Sabtu, 14 Februari 2009

KEPADA MUKHRIZ DAN BN, JOM SERTAI PAS - Malaysiakini

Mukhriz Mahathir pada hari ini telah memberikan satu formula bagaimana mahu menyelesaikan kepimpinan politik di Perak. Formula yang beliau maksudkan ialah dengan mempelawa PAS menyertai Barisan Nasional.

Alahai Mukhriz, idea lapuk macam ni yang kamu berikan. Cukup-cukuplah dengan tawaran yang diberikan sebelum ini. Cukuplah dengan sejarah pahit yang PAS alami bersama dengan BN sebelum ini ketika berada di dalam kerajaan campuran. PAS antara parti yang meletakkan Islam sebagai tunjang di dalam perjuangan dan antara parti yang membela rakyat. Adalah sangat mustahil melihat PAS akan menyertai BN. Lihat sahajalah sepanjang pemerintahan mereka selama 50 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan jenayah yang semakin meningkat. Islam menjadi bahan cacian dan hinaan serta boleh dipermainkan oleh pimpinan dari UMNO dan Barisan Nasional. Barisan kepimpinan mereka yang penuh dengan hipokrit serta terlibat dengan pelbagai gejala rasuah samseng dan sebagainya adalah tidak sesuai untuk PAS bersama dengan mereka. Ahli di dalam Barisan Nasional tidak ubah seperti mengenakan pakaian yang cantik pada bahagian luaran sebaliknya di badan penuh dengan kurap dan kudis.

Alangkah baiknya jika parti kamu UMNO yang menyertai PAS agar dapat memperteguhkan kedaulatan Islam di negara ini. Jadi lebih baik Mukhriz nasihatkan kepada kepimpinan UMNO dan BN agar bertaubat dan masuklah ke Pakatan Rakyat agar dapat terus berbakti kepada rakyat. Insya-Allah segala hak dan keperluan rakyat pasti terbela

Jumaat, 13 Februari 2009

HUKUM ORANG UMNO TERLEBIH DAHULU SEBELUM HUKU KARPAL - Malaysiakini

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerakyatan Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) dilucutkan kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan sengaja.

Menurut mereka, ketegasan Thailand yang menghukum pihak yang menghina Raja Bhumibol Adulyadej perlu diikuti oleh kerajaan bagi menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dey tambi..lain kali kalau mahu cakap guna otak bukannya guna kepada lutut atau tap kaki...Pikirlah sikit, siapa jaguh yang menghina Sultan sebenarnya ??? Disini saya ada ambil maklumat dari blogger Sebol untuk tatapan kalian. Sebelum kamu mencadangkan Karpal dilucutkan hak kerakyatan eloklah kamu kenalpasti siapa mangkuk yang saya nyatakan disini. Bukan saya membela Karpal tetapi bagi saya biar hukuman tersebut adil untuk kedua-dua pihak..

1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajar: KESIAN...

2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara? KESIAN....

3.Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja? KESIAN...

4. 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini? KESIAN...

5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politik, ada jongos menjerit: biar saya derhaka! siapa tu? KESIAN....

6. Seorang bekas menteri besar kelantan pernah berarak menuntut Sultan Kelantan turun tahta. Puak mana yang kurang hajar tu? KESIAN...

7. 1974, menteri besar Perak pada masa itu tidak mahu akur dengan perintah Sultan Idris. Siapa yang derhaka tu? KESIAN...

8. Standard -Chartered Bank saman Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Siapa yang ajar tu? KESIAN...

9. Selepas piliharanraya Mac 2008, Sultan Terengganu dinista dengan kata kata kami nak idris, natang! Siapa punya kerja tu? KESIAN...

10. Di Perlis pun pada masa yang hampir sama Sultan Perlis dinista. Siapa punya kerja? KESIAN...

AKHIRNYA NAJIB MENGAKU ISLAM AGAMA TERBAIK - Malaysiakini

Hebat Najib semalam berkata tentang Islam. Antara ucapannya pembaca boleh membaca disini. Hebat, sungguh hebat..dalam memperkatakan bagaimana memperkukuhkan orang Islam tetapi beliau sendiri lupa yang beliau sendiri adalah salah seorang peruntuh Islam di Malaysia.

Ini diantara sedutan daripada ulasan ringkas Najib. Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, Islam dipandang dengan begitu negatif apabila ekonomi masyarakat Islam digambarkan sebagai miskin dan mundur, malah ada yang merempat.

‘‘Secara tidak langsung, Islam yang mahu ditawarkan atau ditonjolkan sebagai agama terbaik kelihatan tidak dapat memenuhi kehendak kebendaan manusia untuk mencapai kejayaan, keselesaan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

Saya tidak pasti samada beliau hanya membaca teks yang diberi atau ucapannya yang spontan tetapi didalam kenyataannya beliau terpaksa mengakui bahawa Islam adalah agama yang terbaik dan perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam adalah benar berbanding dengan UMNO yang hanya menfokuskan perjuangan kaum semata-mata. Ini antara yang Najib perlu fahami dan pertekankan terlebih dahulu kerana perjuangan PAS adalah universal tanpa hanya tertumpu pada kaum sahaja jadi untuk itu adalah lebih bagus di dalam ucapannya ketika itu beliau menyelitkan agar rakyat sokong kepada PAS dan menolak kepimpinan Barisan Nasional yang hanya mengejar harta benda serta membelakangkan rakyat jelata...

silembiks : Jika sudah mengaku Islam agama terbaik, apalagi keluarlah dari UMNO...Saya teringin juga nak tengok si Rosmah bertudung pula selepas ini


HAMID ALBAR DAH MULA MAIN GERTAK-GERTAK - Malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas terhadap dua akhbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel-artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan.

