Sabtu, 20 September 2008

Patutlah Azalina Othman Tak Kahwin Lagi - Malaysiakini

Lama juga saya tidak mendengar cerita anak dara tua yang sorang ni apatah lagi kes yang melibatkan Parti UMNO. Nak keluar statement jauh sekali dan tak tahu kerja apa yang dia bikin. Baru hari ini terbaca kenyataan beliau, tetapi kali ini statement beliau hanyalah terarah kepada Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Beliau yang sememangnya antara menteri yang dah banyak menelan habis duit rakyat semasa menjadi menteri di KBS telah berkata kerajaan negeri pembangkang perlu sedar tanggungjawab untuk memajukan industri pelancongan bukan hanya terletak di bahu kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya ia tanggungjawab semua pihak.

Saya ingin menegur sikap pembangkang yang menuduh kerajaan Pusat tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik apabila sektor pelancongan negeri tidak berkembang.

"Sebenarnya itu tanggungjawab yang harus dipikul bersama oleh kerajaan Pusat, negeri, kerajaan tempatan dan masyarakat setempat," katanya.

Tetapi bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah tidak jujur, mari kita sama-sama membaca kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh 2 orang YB dari PKR iaitu YB Azmin Ali dan YB Tian Chua pada hari Khamis, 29 Mei 2008

Kata mereka, "Menteri Pelancongan batalkan semua peuntukkan untuk kerajaan negeri kononnya atas alasan strategi untuk koordinasi dan fungsi". Klik sini untuk membaca selanjutnya

Jadi, alasan yang Azalina Othman keluarkan semua itu hanyalah dusta belaka bahkan ketika persoalan diajukan didalam parlimen dia pulak yang takde...yang jawab timbalan dia...memang tak boleh pakai langsung si Azalina ini....time jadi menteri di KBS dia dah bikin banyak masalah seperti pusat latihan di Britain dan CYC...Yang CYC pulak dia bikin sampai menteri KBS yang baru, Datuk Ismail Sabri pening kepala....macam ni ke yang dikatakan pandai memimpin ??..patutlah men'dara' sampai ke tua...perangai dia tu buruk yang amat...

Matematik Dan Sains Di Ajar Dalam Bahasa Melayu Tahun Depan ?? - Malaysiakini


Setelah enam tahun diselubungi dengan pelbagai desakan dan kontraversi, Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dijangka akan kembali semula kepada Bahasa Melayu mulai tahun depan.

Menurut sumber dari Kementerian Pelajaran proses kembali semula menggunakan bahasa kebangsaan sedang berjalan. Di antaranya, buku teks matematik dan Sains telah siap dicetak dalam bahasa Melayu. Di samping itu, semua Institut Perguruan seluruh Malaysia tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran di dalam kelas bagi guru pelatih yang mengambil opsyen matematik dan sains mulai tahun 2009.

Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk kembali menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun bagaimanapun sudah pasti ramai pihak yang terkilan kerana projek PPSMI yang diperkenalkan semasa era kepimpinan Tun Dr. Mahathir telah menelan kos lebih RM 5 bilion.

Inilah natijahnya apabila sesuatu pelaksanaan dasar tidak dibuat secara teliti tanpa mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan. Malah pihak berkenaan hanya 'melihat sebelah mata' dan memekakkan telinga walaupun mengetahui wujud pelbagai masalah sepanjang dasar tersebut diperkenalkan seperti yang didedahkan oleh tokoh-tokoh akademik dan politik.

Bayangkan dengan jumlah wang sebanyak itu, saya yakin tidak ada rakyat di Malaysia ini yang hidup merempat tidak mempunyai rumah. Mungkin juga dengan wang sebanyak itu kerajaan boleh memberi pendidikan yang 'betul-betul' percuma kepada semua rakyat Malaysia. Jika tidak pun duit itu digunakan untuk menampung subsidi minyak untuk memastikan harga minyak tidak membebankan seperti sekarang.

sumber dari : Blog Angkasanuri

Apabila Utusan Malaysia Sudah Menjadi Alat BN - Malaysiakini

Utusan Malaysia antara akhbar tertua di Malaysia dan sentiasa menjadi bahan bacaan penduduk tempatan. Sekarang akhbar sebegini sudah tidak boleh dipercayai lagi. Rasanya lama saya sudah tidak membelinya, kalau bacapun cuma di internet sahaja. Lagi Jimat rasanya. Bayar streamyx satu bulan dengan pakej unlimitted dengan bayaran RM 60 saya dapat baca berpuluh2 akhbar, kalau beli Utusan Malaysia yang harganya kini RM 1.50 didarabkan selama 30 hari maknanya saya sudah membazirkan wang saya sebanyak RM 45.00 sebulan semata-mata untuk membaca penulisan yang penuh retorik.

