Selasa, 11 November 2008

Apa Motif Ali Rustam Bertanding Jawatan Timb. Presiden ?? - Malaysiakini

Sehingga jam 11.00 malam bertarikh 9 November 2008, Ali Rustam sudahpun memperolehi 47 pencalonan. Jumlah itu juga sudah mencukupi dan membolehkan beliau bertanding di dalam merebut jawatan Timb. Presiden UMNO dan seterusnya bakal menduduki kerusi TPM Malaysia andaikata kemenangan menjadi milik beliau.

Tetapi pelbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran saya dimana jika dilihat pembentangan bajet 2009 kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini kita dapat lihat lebih banyak pembaziran yang dibawa berbanding dengan faedah yang bakal diperolehi oleh rakyat.

Sedikit sumber saya ambil dari akhi Sofi sebagai rujukan kita bersama :-

-Projek Eye On Malaysia yang menelan belanja RM38.5 juta;
-Menara Taming Sari berharga RM25 juta;

-Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta;
-Litar Go-Kart terpanjang di Asis bernilai RM9.9 juta;

-Kapal Selam 'Qeusant' Malaysia di bawa dari Perancis dengan kos penghantaran sebanyak
RM4 juta (tidak termasuk kos tapak dan lain-lain)
-Projek Monorail dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai sepanjang 1.4 km bernilai RM16 juta.

Ramai pemerhati politik berpendapat projek-projek diatas tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri mendakwa ianya untuk menarik pelancong datang ke Melaka.Di saat kadar inflasi negeri Melaka meningkat dari 3.7 % tahun lepas kepada 4.2 % (dari Januari-Jun 2008) kerajaan negeri sewajarnya mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Cuba kita buat perbandingan dengan negeri Perak, untung rasanya jika saya sendiri menjadi sebahagian rakyat di Negeri yang kaya dengan hasil buah duriannya. Sila lihat faedah yang rakyat perolehi melalui program kebajikan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Perak.

-bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan kepada 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi;
-meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit ;
-bantuan RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
-RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
-RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

-RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
-Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU),

-menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
-Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

-RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
-Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

-Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
-Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

-RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.


Hebat bukan...Jadi kenapa masih lagi bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional jika perjuangan yang mereka bawa hanyalah menfokuskan kepada pelancongan dan langsung tidak memandang dan memahami penderitaan rakyat. Oleh itu, Jika beginilah cara Ali Rustam mentadbir Melaka alamatnya Malaysia juga akan menerima nasib yang serupa jika beliau menjadi orang no.2 terpenting di Malaysia.

Jadi, kepada bakal-bakal perwakilan UMNO jangan lupa menolak undi Ali Rustam, bukannya apa takut silap haribulan kita semua pula yang derita. Cukup-cukuplah penderitaan ini dirasai oleh rakyat Melaka....

Tiada ulasan: