UMNO DAN BARISAN NASIONAL SEMAKIN TIDAK RELEVAN DI BUMI MALAYSIA. BUKAN SEKADAR GAGAL MEMBELA BANGSA, SEBALIKNYA AGAMA SEMAKIN HANCUR LULUH DIBAWAH PEMERINTAH YANG LEBIH DARIPADA 50 TAHUN. KINI MEREKA MENUJU ZAMAN KEHANCURAN....
Selasa, 30 Disember 2008
SALAM KEMBALI
Khamis, 4 Disember 2008
Wan Farid hampir pasti calon BN - Malaysiakini
Jawatankuasa penyelaras Umno bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan Ladang sebulat suara menyokong Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kuala Terengganu.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kedua-duan DUN tersebut semalam.
Batu Buruk dan Ladang adalah antara empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu. Dua lagi ialah Wakaf Mempelam dan Bandar.
Dalam mesyuarat tersebut, Batu Buruk diwakili oleh timbalan ketua Umno bahagian, Mohd Sabri Alwi manakala Ladang diwakili oleh naib ketua bahagian, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lalu.
Menurut sumber-sumber, dalam mesyuarat tersebut, mereka sebulat suara mencalonkan Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, sebagai calon bagi pilihanraya kecil tersebut.
'Pegang jawatan'
Sementara itu, Umno bahagian difahamkan akan menyenaraikan tiga nama untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.
Ketiga-tiga nama tersebut merupakan mereka yang memegang jawatan di peringkat Umno bahagian.
Selain Wan Ahmad Farid, difahamkan dua lagi calon yang ingin disenaraikan termasuklah Mohd Sabri dan ahli jawatankuasa bahagian, Senator Datuk Roslan Awang Chik.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ahmad Farid berkata, Umno bahagian akan bermesyuarat 9 Disember ini untuk memutuskan senarai itu untuk diserahkan kepada Umno negeri.
Katanya, calon yang tidak berjawatan dalam Umno bahagian sukar mendapat sokongan parti dan pengundi.
"Orang yang hendak menjadi calon mesti mendapat sokongan daripada parti dan rakyat untuk menang dalam pilihanraya.
'Peluang BN cerah'
Wan Ahmad Farid menambah, Umno negeri akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk keputusan muktamad.
Katanya lagi, peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut adalah cerah.
Beliau berkata, ini kerana PAS kini berada dalam dilema untuk memilih calon yang sesuai.
"Kini ada dua kumpulan dalam PAS iaitu Erdogan dan bukan Erdogan. Kalau pilih calon kumpulan Erdogan, pengundi atas pagar susah menyokong mereka.
"Jika memilih calon bukan kumpulan Erdogan, pengundi yang menyokong PKR tidak akan menyokong calon tersebut," katanya.
Rabu, 3 Disember 2008
Gempar !!, Gambar Kepala Babi Di Surau - Malaysiakini
Dibawah ini saya lampirkan 3 keping gambar untuk tatapan pengunjung sekalian. Jadi pengunjung sekalian dapat menilai sejauh mana kejahilan yang ada pada jemaah ditempat ibadat terbabit.


p/s : tak mustahil lepas ni babi hidup pula akan ber'jemaah' di surau yang tidak diimarahkan oleh penduduk kampung
sumber : Al AminSelasa, 2 Disember 2008
Benarkah Nenek Maimon Mahu Bertanding Di dalam PRK Kuala Terengganu ?? - Malaysiakini
Berikut saya mengambil artikel ini daripada blog beliau berkenaan isu nenek Maimun yang dikatakan mahu bertanding buat kali ke 2 di Parlimen Kuala Terengganu..
Dosa jika tidak bertanding
Posted on 2 DEC,2008
KUALA TERENGGANU - Maimun Yusof, 89, bercadang untuk bertanding buat kali kedua pada pilihan raya kecil untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Warga emas yang memerlukaan tajaan untuk bertanding itu berkata dia berasa bersalah jika tidak bertanding demi agama dan bangsa.
Parti-parti politik yang ada sekarang telah bercampur-aduk dan semuanya macam komunis, tambahnya.
Pilihan raya kecil bagi kerusi P.36 Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran merangkap anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Razali Ismail pada Jumaat lalu.
p/s:Andaikata nenek Maimum akan bertanding siapa agaknya yang akan support beliau. Terbaru Parti AKIM pun juga menyatakan pendirian akan bertanding PRK kecil ini. Bagi saya masalah ini perlu dipandang serius ekoran atas faktor undi nenek Maimun lah yang mengakibatkan Bang Mat berputih mata dalam PRU 12..
Pak Lah Yakin BN Menang PR Kecil Di Kuala Terengganu - Malaysiakini
Tinggi sungguh keyakinan Pak Lah dan saya merasakan keyakinan beliau tentu mengatasi ketinggian Gunung Everest. Jika Pak Lah hanya merumuskan keputusan PRU lalu sebagai satu keyakinan bahawa BN akan mempertahankan kerusi tersebut bagi saya ia satu tindakan yang silap.Benar situasi politik pada setiap negeri berbeza tetapi jika kita melihat gelombang PRU 12 baru-baru ini sepatutnya ia menyedarkan Pak Lah daripada bermimpi bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berakal. Mungkin Pak Lah tidak melihat mahupun membaca situasi politik di Terengganu. Lihat sahaja keputusan untuk PRU 11 dan 12. PAS yang meletakkan calon untuk menentang calon BN berjaya mengecilkan jumlah majoriti undi. Jadi bagi saya keputusan tersebut masih lagi 50-50.
Kita tidak tahu selepas ini penipuan yang macam mana akan dilakukan oleh parti BN untuk menentang PR dalam PRK ini. Lihat sahaja PRK di Permatang Pauh, walaupun UMNO tahu yang DSAI tetap akan menang dengan majoriti yang besar tetapi UMNO tetap melaksanakan kerja keji mereka. Untuk itu kita sama-sama lihat berapa banyak wang yang akan dibanjirkan di Kuala Terengganu..Adakah jumlah wang yang dibanjirkan sama dengan limpahan air banjir yang kini melanda di Terengganu....Bukan saya hendak menghina rakyat Terengganu tetapi saya mahu semua melihat kejelikan kelakuan UMNO di Terengganu selepas ini...
Pak Lah Marah, Harga Minyak Turun Tapi Harga Barang Tak Turun - Malaysiakini
Tapi kita masih lagi ternanti-nanti bila agaknya harga barang akan turun. Adakalanya naik menyampah bila ditanya, acapkali jawapan yang sama diberi dimana pihak pembekal tak mahu menurunkan harga dan sebagainya.
Pak Lah dan menteri kabinetnya tak habis-habis melalak siang malam meminta agar harga barang diturunkan...Alooo bro, kalo setakat melalak macam ni saya pun bole bikinla....best pulak baca kenyataan Pak Lah dalam Utusan Meloyar tadi dimana beliau menyebut “Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,”. Ini pun satu hal juga, dalam isu ini Pak Lah sepatutnya yang menjawab persoalan ini. Siapa yang cari penyakit pada awalnya ??? Kini peniaga pula disalahkan....Saya rasa Pak Lah mungkin dah nyanyuk agaknya....
Untuk ini yang menjadi mangsa siapa kalau bukan pengguna..Mahu diboikot tak boleh coz barang tersebut merupakan barang keperluan...cuma harapan dapat diletakkan kepada peniaga dan Pak Menteri agar dapat memainkan peranan masing-masing...cukupla penderitaan yang ditanggung selama ini.....
Jumaat, 28 November 2008
Minta Maaf Sangat-Sangat
Atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, blog ini terpaksa berehat seketika. Bukan untuk menutup terus tetapi atas komitmen dan keutamaan yang perlu dilaksanakan menyebabkan saya gagal memperuntukkan masa yang sewajarnya kepada blog ini.
Insya-Allah saya masih beristiqomah sebagai blogger cuma saya memerlukan masa seminggu untuk menyelesaikan kerja saya. Jika tiada aral yang melintang insya-Allah blog ini akan kembali aktif seperti biasa pada minggu hadapan.
Terima kasih diatas sokongan yang kalian berikan kepada blog ini. Segala teguran dan pandangan sangat saya alu-alukan.
Salam perjuangan dari saya untuk semua..
si lembik_s