Tiada niat saya untuk menghina kepada mereka yang tiada kemudahan internet tetapi bagi yang ada internet, kita sama-sama boikot dari membelinya. Akhbar ini lagi dulu memang berat sebelah dalam membawa berita di Malaysia bahkan sanggup memutar belitkan segala fakta yang sebenar. Sebagai contoh kita ambil 2 demonterasi aman yang pernah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Yang pertama himpunan bantahan karikatur Nabi, Utusan Melayu boleh cakap 2000 orang je sebaliknya manusia yang hadir lebih dari tu. Lagi pembohongan luar biasa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia ialah pada himpunan Bersih, kehadiran para pendemo boleh dianggarkan lebih dari 100 ribu orang, tetapi akhbar pencacai BN ini boleh cakap hanya seramai 4000 orang je, sama dengan bilangan anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal himpunan tersebut. Tak ke bodo namanya...Inilah bahananya kalau belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mengira pun tak tahu...

Yang pasti akhbar ini memang banyak menyeleweng dari fakta yang sebenar terutama kes-kes yang melibatkan Pak Menteri di Malaysia. Semuanya diselindungi, sebaliknya yang bersalah menjadi mangsa keadaan...Banyak bukti yang membuktikan yang akhbar Utusan ini tidak boleh digunapakai...sebab itulah para blogger semakin membanjiri dunia IT dan para pembaca akan mendapatkan sumber yang sahih dari para blogger daripada menjadi mangsa penipuan akhbar pembelit ini. Sebagai contoh blogger RPK yang dapat membongkar bahawa Rosmah, isteri kepada Najib Altantuya turut berada ditempat kejadian ketika Altantuya di bom dengan C4.Ini semua bukti untuk menggelapkan pandangan pembaca Malaysia.

Banyak contoh yang boleh diutarakan tetapi bagi saya hanya mereka yang masih menggunakan kepala lutut sahaja yang mempercayai akhbar yang karut marut ini...Yang dah tak percaya tahniah untuk mereka....selamat memboikot Utusan Malaysia....!!

Mana Janji Pak Lah Mahu Turunkan Harga Minyak - Malaysiakini

1.Harga minyak sewajarnya diturunkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat.

2.Harga minyak semasa telah berada dibawah paras USD92. Ketika harga minyak dunia USD135, rakyat terpaksa membayar RM2.70 bagi setiap seliter minyak. Sekarang ini bila harga minyak telah turun lebih dari 35% kenapa kerajaan masih mengekalkan harga pada RM2.55 . Sepatutnya harga semasa minyak dikala ini adalah pada RM2.05 dan bukannya RM2.55 sen seliter.

3.Sebab itu pandangan yang menyatakan bahawa rakyat sedang memberi subsidi kepada kerajaan ada kebenarannya.

4.Alasan terbaru kerajaan bahawa penurunan harga minyak tidak boleh dibuat tergesa-gesa disebabkan oleh kelemahan nilai ringgit berbanding dolar Amerika. Kerajaan juga harus ingat bahawa bukan semua dagangan berasaskan USD. Begitu juga dengan kadar peratus kenaikan dolar adalah amat rendah berbanding dengan peratus penurunan harga minyak dunia. Apapun perkiraannya, harga minyak sepatutnya telah diturunkan.

5.Dalam masa yang sama kerajaan juga harus menilai kembali, kesan kenaikan harga barang bila kerajaan menaikkan minyak sehingga RM2.70 tempohari. Bila harga minyak diturunkan 15 sen, harga barang kekal tinggi.

6.Inflasi barangan dalam negara kita adalah dikira berasaskan CPI (Consumer Price Index - index Harga Pengguna) pada barang-barang tertentu sahaja terutamanya barangan kawalan.

