Isnin, 8 September 2008

UMNO Dikhianati Oleh Ahlinya Sendiri - Malaysiakini

Fahri Abdillah al-Masri

"Kau lihat apa dah jadi kepada Perak dan Selangor? Itulah akibatnya apabila membiarkan selain daripada Umno memerintah," kata Ramlan, anak buah Menteri Dato' Syahid Hamdi kepada Roslan dengan ekor pandangan matanya penuh bernafsu hantu. Roslan hanya diam membatu.

Roslan yang masih muda itu mati akal untuk menjawab hujah Ramlan yang memang tua dengan pengalaman politik. Ramlan dahulunya Pas dan dia jadi 'murtad' kerana gagal mendapat jawatan yang diinginkannya dalam parti. Barangkali didorong dan dihasut rasa sebal dan marah, maka Ramlan kini bergantung paut pula kepada dahan Umno kerana kononnya mahu mengembangkan Islam Hadhari di bumi bertuah ini.

Memang sedih ketika mengenangkan banyak kekuatan Melayu yang tumbang. Roslan, seorang anak muda lulusan USM pun terasa begitu juga. Tapi, mahu dibuat bagaimana lagi? Ramlan yang kuat menyokong Abdullah Ahmad Badawi itu tidak pernah menaruh kekesalan terhadap dosa-dosa para pemimpinnya sendiri. Beliau tidak pernah menghukum Abdullah dengan kata-kata.

Apa-apa yang terlintas dan terkeluar daripada lidahnya cuma maki hamun kepada pembangkang, dan selebihnya mengangkat darjat Islam Hadhari tanpa sebarang kesilapan langsung di pihak parti penguasa. Mereka bercanda dan berbual mengenai masalah masa depan negara secara santai saja pada mulanya.

Tapi, akhir-akhir ini, bualan itu berubah seperti pergaduhan dewa-dewa hingga meletupkan lahar sengketa antara mereka berdua. Puncanya, cuma satu. Jalur percakapan Ramlan itu berbaur dendam dan berpuas hati dengan nasib dan masalah yang menimpa rakyat Perak dengan sebab peralihan kuasa lama kepada kuasa baru.

"Itulah akibatnya memilih selain Umno," tambahnya lagi, mengulang ayat-ayat bersifat menghukum. "Sekarang, majoritinya bukan Islam yang membuat keputusan dalam mesyuarat exco dan menteri besar tidak dapat memainkan peranannya."

Matanya membulat bersinar garang. Denyut marah merayap ke urat kepala lalu menebas tangkai jantung Ramlan. Ketika itu bunyi tangisan alam mengalir dalam sebak petir dan guntur silih-menyilih lalu membungkus kegelapan alam. Hujan Kuala Lumpur tidak hanya mengundang pilu dan hati hiba penduduk kota kerana tidak dapat menunaikan urusan harian mereka, malah bagi Roslan dan Ramlan yang cekal dan tabah bergebang hal politik, hujan mengusir kemarahan dan meredakan ketegangan yang berombak di dada.

"Abang kena faham," dengan tenang Roslan melipat hujahnya. "Sebelum ini, ahli-ahli parti pembangkang telah pun lama mengundi pembangkang, tapi mereka tak pernah menang. Tiba-tiba, dalam pilihan raya baru-baru ini pembangkang menang. Kenapa agaknya?"

Ramlan terkebil-kebil. Deruan angin yang menghempas jendela rumah sewa mereka di Jalan Raja Alang tak sedikit pun mengganggu tumpuannya. Kembara pengalaman politiknya terlalu tinggi dan dia cuma mahu tahu apa hujah terbaru teman serumahnya itu. Pada jendela yang terbuka, mata hati Roslan terkial-kial pula menadah harapan dari langit tertinggi, semoga teman serumahnya dapat menyedari kesilapan mereka sendiri.

"Yang undi pembangkang hingga Umno kalah adalah orang-orang Umno sendiri. Jangan salahkan pembangkang. Ini kerana dengan undi ahli pembangkang selama ini pun, mereka tidak pernah berganjak dan mengusir Umno daripada Perak dan Kedah.

Marahkan ahli Umno sendiri

"Yang perlu abang dan Umno marahkan ialah ahli-ahli Umno yang mengundi pembangkang sendiri. Cuma, bersediakah abang dan Umno mendengar kembali hujah-hujah kenapakah undi mereka bertukar kiblat baru-baru ini?" Roslan melepaskan geram yang bersarang di dadanya. Padanya, baik Umno dan teman serumahnya itu tak habis-habis menyalahkan pembangkang di atas kejatuhan mereka selama ini. Tidak pernah mereka mengkaji apakah sebabnya ahli-ahli mereka sendiri di Kedah dan Perak telah mengundi pembangkang.

Benar kata pujangga. Bumi yang kita huni selama ini telah lama menyimpan sekian banyak khazanah derita di perut batinnya. Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah bumi. Tahu-tahu saja bumi akan begegar dan kiamat tiba. Dan, Umno pun begitu juga. Tak pernah peduli apa yang ada di sebalik jantung hati ahli-ahlinya. Tahu-tahu sahaja mereka tumbang.

Ramlan patah hujah dan dia tertunduk sebentar mendengar perkataan Roslan itu. Mata hatinya menjala kerdipan bintang di balik tirai awan yang telah lama membasahkan mimpi dara-dara. Ketika itu sudah dinihari jam 3 pagi. Mereka berbual hal politik itu sejak Isyak tadi. Mulanya, tema perbualan mereka beralun lembut dan tiba-tiba ia membadai setinggi gunung, sehebat tsunami.

Pada waktu ini, Ramlan teringat kembali sejarahnya ketika dia berpentas menjadi pemimpin pelajar. Saat berpidato sekali pun, matanya asyik memanah kepada kelibat Hazwani, seorang siswi Fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya. Wajah siswi itu bagai purnama pada malam Nisfu Sya'ban dan saling tidak tumpah bagaikan rupa paras Nawal Zoughbi, seorang penyanyi Lubnan.

Sehebat garangnya api cintanya bergelora, sehebat itu juga Ramlan berpidato dengan semangat menunjuk-nunjukkan jaguhnya pada Hazwani. Biarlah api cintanya terbakar sehangat cinta antara Samson dan Delilah. Cuma, tidak disangkanya Delilah curang pada cinta mereka. Bapanya Ketua Bahagian Umno. Cinta mereka terputus suku jalan. Dan, hal itulah yang membawa dirinya merana dan akhirnya dirawat duka laranya ke dalam Umno pula. Cinta mereka terhalang dengan sebab perbezaan parti.

Siswa UiTM mengamuk?

Tapi, kekecohan percekcokan 'chaos' pada zamannya itu tidaklah 'sehebat' dan seganas aksi demo mahasiswa UiTM yang 'berjihad' untuk menemui syahid dalam menghalang sebarang usaha memasukkan kuota 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera di dalam universiti mereka. Apabila mahasiswa itu mula merayakan pesta huru-hara, dunia ini bagaikan syurga perusuh.

Ramlan menghela nafasnya yang entah kali ke berapa. Padahal dia memang menyedari hakikat betapa meluatnya orang-orang Umno ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Perasaan menyampah yang asalnya bergerak dengan alunan ombak memutih di gigi pasir itu akhirnya dengan garang menyerang, merempuh tembok keangkuhan dan memecahkan bingkai kesetiaan ahli Umno itu sendiri pada akhirnya.

"Tetapi, kenapa pembangkang enggan bersatu apabila Umno menawarkan perpaduan, menyerahkan kerusi pemerintahan kepada mereka pada negeri-negeri tertentu?" Ramlan rupa-rupanya enggan mengalah walaupun hatinya cedera parah dipukul ombak kata-kata dari Roslan tadi. Rumah batinnya terlempar dan jadi tersesat haluan dalam belantara resah ini. Dia mula menggunakan hujah lain.

"Saya tidak fikir bahawa Umno jujur dan ikhlas ketika mereka membuat tawaran itu. Mereka sebenarnya mahu memecahkan ikatan antara Pakatan Rakyat. Jadi, kalau mereka tidak menang, mereka akan cuba memecahbelahkan ikatan PR. Sebab itulah pembangkang menolak tawaran tersebut," kata Roslan lagi. "Itu cuma perangkap, padahal Umno bukannya mahu tolong sangat."

Pada riak-riak wajah Ramlan masih belum nampak tanda-tanda isyarat bahawa dia akan berhenti dan mengalah. Usia mudanya telah lama menghilang ditelan waktu dengan penuh sia-sia dalam kepura-puraan dalam perjuangan yang entah ke mana bersama Umno. Dia tidak sedikit pun mencebik amalan rasuah dan politik wang, misalnya. Jadi, bagaimana sikap ini boleh mendatangkan rasa hormat pada hati rakyat.

