Isnin, 29 September 2008

Banyak Lagi Kerja Kamu Timb. Mufli Wilayah Persekutuan - Malaysiakini

Sejak akhir-akhir ini, nama YB Teresa Kok sentiasa menjadi bahan sebutan. Dari perihalnya yang berkaitan dengan isu larangan laungan azan sehinggalah ke ISA. Selepas itu pula ada kes yang melibatkan ibu bapa beliau dimana rumah orang tuanya dilontar bom petrol. Terkini, YB Teresa ditegur oleh Timb. Mufti Wilayah Persekutuan ekoran etika pakaiannya yang hanya mamakai skirt semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Apa yang timb.mufti kita tegur saya terima walaupun dia mendapat kritikan dari pelbagai pihak dan beberapa blogger. Bagi saya perkara yang baik wajar ditegur walaupun YB Teresa berada di luar dari masjid tapi sekurang-kurangnya sensitiviti umat Islam perlu dijaga dan beliau juga akan dapat perbaiki kelemahan dirinya selepas ini.
Klik sini untuk melihat gambar YB Teresa bersama jemaad Masjid Nurrusaadah.

Cuma teguran kepada Timb.Mufti, jika dalam hal sebegini anda boleh mengeluarkan statement untuk menegur YB Teresa saya juga ingin menyarankan agar Tuan Timb.Mufti dapat juga menegur kepada makmun, imam, bilal atau seangkatan dengannya ekoran ada daripada mereka yang tidak menjadikan masjid sebagai rumah Allah sebaliknya mereka menjadikan masjid sebagai kedai kopi, kenapa ?? kerana ada dikalangan mereka masih lagi menghisap rokok diperkarangan masjid. Bab borak toksah lah nak kata, macam2 ada. Yang paling penting, jangan lupa juga tegur wanita-wanita Islam yang 'free hair' tetapi ke masjid (aurat juga kan). Cubalah berikan tarbiyah kepada mereka. Lagi wajar jika Tuan Timb. Mufti Wilayah sendiri dapat menegur pengurusan akhbar Utusan Malaysia yang menemuramah Tuan Tim. Mufti kerana mereka masih lagi memaparkan gambar-gambar artis yang adakalanya ter'over' acting dan begitu juga iklan nombor ekor yang menjadi taruhan utama di dalam akhbar yang kononnya mahu memartabatkan bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk membantu mereka yang jahil dalam bab agama. Saya tidak marahkan Tuan Timb.Mufti Wilayah cuma diminta selepas ini lebih prihatin dalam beberapa perkara.

Banyak lagi nak komen tapi cukupla tu saya rasa. Cuma harapan dari saya, janganlah mudah sangat menjadi mainan kepada akhbar Utusan Malaysia yang selama ini hanya pandai memanipulasikan sesuatu isu, tambahan akhbar seperti ini hanya suka mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti sokongan beliau BN dan UMNO...harap selepas ini Timb. Mufti Wilayah lebih berhati-hati, jika tidak Tuan Timb. Mufti Wilayah pula yang kena balik....

Tiada ulasan: