Itulah Barisan Nasional, sudah terhantuk baru nak sedar. Menurut laporan di dalam akhbar Utusan Meloyar yang bertarikh pada 29 Sept 2008, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman cita-cita Kerajaan Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu dalam tempoh setahun hanya wayang politik.
Menurut beliau lagi, kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sudah menetapkan sasaran berkenaan sejak dua tahun lalu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan penduduk miskin di negeri tersebut.
Apalah nak jadi dengan kamu wahai pencacai Barisan Nasional, sudah jatuh buatlah cara sudah jatuh. Masihkah kamu belum sedar yang Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang bukannya Barisan Nasional. Jadi segala dasar, perancangan dan perlaksanaan adalah tertakluk kepada mereka, jangan terlalu sibuk sangat dengan menjaga hal tepi kain orang. Jika dulu kamu menerajui kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan bercita-cita menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang bagaimana pula kemiskinan tegar yang melanda di Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang sememangnya sudah diketahui memerintah lebih dari 50 tahun.
Bagi saya, sepatutnya bukan sindiran yang diberikan kepada kerajaan PR Pulau Pinang sebaliknya kerajaan Pusat perlulah memberi sokongan ataupun menjana bantuan kewangan. Ini tidak, mengungkit perkara yang lepas. Sudah menjadi lumrah mana-mana negeri yang jatuh ke tangan PR, mereka akan meneruskan mana-mana projek kerajaan terdahulu itupun jika ia tidak menyalahi pengunaan wang rakyat dan kos yang tinggi.
Berbalik kepada isu kemiskinan tegar yang dibawa oleh bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jika benar kamu bersama pimpinan Barisan Nasional hendak membantu, baiklah..Saya dan rakan dari PAS boleh turut memberikan kerjasama. Sila klik blog S/U Muslimat PAS Pusat, Ukhti Aiman Athirah untuk melihat situasi yang menyayat hati terhadap keluarga ini. Juga klik disini untuk melihat situasi yang sama ketika Pengarah PASTI Pusat iaitu saudara Azrin bin Abd Majid bersama krewnya memberikan bantuan kepada masyarakat yang miskin. Ini hanya sebahagian bahkan ada keluarga yang lebih teruk daripada ini. Jangan lupa kisah Dr. lolo' (MP Titiwangsa) dimana permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apalah masalah sekutu Barisan Nasional, nak salurkan bantuan pun macam-macam sekatan diberikan kepada team pakatan Rakyat....
Untuk itu, jangan dipandang sebelah mata terhadap isu ini. Bagi saya jika puak-puak dari Barisan Nasional mahu menjalankan amanah sudah lama ia dijalankan. Masalah seperti yang saya nyatakan didalam 2 blog diatas semuanya adalah datangnya dari sifat yang tidak menentu pemimpin Barisan Nasional yang lebih mengejar kemewahan dari membantu mereka yang memerlukan bahkan saluran kewangan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan tidak sampai sebaliknya terus disimpan terus didalam poket mereka..Jika isu ini tidak dapat dibendung maka semakin tertindaslah golongan-golongan miskin tegar.... Jadi kepada Datuk Zainal Abidin Osman, cermin-cerminlah diri tu dan juga rakan-rakan pemimpin kamu dari Barisan Nasional..
silembiks : hentikan kritikan sebaliknya hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan