Khamis, 4 September 2008

Pelan 16 September Sudah 90% Siap - Malaysiakini


Sumber dari Nuraflah..boleh diguna pakai untuk kita berfikir bersama..

Mengikut sumber yang rapat dengan Anwar Ibrahim, pelan 16 September sudahpun 90% siap dan hanya menunggu detik sesuai untuk diumumkan. Kononnya, jumlah ‘kuota’ yang diperlukan Anwar sudahpun melebihi daripada apa yang diperlukan.

Masalahnya kini, Anwar terpaksa menyelesaikan beberapa tuntutan yang dibuat oleh barisan ahli Parlimen yang ingin menyertai Pakatan Rakyat. Antara pertikaian yang masih belum dapat diselesaikan adalah seperti :

1) Kedudukan ahli parlimen yang melompat parti dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

2) Urusan perpindahan dan pemilihan parti yang ingin disertai oleh ahli Parlimen yang keluar dari Barisan Nasional.

3) Pengagihan jawatan dalam kabinet Pakatan Rakyat.

4) Urusan untuk menentukan siapa dan parti manakah yang layak menerajui kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

5) Permintaan untuk mengadakan semula pilihanraya umum selepas Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan gagal mendapat kata sepakat.


Dalam pada itu, PAS pula menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada PAS dan tuntutan ini tidak dipersetujui oleh DAP, PKR dan parti dari Sabah kerana mereka juga berminat dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

DAP turut meminta PAS menggugurkan tuntutan mereka yang ingin menegakkan negara Islam dan mahukan konsep ‘Malaysia Malaysian’ dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. PAS pula tidak teragak-agak meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Biarpun beberapa pemimpin muda PAS dan DAP dapat berkompromi dalam isu negara Islam, tetapi isu ini masih lagi hebat dipertikaikan oleh beberapa pemimpin tertinggi dalam DAP. Keadaan ini telah menyulitkan lagi usaha Anwar untuk menstruktur kembali kerajaan yang bakal dipimpinnya.

Bagaimanapun, sumber yang sama turut memberitahu, Pakatan Rakyat sudah mampu membentuk kerajaan Pusat pada bila-bila masa jika semua perkara yang masih menjadi pertikaian dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Berkemungkinan besar tarikh 16 September akan dianjakkan ke satu tarikh baru kerana Anwar mahu memastikan terlebih dahulu semua pihak berpuas hati dengan pelan pentadbirannya.

Buat masa ini, Anwar masih belum yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Parlimen yang berhasrat menyertai kerajaannya. Jumlah ahli parlimen yang diyakini akan menyokong kuat usahanya itu masih belum mencapai kuota yang selamat.

Bagaimanapun, sumber ini masih belum dapat ditentukan kesahihannya. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kebenarannya. Kita nantikan sahaja apa yang akan terjadi dalam masa terdekat ini. Mudah-mudahan, tiada perkara buruk yang akan menimpa negara ini.

silembiks : ini adalah antara perkara yang saya risaukan...itu sebab saya tak pernah menulis secara detail berkenaan dengan isu ini...

Sampai Bila Malaysia Nak Aman ?? - Malaysiakini

Kesian juga nama 'Malaysia', setiap perkara yang buruk nama 'Malaysia' yang menjadi mangsa. Semalam untuk dalam satu hari je kita dengar sampai 3 kes yang melibatkan kematian. Sila rujuk 2 link yang lampirkan dibawah ini..

Polis tumpaskan dua kumpulan penjenayah berbahaya
Letupan disangka mercun, rupanya tembakan bunuh bapa

Cerita yang sama tetapi masa yang berbeza. Sesungguhnya Malaysia ini bukanlah lagi negara yang aman. Kesan keganasan yang berlaku di Negara jiran, Thailand terus menular di Malaysia.

Cuma saya mahu lihat, apa tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan pakatan Rakyat apabila menerajui Malaysia kelak. Harapan dari saya agar hukum Islam menjadi sebagai panduan dan rujukan walaupun dari hakikatnya nampak sukar untuk ia dilaksanakan berdasarkan 2 team parti yang berbeza dasar perjuangan..Jika beginila, maka tak tahulah, sampai bila Malaysia boleh aman....

UMNO Yang Semakin Kelemasan..- Malaysiakini

Artikel ini saya copy dari blog Puan Nuraflah blog Puan Nuraflah. Mungkin para pembaca sekalian boleh mendalami dan memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO. Nampak sangat mereka semakin kehilangan modal. Terlupa ke mereka yang MCA tu dari kaum Cina. Nampaknya mereka sengaja menyimbah petrol diapi yang sedang marak. Tak mustahillah jika kerajaan baru berjaya dibentuk pada 16 September, ini semua gara-gara kebodohon yang UMNO sendiri timbulkan..

"Kerana pulut santan terasa, kerana mulut badan binasa"

Perumpamaan itu sesuai ditujukan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tergamak menggelar kaum Cina di negara ini sebagai 'pendatang yang menumpang'.

