Silap-silap haribulan jadi macam kes ini dimana pihak pengurusan dua bengkel kereta didakwa berhubung kes penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive Exco Kerajaan Terengganu berjumlah RM1.07 juta...klik disini untuk selanjutnya...

Kalau mengikut kenyataan di dalam akhbar Utusan yang bertarikh 14 September 2008, kenyataan dari Ahmad Said (MB Terengganu) dan beberapa exco akan diambil. Tetapi persoalannya jika keputusan tersebut menunjukkan yang dalangnya adalah dari bekas exco yang lepas, adakah mereka juga akan didakwa ??? Dalam hal ni jangan pulak BPR nak berat sebelah pulak !!!

Ahad, 14 September 2008

Isu Matematik Dan Sains Dalam BI. Hishamudin Sudah Gagal - Malaysiakini

Macam mana boleh jadi lagu ni.. Sebelum ini si Hishamudin 'Aww" bukan main berbangga dengan prestasi pelajaran budak2 sekolah terutama mata pelajaran Sains dan Matematik yang dikatakan meningkat.

Sebaliknya, semalam Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, daripada analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hampir 30 peratus pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal Bahasa Inggeris.

Tu dia, hampir 30 peratus yang gagal....berbalik pada persoalan tadi, kenapa sebelum ini dicanang cerita yang prestasi pelajar semakin meningkat dan cemerlang di dalam math dan Sains yang sudah di'upgrade' kepada penggunaan BI ?? Sebelum ini dah ramai pihak yang tidak bersetuju bila si Mudin memgumumkan penggunaan BI dalam 2 subjek ini. Malangnya tidak diendahkan. Alangkah wajar keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu untuk mendesak agar Si Mudin meleletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan jika beliau gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

mmm nampaknya sejak kerajaan BN dah nak tumbang dah ramai manusia yang berani 'sound' pak-pak menteri..kalau tak selama ini jadi Pak turut jer keje mereka..jadi tu tandanya kerajaan BN dah tak lama lagi la tu..

silembiks : 'ISA'kan jer si Hishamudin coz dia dah lenyapkkan penggunaan Bahasa Melayu dari dalam subjek pendidikan di Malaysia...Pasal isu papan tanda je si Theresa kok dah kena, kenapa tidak bagi Hishamudin ??

Kenapa Pimpinan UMNO Tidak Di 'ISA' kan ?? - Malaysiakini

Kenapa hanya mereka saja yang di 'ISA'kan ??? kenapa tidak dari UMNO dan Barisan Nasional ???

Ini semua permainan politik kotor UMNO, apa bezanya yang menyebabkan mereka tidak ditahan ??? kalau nak dikatakan RPK menghina Islam kenapa tiada bantahan ketika Tun Dr.Mahathir menghina sunnah Rasulullah dengan mempertikaikan janggut rasulullah, serban rasulullah pendek kata apa yang dituntut dalam Islam semua dipertikaikan. Kenapa beliau tidak di 'ISA'kan ?? Takde pulak mana-mana Jab. Agama Islam nak hantar memorandum...Hal ini hangpa semua jawab di akhirat nanti k...

Lagi, bila Theresa Kok ditahan atas dakwaan isu azan dan papan tanda yang kecoh diceritakan baru-baru ini. Jika kalian faham maksud penahanan tersebut seolah-olah ia mengaitkan isu perkauman dan erti kata boleh mengancam keamanan negara. Tetapi persoalannya, kenapa si 'kera' Ahmad Ismail yang dah memang terang menghina kaum Cina dan menanggap mereka sebagai pendatang serta mengoyakkan gambar Koh Tsu Kon tidak dikenakan tindakan yang serupa ??? Apakah beliau ini sememangnya manusia yang sememangnya maksum dan segala dosanya beliau hanya Pak Lah yang boleh hapuskan ??..sedarlah Ahmad Ismail, jaga tutur bicaramu...ingat, semua umat manusia diatas muka bumi ini juga 'pendatang' !!!...

Menurut si Hamid 'Botak' Albar, Susulan penahanan 3 orang dibawah ISA, Abdullah Badawi menyatakan itu bukan di bawah arahannya tetapi dibawah arahan Syed Hamid Albar selaku menteri dalam negeri.

Sebaliknya yang berlaku apabila Syed Hamid Albar menafikannya dengan menyatakan penahanan itu bukan dibawah arahannya tetapi datang dari pasukan polis yang namanya tidak dinyatakan.