Roslan teringatkan pengalamannya ketika menghadiri program di Persada Johor Bahru Mei lalu. Dalam bengkel tersebut, seorang pensyarah dengan terang-terang mengeluarkan saki-baki daki amarah yang lama terkepung dan terkurung dalam dadanya apabila dia mendengar seorang perwakilan berkata, "Umno patut dibubarkan, parti itu sudah tidak relevan."

"Tarik balik kata-kata awak, saya tidak setuju," ujar pensyarah dari Universiti Malaya tersebut. Pantang betul dia mendengar pandangan sebegitu. Padahal, dia sendiri meminta perwakilan bercakap apa saja dan bersetuju kebebasan bersuara menjadi teras perbincangan dalam bengkel tertutup pada malam itu. Pada Roslan, itulah pengalaman terbarunya melihat sesama Umno berdebat secara 'sihat'. Esoknya, ketika sarapan, dia berpura-pura menjadi ahli Umno untuk mengorek rahsia-rahsia dalaman perwakilan.

"Kami sendiri dah minta Pak Lah meletakkan jawatan. Dia setuju akan turun, tapi masalahnya dia nak bagi kepada Najib pun dia tidak mahu. Sebab itu Muhyiddin sekarang sudah mula tunjukkan kekuatannya dalam berbicara," kata seorang ahli Kelab Pengundi Melayu di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Roslan mengangguk-angguk. Namun, itu cerita khabar angin yang bertiup sekitar Mei lalu.

Peranan Umno veteran

Malam itu, tatkala dia sedang makan malam, kebetulan dia sedang duduk semeja dengan seorang ahli Umno veteran berketurunan syed dari Johor. Wajahnya tenang perawakannya bersih. Dia bersikap cermat dan berhati-hati apabila menyusun bicara. Roslan amat senang kepada perwatakan seumpama itu. Banyak kisah yang diperbualkan. Namun, ada sesuatu yang mencuit hatinya.

"Sekarang, hubungan raja-raja Melayu dengan rakyat semakin kuat. Raja-raja sudah dapat bertemu dan bermuafakat sesama mereka. Sebab itu MB Terengganu dan Perlis boleh jatuh," kata tuan syed. "Kami terdiri daripada golongan profesional, pensyarah yang selalu bertemu secara rahsia dengan raja-raja Melayu ini."

Perlahan-lahan baru dia mengerti. Sejak dulu lewat tulisannya, dia dapat menduga bahawa kejatuhan kedua-dua menteri besar itu didalangi pihak tertentu. Cuma, dia tak tahu siapa mereka. Kehadirannya di Persada telah menjawab segala-galanya. Mereka ini bergerak ala Freemason; sulit dan terancang.

Tuan syed tersenyum mendengarkan celoteh Roslan apabila disamakan gerakan mereka dengan kumpulan purba itu. Lalu disambungnya perbualan, "Kalau tidak bergerak seperti itu, susah kita nak tumbangkan Umno. Kami, Umno veteran sudah tidak dapat menerima perbuatan pimpinan sekarang."

"Ini semua kerja-kerja kami," tambahnya lagi. "Raja dah mula bersatu dengan rakyat untuk menentang pemimpin yang zalim. Dan, raja-raja sekarang pun sudah mula ada kesepakatan antara mereka."

Dan, hal itu pula yang jadi modal bualan Roslan kepada Ramlan kini. Bahawa yang menolak Umno melalui undi bukan kalangan Umno bawahan saja, malah Umno veteran pun sanggup membuat rancangan sulit bersama istana untuk membuang Umno daripada pemerintahan di bumi Malaysia ini.

Apabila Roslan berhujah bahawa Umno di bawah pimpinan Abdullah kini dihentak dari belakang oleh kalangan umno veteran, sekali lagi Ramlan tertunduk. Mungkin kesal kerana tidak disangkanya bahawa yang meluat kepada Umno sekarang bukan orang lain, malah orang-orang Umno pihak atasan yang lama-lama juga.

Ramlan menggosok leher yang seakan-akan mahu patah akibat dihentak penjelasan dan soalan bertalu-talu daripada temannya itu. Khabar yang didengarnya daripada Putrajaya memang seperti itu juga. Dia mengaku temannya itu walaupun muda, tetapi sudah tahu banyak cerita. Dia tak tahu apakah hal ini mahu diriwayatkan atau tidak kepada Roslan. Tapi, untuk apa dia menyimpan rahsia?

"Aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak. Sekarang ini pun, kalau pihak istana mahu bercakap, mestilah melalui istana Perak dan bukan semuanya yang bercakap," kata Ramlan. "Jadi, biar cuma ada satu suara saja, agar tidak bercampur-baur. "

Roslan tidak tahu apakah teman debatnya itu sudah mahu ambil iktibar atau tidak. Bukan saja Umno bawahan, malah Umno atasan pun sudah menolak rakan mereka sendiri. Tapi, kalau pegawai Putrajaya seperti Ramlan belum mahu sedar diri, mustahil Abdullah akan sedar diri. Demikianlah fikir Roslan. Jam menunjukkan angka 4 pagi. Ayam bersahutan dan kegelapan malam yang membungkus alam menebarkan wajah dingin yang menyeramkan hari-hari esok. Ya, hari esok yang dinantikan semua dengan penuh waspada.

3:04 p.m, 20 Ogos 2008

Pilihanraya Kecil : Dari Permatang Pauh ke Pensiangan, Sabah - Malaysiakini


Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.

Mmmmm nampaknya, dalam tempoh yang tidak sampai setahun sudah beberapa kali pilihanraya kecil akan diadakan. Tidak termasuk Parlimen Kulim Bandar Baru dan Sanglang...Saya merasakan PR Kecil ini akan melibatkan pertandingan 3 penjuru iaitu BN, Keadilan dan Bebas. Mari kita sama-sama saksikan perkara yang selanjutnya..

UMNO Sama Saja Seperti Jalan Berlubang Yang Perlu Di Turap - Malaysiakini


Bila sebut pasal jalan berlubang, semua orang marah. Mana tak marahnya, yela kalau jalan berlubang macam-macam masalah boleh timbul seperti tayar bocor, rim bengkok dan yang paling tak best nya pulak jatuh dari motor. Isu pasal jalan yang berlubang sudah saya bangkitkan pada bulan lepas tapi jalan disitu masih tetap berlubang-lubang seperti permukaan bulan.

Tapi bukan pasal jalan yang hendak saya jadikan isu tapi pasal UMNO. Walaupun saya bukan ahli mahupun penyokong UMNO tetapi saya merasakan patut juga menulis artikel berkenaan dengan UMNO. Tapi ia sekadar pandangan. Bagi saya UMNO sekarang ini boleh disamakan dengan jalan yang berlubang. Kenapa ?? Sila rujuk pada artikel ini...

Link yang saya lampirkan itu hanyalah sebahagian cerita yang dapat saya kongsikan, tetapi jika masalah yang membabitkan amalan kronisme, politik wang dan sebagainya gagal diatasi tidak mustahil nasib UMNO sama seperti jalan yang saya ceritakan.

Seperkara lagi, jika masalah pemimpin atasan mereka yang korup tidak dapat dibasmi tidak mustahil UMNO yang dibentuk oleh Datuk Onn Jaafar bakal menjadi parti yang bakal di'talkin'kan....Jadi tak salah untuk saya menyamakan yang UMNO ni seperti jalan berlubang yang menanti masa untuk diturap semula...Saya tak suka menjadi pengampu tetapi tak tahulah rakan-rakan UMNO yang lain..maybe dengan cara mengampu kedudukan mereka makin terjamin...Masalah Rakyat ?? pergi bla, yang penting kantung poket aku penuh...

Ahad, 7 September 2008

Kenapa Tiada Dakwaan Di buat ke Atas Rafidah dan Samy Vellu - Malaysiakini


Menurut Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 5 September 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim akan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban pagi esok.

Beliau yang kita ketahui disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 5 petang.

Ini baru kes yang membabitkan Adun Lenggeng yang hanya berjawatan sebagai seorang Ajk UMNO Bahagian Seremban. Tetapi bagaimana pula dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz bersama dengan bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Kes penyamun dua orang ini lagi besar jika hendak dibangdingkan dengan kes Adun Lenggeng. Bukan saya nak membela beliau, bagi saya yang salah tetap salah tetapi kenapa mangkuk 2 orang ni tidak disiasat sebaliknya dibiarkan hidup dengan bersenang lenang.

Kes pertama - Rafidah Aziz, nama yang tidak asing lagi di Malaysia, mengutip kekayaan dengan hanya menjadi taukeh AP. Kes beliau bukan sahaja dibongkarkan oleh Ezam suatu ketika dahulu tetapi juga dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Bukti sudah nyata tetapi kenapa kes ini tidak dijalankan. Teringat kes Tuan Guru Nik Aziz yang dikatakan ada orang hendak memberi suapan kepada beliau. Tup-tup bila dengar kes ini BPR terus bergegas jumpa TGNA untuk membuat laporan diatas kes tersebut walhal kes tersebut dah lama berlalu.

Kes ke 2 - Samy Vellu yang dipencenkan sebagai menteri kabinet selepas tewas mengejut di Sungai Siput dalam PRU 12. Kekalahan tersebut merupakan hadiah sempena sambutan Hari Jadi beliau. Cuma disini saya ingin mengembalikan memori indah Samy Vellu semasa menjadi menteri, masih ingatkah kalian tentang isu keretakan MRR2 di Kepong ??? Kos baik pulihnya sahaja sudah mencecah RM 70 juta. Bukannya sikit jumlah tersebut, campur pulak ngan kos pembinaan saja sudah mencecah ke angka RM 300 juta lebih. Makin banyakla wang rakyat hancur lebur digunakan untuk projek ini yang sememangnya ada berlakunya penyelewengan (dah berapa juta agaknya si Vellu ni 'meradak' duit rakyat).

Tapi tiada kes yang diambil. Mereka ni sekarang ni semakin bebas dan hidup dengan penuh harmoni tanpa memikirkan keuntungan yang mereka kaut semasa mereka menjadi menteri. Mungkin mereka bakal mendapat 'ganjaran' yang setimpal apabila Malaysia mengalami perubahan kerajaan seperti yang didakwa oleh DSAI...Sebenarnya banyak lagi kes rasuah yang melibatkan pimpinan dari Barisan Nasional, jadi kita tunggu sama-sama apa yang bakal berlaku selepas ini...

Harga Minyak Dah Turun Tapi Harga Barang Masih Tak Turun - Malaysiakini

Pandai atau kurang pandai antara 2 perkataan yang saya rasa sesuai untuk digunakan. Saya terbaca artikel berkenaan di dalam akhbar Kosmo bertarikh 6 September 2008. Menurut setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata penurunan harga petrol tidak memberi kesan terutama golongan peniaga untuk menurunkan harga barang.

Mmmmm, terima kasih kepada En. Muhammad Sha'ani diatas keprihatinan beliau, saya juga faham kerajaan begitu terburu-buru menurunkan harga petrol berikutan betapa terdesaknya mereka untuk meraih sokongan pengundi kepada Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Bagi saya penurunan harga minyak sebanyak RM 0.15 merupakan satu helah politik yang dimanipulasikan oleh Pak Lah dan Najib.

Dengan penurunan RM 0.15, Pak Lah dengan nada yang tegas menggesa agar pengguna menurunkan harga barang dengan kadar yang segera . Tidak terfikir ke dia akan masalah ini sebelum beliau menaikkan harga minyak pada bulan Jun lepas. Tanpa sebarang 'signal' beliau secara mengejut mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.70 dimana kenaikan tersebut merupakan kenaikan yang tertinggi dicipta oleh seorang Perdana Menteri di Malaysia. Hendak saya katakan 'bodoh' tak terluah rasanya. Elok perkataan kurang pandai saya tujukan kepada beliau. Walaupun beliau berlainan parti dengan saya tetapi sekurang-kurang dia masih seagama dengan saya. Seburuk-buruk sikap beliau pun kalau solat kami masih sama-sama sujud mengadap kiblat yang sama.

Bagi saya langkah yang terbaik untuk memastikan harga barang turun ialah melakukan pemantauan yang kerap disetiap premis perniagaan. Itupun jika menteri terbabit bersungguh-sungguh dalam hal ini. Jika sekadar melalui ucapan dari kaca Televisyen dan di dada akhbar tanpa sebarang perlaksanaan maka semua itu berakhir dengan sia-sia sahaja...