Kata-katanya itu telah membangkitkan kemarahan kaum Cina sehingga semua parti yang mewakili kaum tersebut samada dari dalam mahupun luar Barisan Nasional telah menggesa kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO mengambil tindakan yang sewajarnya ke beliau.

Keengganan Datuk Ahmad Ismail memohon maaf secara terbuka dan kenyataan Pak Lah yang seakan mahu melindungi Datuk Ahmad Ismail daripada dikenakan sebarang tindakan ternyata menambahkan lagi kemarahan kaum Cina di negara ini.

Malah, terdapat ura-ura yang menyebut Parti Gerakan sedang menimbang untuk meninggalkan Barisan Nasional jika UMNO terus memainkan sentimen perkauman.

Perlakuan segelintir pemimpin UMNO yang berterusan memainkan isu perkauman telah menyebabkan parti-parti yang mewakili kaum Cina dalam Barisan Nasional kian dipinggirkan oleh kaum Cina di negara ini. Perbuatan itu ternyata menguntungkan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih memahami dan menghargai kedudukan kaum Cina di negara ini.

Perkembangan ini jelas membimbangkan UMNO kerana Pakatan Rakyat tentunya akan mengambil kesempatan ini untuk menumbangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO.

Untuk meredakan ketegangan ini, DS Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO dan BN telah memohon maaf secara terbuka hari ini. Beliau tidak menolak kemungkinan yang tindakan keras akan diambil kepada Datuk Ahmad Ismail atas kenyataannya sebelum ini.

Tentunya, parti-parti kaum Cina yang bergabung dalam Barisan Nasional sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh UMNO terhadap Datuk Ahmad Ismail. Tidak mustahil mereka akan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat jika tindakan yang diambil oleh UMNO tidak memuaskan hati mereka.

by Nur Aflah

Selasa, 2 September 2008

UMNO Kecoh Bila MB Perak Bagi 400 Hektar Tanah Untuk Sekolah Cina - Malaysiakini

Naik meluat bila baca kenyataan dalam Akhbar tempatan hari ini . Jika sesuatu perkara yang membabitkan dari Pakatan Rakyat mereka terus bertindak dengan pantas contoh yang terkini membabitkan isu pemberian tanah, media terus menerus memainkan peranan untuk menjadi batu api bagi memecahkan belahkan api perkauman. UMNO yang sememangnya Parti yang semakin tidak relevan dikalangan rakyat semakin hari semakin mengganas memainkan isu ini. Mungkin tragedi 13 Mei sudah tiada erti bagi mereka lagi.

Berikut adalah jawapan dimana saya perolehi dari blog Cina Islam yang merupakan salah seorang Adun di Perak. Kepada UMNO karat, tolong baca ok......

cina islam

Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah pajakan seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sekali lagi diberi ulasan yang saya anggap perlu mendapat jawapan yang segera. Kelmarin saya mengulas mengenai apa yang diperkatakan oleh Ketua pemuda UMNO Perak dalam isu yang sama.

Malam tadi saya sempat bersama dengan YAB Menteri Besar Perak di Kediaman MB dalam majlis berbuka dan Solat Tarawih. Saya dengan MB dan Exco Agama kebetulan duduk semeja makan. Kami sempat berbincang mengenai jawapan dalam Blog Cina Islam tentang Isu berkenaan.

MB dan Exco Agama mengatakan mengenai mereka pernah melawat ke Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Pak Teh menjelaskan ada memohon dari ADUN Pengkalan Hulu dan juga MB pada masa itu untuk mengusahakan sebidang tanah yang terletak dibelakang pondok. Luasnya sekitar 40 ekar.

Kata Pak Teh, pondok memerlukan dana sehingga dalam bulan Syaaban dan Ramadhan semua pelajar cuti untuk mengutip derma bagi mebiayai pondok . Itulah nasib sekolah pondok walaupun MBnya di kawasan DUN pondok itu berada ia tetap dipinggirkan.

Buat masa ini EXCO agama sedang berusaha dengan pihak tertentu supaya kelulusan segera diberikan kepada Pondok Pak Teh.

Setakat ini kerjaan negeri juga telah meluluskan sebanyak RM 1.3 juta membantu Sekolah agama di Perak.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Mohd. Hilmi Ismail berkata, langkah itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini. Katanya jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.

Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.

Dalam persoalan ini sebenarnya siapakah yang telah menyebabkan timbulkan jurang antara kaum dalam soal pendidikan ,Pakatan Rakyat atau BN ?. Jangan baling batu sembunyi tangan.

Politik siapakah yang paling kotor sehinggakan sanggup mematikan SAR dengan berbagai proses dan tekanan yang tetap akan dikenang sebagai suatu kerja khianat kepada agama sendiri.

Saya yakin isu ini tetap dimainkan oleh UMNO dan BN, dan mesti ada lagi rakyat perak yang kurang cerdik dan percaya dengan isu yang dimainkan oleh mereka. Namun mereka adalah spesisi yang hampir pupus dari kamus politik negara dan negeri Perak yang kita cintai.

silembiks : untuk kroni takpe...untuk rakyat, tak bole woooo.. ( prinsip UMNO dan BN )

Bila Anak Merdeka Di Rai - Malaysiakini

Untung jadi anak merdeka..mana taknya, mereka sentiasa mendapat publisiti yang meluas setiap kali menyambut ulangtahun kemerdekaan. Menurut satu kenyataan di dalam blog Puan Emy, satu majlis untuk meraikan anak merdeka akan akan diadakan di Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh Melaka. Yang bestnya, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Bagi saya, kalau majlis macam ni boleh dilaksanakan tak mustahil kerajaan Negeri mampu memperbanyakkan program kebajikan..Almaklumlah, rakyat kita la ni semakin terbeban dan terhimpit dengan kos sara hidup yang makin meningkat...jika perkara kecil macam ni mereka boleh prihatin apatah lagi dengan kes yang besar..tak gitu semua..

silembiks : lahir 30 Ogos jam 10.30 malam, sejam setengah lagi dah nak jadi anak merdeka...

Malang Kepada Peniaga Kecil Di Melaka

Dalam bulan lepas saya difahamkan di sebelah pasaraya TESCO di Melaka akan didirikan sebuah lagi pasaraya Jaya Jusco. Saya bukannya nak cerita panjang berkenaan dengan Pasaraya JJ tu cuma memikirkan bagaimana nasib peniaga-peniaga runcit yang semakin terhimpit dengan permasalahan ini.

Kalau diikutkan, pasaraya ni boleh dianggap 'pembunuh' kepada peniaga-peniaga kecil. Almaklumlah, di pasaraya macam2 boleh dapat, kalau di kedai runcit apa yang ada, tak suma yang kita mahukan tu dapat dicari. Saya akui akan masalah ini tetapi setiap perkara ini memerlukan perancangan yang teliti sebelum ia dilaksanakan.

Merujuk kepada
blog saudara Sofi, seseorang telah meminta kerajaan Negeri Melaka dibawah kendalian Pak Ali mengawal pembangunan Hypermarket di Melaka kerana ia secara automatik boleh membunuh semua peniaga-peniaga kecil.

Kepada kerajaan Negeri, saya tahulah yang kamu mengejar status
Melaka maju 2010, tapi tak ada makna semuanya itu jika rakyat kamu hidup dalam penuh kedukaan dan kesempitan. Ini salah satu penindasan kepada mereka...Jadi tolonglah jaga kebajikan mereka....Jangan dok fikirkan duit yang masuk dalam poket kamu sahaja...setiap perkara ada penyelsaian..ingat tu.!!!

Salam Ramadhan....


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan untuk kali ini. Perginya sudah Sya'aban dan kita bersama menerima kehadiran Ramadhan.

Moga kehadiran Ramadhan kali ini kita dapat manfaat sepenuhnya. Macam-macam karenah manusia bila berdepan dengan Ramadhan.. Antaranya..

- nak banyak buat amal ibadat
- tak mau nak tinggal pose
- tarawih mau full
- mau berjimat cermat (kena pulak sekarang ini kecoh ngan isu tepung dah kurang)

Itu kepada mereka yang mengejar perkara kebaikan..yang paling best ada yang niat nak berenti merokok...Alhamdulillah murni sungguh cita-cita tu, moga ia berjaya..kepada kawan-kawan yang merokok boleh try dalam bulan pose..jangan bila time berbuka, rokok dia bedal dulu...mazhab mana pulak dia ikut tak tahu pulak saya...jangan marah kepada kaki rokok..

Bagi yang kaki belanja pulak, baru masuk pose dah mula plan...

- nak tukar set perabot baru
- nak tukar baju baru
- nak tukar cat baru
- nak bikin kuih raya
- dan macam-macam lagi....

Nasib baik tak tukar rumah baru, kalau tak mau mabuk pasangan masing-masing....kepada makcik2 tu, cuba bawa-bawa bertenang dan control nafsu terutama yang koje kerajaan...tahulah dapat bonus tapi bonus tu untuk berjimat cermat bukannya dok pulun perabih time bulan Ramadhan..sekadar nasihat

Lastly, Ramadhan kali ini kita sama-sama mempertingkatkan amalan, kita perlulah bersyukur kerana diberikan peluang untuk menikmati Ramadhan kali ini..tahun depan ntah apa cerita, ntah hidup atau sudah kembali ke Rahmatullah..jadi apa2hal kita sama-sama merebut segala 'ganjaran' yang Allah berikan kepada kita dalam bulan ini dan moga ia menjadi satu amalan untuk kita ber'istiqomah' sehingga keakhir hayat..

salam perjuangan