Memaparkan catatan dengan label babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label babi. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Januari 2009

ISU BABI : DARI MELAKA KE UM - Malaysiakini


Entah dimana maruah umat Islam di Malaysia sekarang ini. Saban hari dipermainkan oleh mereka yang anti Islam. Rakan kita di Palestin bertungkus lumus berperang dengan tentera zionis Israel laknatullah dan kita di Malaysia masih lagi tidak selesai dengan isu perang babi.

Kisah babi yang sebelum ini begitu popular di Melaka kini telah merebak di Universiti Malaya. Secara peribadilah saya dapat melihat ini adalah salah satu provokasi bagi pihak yang tidak bertanggung jawab yang memainkan isu agama dan yang paling hina pihak tersebut telah meletakkan kepala babi dengan beralaskan bendera PAS di dalam surau Akademi Pengajian Islam.

Saya juga merasakan ia ada kaitan dengan pilihanraya kampus yang sedang hangat berjalan di kampus dan yang pasti dalangnya mesti dicari. Malang sungguh jika mereka yang bakal-bakal menjadi intelektual melakukan perkara sebegini. Isu samseng yang diajar oleh pemimpin UMNO nampaknya sudah menular ke dalam kampus. Nampaknya inilah berkat jika Barisan Nasional mentadbir Malaysia. Kehancuran demi kehancuran dapat dilihat. Pelajar yang kononnya dihantar ke IPTA sepatutnya semakin cerdik tetapi sebaliknya menjadi semakin 'bodo' dibawah acuan BN. Maaf jika ayat kali ini terlalu kasar tetapi bagi saya wajar jika saya bersikap sedemikian kerana mereka telah menghina kesucian Islam di rumah Allah serta memainkan sentimen keagamaan kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan moga orang yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang beliau lakukan.....

Rabu, 3 Disember 2008

Gempar !!, Gambar Kepala Babi Di Surau - Malaysiakini

Isu babi di melaka semakin hangat diperkatakan. Sebelum ini kecoh isu kaki babi ditanam di sebuah pantai di Melaka, kemudian kepala babi pula digantung di rumah salah seorang AJK UMNO dan kini babi yang dulunya banyak terdapat di Kawasan Masjid Tanah sudah berada di salah sebuah surau di Dun Sungai Rambai tetapi dalam bentuk dan suasana yang berbeza.Walaupun sudah diberikan teguran beberapa kali tetapi pengurusan surau yang berfahaman Islam Hadhari mengambil enteng terhadap teguran yang diberikan. Kejadian ini berlaku disalah sebuah surau di DUN Sungai Rambai yang diwakili oleh orang kuat Datuk Ali Rustam iaitu YB Hasan Rahman.

Dibawah ini saya lampirkan 3 keping gambar untuk tatapan pengunjung sekalian. Jadi pengunjung sekalian dapat menilai sejauh mana kejahilan yang ada pada jemaah ditempat ibadat terbabit.


p/s : tak mustahil lepas ni babi hidup pula akan ber'jemaah' di surau yang tidak diimarahkan oleh penduduk kampung

sumber : Al Amin