Gila rasanya dengan politik Malaysia...kadang-kadang saya pelik dengan masyarakat Malaysia, pemimpin yang sememangnya kita dah nampak 'BODOH' tapi kita masih sokong....cubalah bawa berfikir....!!! entah apalah nak jadi dengan Malaysia sekarang......buat kenyataan pun, kenyataan yang mem'BODOH'kan !!!

Idris Haron Dah Mula Tunjuk Taring - Malaysiakini

Lagi cerita pimpinan UMNO ber'label' menteri yang berotak udang. Selepas si Ali Rustam menyokong pandangan Najib dan Najib Altantuya menyokong pandangan Muhyiddin kini si Deris Haron, MP Tangga Batu pula mengeluarkan satu kenyataan bahawa kenyataan Muhyiddin hanyalah untuk meraih populariti.

Beliau yang 'hanya' sebagai Exco Pemuda UMNO juga berpendapat yang kenyataan si Muhyiddin hanyalah untuk meraih sokongan dari peringkat bawahan, almaklumlah pemilihan agung UMNO dah tak lama lagi.

Best pulak rasanya bila tengok keadaan kapal UMNO yang semakin banyak 'bocor'nya...Jika dulu sorang dua pemimpin jer yang buat ulasan, sekarang ni pemimpin UMNO yang tak popular pun dah berani tunjuk muka dan keluar statement.. Tu tandanya tak lama lagi UMNO akan dikafan dan seterusnya ditalkinkan oleh Pak Lah sendiri...KJ ?? jadi makmum untuk meng'amim'kan udahla..

Deris, deris...tak takut ke kau kerana menderhaka kepada Ali Rustam...nampak gayanya, tak lama la kau di kerusi Tangga Batu tu, silap2 haribulan pada PRU 13 nasib kau tenggelam terus dan takde nak tinbul-timbul seperti mana Prof Ruhanudin ( ex. MP Bukit Katil ) dan Datuk Amid Nordin ( ex Adun Telok Mas ).

silembiks : si Idris Haron pun nak raih populariti juga..kalau tak kenapa dia pulak sibuk2 nak kuar statement..tinggi sangat ke jawatan dia dalam UMNO ???

Beginilah Padahnya Jika UMNO Melahirkan Pemimpin Berfikiran Rendah - Malaysiakini

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mendesak agak Muhyiddin dipecat berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Beliau yang juga merupakan salah seorang 'penjilat' tetap kepada Pak Lah berkata "Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau haruslah meletakkan jawatan sebagai menteri."

Mmmm dangkalnya pemikiran menteri ini, bagi saya sejak bila orang bawah tidak boleh menasihatkan pemimpin atasan ?? maksum sangat ke dia sampai semua perkara yang dah tak betul kamu masih lagi nak mengiakan ?? UMNO dah nak hancur pun kamu masih lagi nak sokong ?? Mmmm dalam PAS pun, pemimpin parti adakalanya sanggup menerima teguran dari anak buahnya...kalau macam ni sikap yang UMNO amalkan memang berkuburla kamu terus lepas ini...

Selepas ini dalam buku teks sejarah form 1 kita akan dapat lihat bagaimana berlakunya sejarah UMNO dikuburkan..Ia terjadi semuanya kerana mempunyai tahap pemikiran seperti "beruk-beruk" Khairy Jamaludin...

silembik : ramai sangat dah si penjilat UMNO....sampai basah lencun Pak Lah dibuatnya..

Ali Rustam Pun Dah Tak Sokong Pak Lah - Malaysiakini

Ali Rustam yang selama ini hanya pandai membodek Pak Lah nampaknya sudah mula beralih sokongan kepada Najib Altantuya. Almaklumlah kenyataan beliau selama inipun cuma bertujuan untuk melambung-lambung Pak Lah sahaja, mana ada kenyataan yang lahir dari kepala otak dia sendiri.

Terkini dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2008, Ali Rustam telah menyokong kenyataan Najib berkenaan tarikh peralihan kuasa diputuskan oleh ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi.

Nampak gayanya, politik Ali Rustam hanyalah ber'tuan' manusia semata-mata, bukan untuk memartabatkan perjuangan parti yang selama ini diagung2kan oleh puak-puak UMNO..Ini semua gara-gara takut tak dapat jawatan yang selama ini memberikan kekayaan kepada beliau.....Tambahan pulak dia tau yang Pak Lah dah memang tak lama lagi nak pegang jawatan sebagai PM....maknya kalau dia masih sokong Pak Lah tak ke naya...jatuh Pak Lah, jatuhnya dia sekali...

silembiks : sapa lagi yang nak jadi macam Ali Rustam agaknya selepas ini...