2 hari saya tidak dapat mengemaskini blog ini atas sebab2 peribadi. Dalam tempoh itu juga kita semua sudah mendapat maklumbalas mengenai pemilihan agung UMNO yang pada asalnya akan diadakan pada 16-21 Disember ini tetapi telah ditangguhkan kepada bulan Mac 2009 dan adalah tidak mustahil jika ia berterusan ditangguhkan.
Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal. Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan. Tetapi ia juga berkaitan untuk menyelamatkan politik Pak Lah untuk seketika...
Walaupun menerima desakan, tetapi ada juga ura-ura yang didengar dan boleh dipercayai bahawa Pak Lah tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan bagi saya walaupun dia pernah diminta oleh para MT agar tidak mempertahankan jawatan tersebut ekoran takut dimalukan oleh ahli UMNO sendiri tetapi yang pasti beliau tetap berkeras dan bertegas akan mempertahankan jawatannya.
9 Oktober yang diperkatakan oleh Pak Lah hanyalah gimik untuk beliau bermain teka-teki dengan para wartawan. Tak percaya, kalian lihatlah. Pak Lah sebenarnya tidak akan berputus asa, dia masih lagi mahu mempertahankan jawatan Presiden mahupun Perdana Menteri walaupun menerima asakan dari segenap penjuru. Dia masih tak sedar diri yang dia sememangnya tidak relevan dalam politik tanahair terutama di dalam UMNO dan BN. Lihat sahajalah nanti, jika dia berkeras mahu bertanding, tak mustahil beliau akan dimalukan oleh ahlinya sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan