Isnin, 2 Februari 2009

FUTSAL HIMPUNKAN HAMPIR 500 PEMUDA - Malaysiakini


Hampir 500 pemuda dari pelbagai kaum berhimpun di Gelanggang Arena Futsal, Merlimau untuk merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Kejohanan futsal yang diadakan buat kali kedua di Melaka dianjurkan oleh Department Of Art Culture & Sports (DACS) Kawasan Jasin dengan kerjasama dengan DACS Negeri. Tahniah kepada saudara Zainudin yang bertindak selaku pengarah program bersama saf kepimpinan beliau yang bertungkus lumus mengadakan kejohanan ini.

Kejohanan futsal kali ini dimenangi oleh pasukan TM Futsal yang menewaskan pasukan Rumah Awam Bukit Lintang dengan jaringan 3-1. Menurut saudara Zainudin yang juga selaku pengarah program berkata program sebegini perlu dilaksanakan sentiasa agar PAS dapat berdamping dengan golongan muda serta dapat menyebarkan mesej dakwah.

Kejohanan kali ini berjaya melibatkan 50 pasukan yang bertanding dan Insya-Allah dimasa akan datang beliau mensasarkan lebih daripada 50 pasukan yang bertanding ini berikutan ada pasukan masih mahu menghantar penyertaan walaupun tarikh pendaftaran telah tutup. Kejohanan ini dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek. Turut hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Saudara Aminuddin bin Abd Jalil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Yuzi Azhar bin Haji Yosof serta Pengarah DACS Negeri Melaka, Saudara Mohd Zakuan bin Haron.

si lembik : kalau kejohanan macam ni berterusan insya-Allah PRU 13 PAS boleh dapat kerusi DUN..tak percaya lu tengoklah sendiri

1 ulasan:

PAS SERKAM berkata...

assalamualaikum .. tahniah bro
doakan moga terus maju dan jaya insya Allah .. dah boleh kumpul bebudak and hantar wakil kat liga FAM