Pelik juga membaca ulasan Syed Hamid berikutan kenyataan beliau terhadap 2 akhbar yang dikatakan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan. Sepanjang saya membaca 2 akhbar terbabit saya merasakan mereka ini lebih telus dalam menyalurkan maklumat. Sekurang-kurangnya rakyat tidak tertipu dengan pembohongan demi pembohongan di dalam akhbar milik mereka. Nampak sangat si Hamid botak takut dengan kebenaran maklumat yang dibawa oleh akhbar tersebut. Ini salah bukti yang kita dapat lihat selama ini Kerajaan Barisan Najis sentiasa membawa berita yang penuh dengan penipuan di dalam akhbar mereka.

Jika 20 tahun yang lepas, rakyat memang mudah diperbodohkan tapi dizaman teknologi yang dilengkapi dengan kemudahan internet adalah mustahil kerajaan dapat menyekat kemahuan rakyat. Lihat sahajalah pada PRU 12, kejatuhan beberapa negeri di bawah naungan Barisan Najis adalah berpunca daripada bantuan blogger yang berjaya mendapatkan maklumat yang sahih untuk disalurkan. Jika kamu sekat penerbitan 2 akhbar tersebut maka alternatif lain sudahpun menjadi ganti. Jadi, masyarakat sekarang lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui internet. Untuk itu, jika kamu sekat 2 akhbar tersebut maka ia bukan sahaja membangkitkan semangat Sang Blogger sebaliknya Barisan Najis seolah-olah ingin menempah maut lebih awal dan jika silap perkiraan kamu maka Barisan Najis bakal tersungkur pada PRU 13....Buatlah kalau kau berani wahai si Hamid botak !!!!

Khamis, 12 Februari 2009

FIKIR SEBAIKNYA SEBELUM MENCALONKAN DATO SERI NIZAR DI BUKIT GANTANG - Malaysiakini

Saya bukan menidakkan pandangan individu atau mana-mana pimpinan tetapi dalam isu ini saya sependapat dengan idola saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci, maklumat yang saya perolehi daripada blogger Panglima Tengku 7 boleh dibuat rujukan. Dalam isu ini ia ada pro dan kontra yang perlu kita renungi bersama kerana UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bersedia untukmenggerakkan jentera saraf mereka dalam usaha menjatuhkan PAS di Bukit Gantang. Sila baca kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan disini..

Kebaikan

1. Akan menaikkan sokongan ke atas PR lebih-lebih lagi dengan isu rampasan kuasa secara haram oleh UMNO & BN.
2. Memungkin PR menang dalam pilihanraya kecil ini.

Di antara keburukan jika mencalonkan DS Nizar bertanding di Bukit Gantang.

1. UMNO akan menngunakan isu derhaka terhadap beliau dengan menggunakan apa jua saluran media.
2. Sekiranya beliau kalah maka UMNO & BN akan memanipulasikan kekalahan PR ini dengan isu Tumbangnya Kerajaan PR di Perak. Sedangkan Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sendiri adalah Kerajaan Haram.
3. UMNO menggunakan isu ini dan memaksa DS Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB sebagai jawapan kekalahan PR di Bukit Gantang. Sedangkan beliau masih MB yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

Mengikut perkiraan, moleklah sekiranya calon Parlimen Bukit Gantang dipilih selain dari DS Nizar. Apa pun rakyat Perak akan memilih Parti berbanding calon untuk pilihanraya kali ini. Calon yang terbaik adalah bonus bagi kemenangan di Bukit Gantang.

KEMBALIKAN NEGERI PERAK KEPADA KUASA RAKYAT - Malaysiakini

Terbukti bahawa 97% rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan pilihanraya kecil diadakan. Jadi bukti sudah semakin jelas bahawa kerajaan haram Negeri Perak yang berada dibawah kepimpinan Datuk Dr Zambry (boneka Najib Razak) tidak disukai dan disenangi oleh rakyat sebaliknya ianya hanya disokong kepimpinan Barisan Nasional yang melakukan rampasan kuasa secara biadap.

Kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

Bukti semakin jelas yang rakyat memilih pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak dan lihat sahajalah hasil 10 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat jika hendak dibandingkan dengan Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun tetapi masih gagal membezakan antara kepentingan rakyat dan kepentingan individu. Lihat sahajalah nanti, kerajaan yang kamu bentuk ini tidak akan bertahan lama dan bakal runtuh dengan teruk dalam PRU 13 nanti...

Rabu, 11 Februari 2009

TERBUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK BERMASALAH SEBELUM INI - Malaysiakini

ambiga sreenevasanSepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

bullet buttonSebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

bullet button YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

bullet button Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

bullet button Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

bullet button Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

bullet button Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

bullet button Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.

sumber : Malaysiakini.com