7.Kalau dulu nasi lemak RM1.00 sebungkus, hari ini RM1.20, itu menunjukkan inflasi bagi barangan tersebut adalah 20%. Begitu juga dengan roti canai, dikala minyak RM1.92 sen seliter harga sekeping roti canai adalah RM0.70. Bila minyak meningkat RM2.70, sekeping roti canai berharga RM1.00, ini menunjukkan inflasi bagi setiap roti canai telah meningkat sebanyak 43%.

8.Bila harga minyak diturunkan 15 sen tiada sebarang tanda harga barangan turut diturunkan apatah lagi barang kawalan terutamanya dengan krisis makanan dunia.

9.Sebab itu kerajaan didesak menurunkan harga minyak, dalam masa yang sama mencari mekanisme terbaik bagi memulihkan harga barangan pengguna. Subsidi, pemantauan dan semua usaha ini perlu digerakkan sebelum rakyat terus menderita dengan kesan ini.

10.Walauapapun percaturan politik yang berlaku, rakyat tidak boleh dikesampingkan, rakyat adalah sebahagian dari kerajaan yang ada. Turunkan harga minyak sebelum BN diturunkan.

Sumber dari : Blog Adly Zahari

Jumaat, 19 September 2008

Fesyen Pakaian Untuk Perjalanan Jauh - Malaysiakini

Asyik sembang politik saja, sekali sekala kena juga lari ke topik lain. Moga memberi kita semua keinsafan, apa yg kita ada hari ni semuanya hanya pinjaman, jgnlah sombong takbur dimuka bumi yang bukan milik kita.....








Lim Guan Eng Lebih Layak - Malaysiakini



Seorang kawan yang berasal dari Pulau pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan eng, menyebabkan Lim guan eng kini merupakan ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan melayu, cina mahupun India.

Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;

CERITA SATU

Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.

CERITA DUA

Begitujuga, penanti yang merupakan DUN timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama Isterinya dengan menaiki kereta estimanya yang dipandunya sendiri.

Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa fairus sebuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.

CERITA TIGA


Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.

Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah lim Guan Eng.

Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim guan Eng pun.

Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.

Lim Guan Eng ambil Kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang ketua Menteri Pulau Pinang.

Mak cik dan pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.

CERITA EMPAT


Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.

Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.

Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.

CERITA LIMA

Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang melayu berbanding bangsa dia sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.

CERITA ENAM

Dulu Mat sabu ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman Rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.

Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut cirri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk islam lagi.

Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".

PENUTUP

Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.

Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian Jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.

Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, menteri besar Kelantan.

Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.

Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.

Wakil dari PAS tidak sepatah pun bercakap tentang islam pada malam itu, tetapi yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".

Melihat kepada karisma Lim Guan eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk islam, orang yang lebih layak Menjadi perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim juga Tuan Guru Haji Abdul hadi, tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".

SekianWallahu 'Alam

Al-Bakistani
One-G Al-Bakistani

MT UMNO Sendiri Pun Tak Yakin Dengan Pak Lah - Malaysiakini

MT UMNO sendiripun mendesak agar Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden. Nampak sangat yang mereka semua tidak yakin dengan kredibiliti yang ada Pak Lah sebagai seorang Presiden UMNO. Alangkah malunya jika seorang Presiden didesak oleh MT nya sendiri daripada bertanding mempertahankan jawatannya.

Menurut sumber dari Malaysiakini, Pak Lah didesak berikutan tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden. Sedihnya saya melihat situasi Pak Lah yang dilanda ribut taufan sekarang ni. Satu persatu bala menimpa beliau di dalam bulan Ramadhan yang cukup berkat. Awal Ramadhan dengan kes Ahmad Ismail, lepas tu Sanglang menjadi milik PAS dan Dun Manir kekal kepada Ustaz Harun Taib. La ni dapat pulak berita mengharukan apabila ahli MT sendiri minta beliau jangan bertanding. Kesian, kesian....

Untuk makluman, seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Kesimpulannya, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010 jika ia gagal mendapat sokongan 58 pencalonan dari 193 bahagian UMNO untuk pencalonan sebagai Presiden UMNO...Alahai, makin botak la kepala kamu selepas ini Pak Lah......Mungkin inilah balasan awal dari Allah untuk beliau kerana mengingkari arahan Allah S.W.T sewaktu berada dikedudukan yang tertinggi di Malaysia....