La ni musim perayaan semakin dekat, jadi apa usaha kerajaan untuk memastikan pengusaha tidak menaikkan harga barang jualan. Sama-sama kita nantikan..Tapi kadang-kadang saya terfikir juga, adakah dengan penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 kerajaan terus boleh menghukum peniaga dengan menurunkan harga barang ?? fikir-fikikanlah......bagi saya kalau dah politik, politik jugalah...janganlah hendak berdalih lagi

UMNO Peringkat Cawangan Pun Tukar Pimpinan - Malaysiakini

Sambil lepak-lepak ngan member sejemaah, ceritala juga pasal isu politik semasa. Di Dun Serkam hampir kesemua pucuk pimpinan UMNO peringkat cawangan telah membuat rombakan. Antara yang saya ketahui ialah Serkam, Serkam Darat, Tedong dan Sempang. Itu hanya peringkat Dun sayala. Tempat lain tak dapat nak pastikan.

Yang pastinya ramai muka-muka lama yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Dari sumber yang saya perolehi, antara sebab utama muka-muka lama ini kecundang dalam pemilihan kali ini adalah disebabkan berlakunya masalah penyelewengan wang di dalam Parti tersebut..tu baru pasal wang dalam parti, tak cerita lagi perihal penyelewengan wang JKKK... Tempat dan siapa orangnya saya terpaksa rahsiakan, orang UMNO boleh cari sendiri sapa mangkuk hayun tersebut...mungkin black & white dari saya kurang, "tetapi masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya jika angin tidak bertiup, mesti ada orang yang mengoyangkannya"..jadi masing-masing berfikirlah dengan sempurna...

Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kalau pemimpin peringkat pusat dah tak betul apatah lagi pimpinan peringkat cawangan. Tapi yang specialnya, pimpinan pusat ini 'maksum' dan tidak boleh ditangkap jika terlibat dengan masalah politik wang, pimpinan yang kecik ?? mmmm pandai-pandai kamula labu.... Yang haram semuanya jadi halal belaka. Bak kata P. Ramlee dalam cerita 'Tiga Abdul', "dah elokla tu, si perompak makan si penyamun"...Senang kata, akibat sikap mereka yang macam binatang buas, rakyat tempatan yang semakin kesempitan...

silembiks : mmm patutla dah nak karam, dok bikin perkara salah je kejenya..

Siapa Kata Suara Keadilan Penipu ?? - Malaysiakini


Kecoh dibuatnya apabila Akhbar rasmi PKR iaitu Suara Keadilan (edisi 4-11 September 2008) mengeluarkan satu statement yang menyebut Tan Sri Musa Hasan koma dan lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu. Beliau yang juga ketua Polis Negara telah tampil untuk menafikan 'penipuan' yang dibawa oleh akhbar tersebut.

Dalam blog Puan Nuraflah ada mengemukakan beberapa persoalan yang hanya mengaitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan tempohari tapi bagi saya ini hanya permainan politik yang direka khusus untuk Musa Hasan. Selepas menjalani pembedahan kita dapat lihat pengarah utama kes liwat terus senyap tanpa diketahui apa statusnya. Gani Patail ?? entahlah, maybe sedang mereka skrip yang terbaik untuk dilakonkan apabila Musa Hasan sembuh nanti.

Berbalik kepada kenyataan saya berhubung "permainan politik yang direka khusus untuk Musa Hasan". Ini ada kaitan dengan strategi PKR untuk mengetahui status Musa Hasan yang selama ini berdiam diri selepas menjalani pembedahan pintasan koronari. Semua maklum yang Musa Hasan merupakan salah seorang pelakon utama yang terbabit dalam kes liwat 2 dimana kes kali ini melibat DSAI dan budak yang bakal dimakan 'sesumpah' Saiful.

Cuba kita perhatikan dan ia ada kaitan dengan kes 16 Sept ini. Tetapi dengan kuasa Allah si Musa Hasan ini terpaksa berehat selama 2 bulan. Dalam tempoh tersebut kita dapat lihat pimpinan BN tentunya semakin mengelabah apatah lagi salah seorang perancang utama mereka 'injured' dan terpaksa berehat panjang. Atas faktor ini jugala saya rasa BNBBC telah mengatur lawatan ke 'oversea' 7-19 Sept bagi menyelamatkan keadaan BN.

Ini hanya sekadar pandangan peribadi tetapi bagi saya ada juga logiknya. Tetapi yang pasti kedudukan BN sebagai parti 'Giant' di Malaysia semakin tercalar apabila yang terkini Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong, 61, menyertai PKR...Apa nak jadilah dengan BN la ni....?? mungkin Pak Lah boleh tolong jawabkan di dalam mimpinya nanti...

silembiks : Gambar utama ku 'copy' & 'paste' dari blog Puan Nuraflah