Khamis, 9 April 2009

PASTI MELAKA TERUS DI ZALIMI

PASTI Negeri terus menerus menghadapi tekanan dari Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan. Kes perbicaraan terhadap beberapa PASTI dinegeri ini sudah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian.

Pengurus-pengurus PASTI terpaksa berulang alik turun naik Mahkamah akibat kekejaman pihak berkuasa. Mengapa begitu zalim mereka ini terhadap anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu Islam sedangkan banyak lagi kerja lain yang sepatutnya mereka lakukan.

Sepatutnya pihak berkuasa membantu dan menolong pengusaha PASTI bagi meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran PASTI sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan. Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia .

Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya. Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul.

Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.

sumber : mutaligat

Rabu, 8 April 2009

APABILA WANG, PROJEK, FITNAH DAN JANJI MANIS TIDAK BERKESAN LAGI

Oleh : Tulang Besi

Keputusan dua bukit sudah pun tersurat. Barisan Nasional kecundang sekali lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Yang lebih terguris dengan kekalahan ini ialah UMNO kerana termasuk Bukit Gantang, keputusan bagi UMNO adalah 0-3. Ini kerana selepas PRU 2008, UMNO telah bertanding di dalam 3 pilihanraya kecil: Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Dan UMNO telah kalah kesemua pertandingan tersebut.

Najib Menanggnung Pilu Yang Menikam Sukma

Tetapi yang lagi kecewa dan pilu dengan kekalahan ini ialah Najib Tun Razak. Sepanjang kempen ini, kelibat calon BN, Ismail Saffian, hampir tidak kelihatan. Ertinya, walaupun Ismail Saffian bertanding, Kalaulah tidak kerana calon BN itu duduk di sebelah Dr Mahathir sewaktu kedatangan Dr Mahathir ke Bkt Gantang, nescaya rakyat Malaysia akan terus tidak menyedari akan kewujudan calon BN tersebut.

Kenapa demikian? Kerana perlawanan Bukit Gantang ini adalah perlawanan antara Najib Tun Razak dengan YB Nizar Jamaluddin. Pilihanraya kecil ini adalah referendum ke atas Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang baru serta PM Malaysia yang ke-6.

Sudah barang pasti Najib akan dihakimi melalui keputusan pilihanraya kecil ini. Mana mungkin tidak kerana bukankah Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Perak dengan cara yang amat jijik sekali?

Bukankah Najib Tun Razak yang telah melantik Menteri Besar haram, yakni wakil pos dari Pangkor, si Zambery?

Bukankah Najib yang bertanggungjawab menghalang persidangan DUN yang dipanggil oleh Speaker Perak yang sah sehingga terpaksa diadakan di bawah pokok?

Bukankah Najib yang telah mengugut Sultan Perak bahawa anak beliau, Raja Nazrin, akan dipastikan tidak menaiki takhta Perak sekiranya kehendak Najib Tun Razak tidak dipenuhi (mengikut dakwaan Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, Malaysia Today)?

Dengan kata lain, bukankah Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemelut dan krisis perlembagaan yang sedang melanda negeri Perak?

Maka, pilihanraya kecil ini sepatutnya menjadi medan penghakiman terhadap segala tindakan Najib Tun Razak terhadap negeri berdaulat yang bernama Perak Darul Ridzuan. Rakyat Perak di Bukit Gantang telah menghakimi Najib Tun Razak dan mendapati Najib Tun Razak bersalah!!!.

Umno Bergantung Kepada Fitnah Semata-Mata

Seperti di Permatang Pauh, kita melihat bahawa UMNO telah bergantung kepada fitnah semata-mata dalam kempen ini. Sepanjang kempen Bkt Gantang, tiada isu yang dimainkan UMNO selain isu derhaka, hubungan PAS-DAP dan pemberian geran tanah 999 tahun.

Kita yang mendapat maklumat dari internet ini semua maklum bahawa ketiga-tiga isu ini adalah fitnah semata-mata. Misalnya, isu hubungan dgn DAP, PAS tidak pernah mengorbankan prinsip sepanjang menjalin hubungan dengan DAP. Saya nak tanya puak-puak UMNO sekelian, sewaktu demonstrasi memprotes Forum Murtad BAR Council tempohari, mengapa demonstran yang datang tersebut 80% dari PAS? Di manakah kamu wahai ahli/pendokong UMNO sekelian sewaktu demonstrasi tersebut?

Dalam isu hudud, PAS jelas mempertahankan dasar PAS menegakkan syariat Islam bagi orang Islam di Malaysia secara total, manakala UMNO melalui lidah Ketua Pemuda mereka, saudara Khairy Jamaluddin, secara terbuka menolak Undang-Undang Syariah Islam kerana mengikuti pendirian yang
mengikuti pendirian yang diambil oleh Barisan Nasional.

Dengan kata lain, seluruh masej UMNO di Bukit Gantang adalah fitnah semata-mata. Tidak ada bukti dan tidak ada asas langsung di atas tuduhan mereka.

Ini kerana UMNO masih lagi berfikir yang orang-orang Melayu masih bodoh dan tidak mampu berfikir serta mudah diperkotak-katik kan. Malang seribu kali malang, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Orang melayu sudah mulai pandai dan sudah mulai menilai antara intan dan kaca.

UMNO Bernasib Baik PAS Mengambil Sikap Bertahan

Sebenarnya UMNO bernasib baik kerana bersikap ”bertahan” sepanjang kempen Bkt Gantang ini. Jikalau sayalah yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut saya akan menjawab tuduhan UMNO dengan serangan juga.

Misalnya, UMNO menuduh PAS mengamalkan”Islam-DAP”. Saya akan jawab UMNO pula mengamalkan ”Islam Tokeh Judi”. Bukankah Najib Tun Razak di bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan 10 lesen judi yang baru?(Boleh baca laporan Business Times Singapore
di sini ..

Ertinya, sekiranya hina sangat PAS kerana menjalin hubungan dengan DAP, bagaimana dengan UMNO yang tidur sebantal dengan tokeh2 judi di Malaysia? Mana lebih hina, DAP atau tokeh judi?

Saya yakin sekiranya PAS mengambil sikap menyerang dan tidak bertahan, pos UMNO akan kosong dua-tiga hari sebelum pilihanraya seperti di Kuala Terengganu.

Nizar Adalah Pemimpin Mutlak Negeri Berdaulat Bernama Perak Darul Ridzuan

Keputusan Bukit Gantang ini mengesahkan bahawa YB Nizar Jamaluddin adalah pemimpin mutlak yang sah kepada negeri berdaulat Perak Darul Ridzuan.

Bukit Gantang bukan kawasan beliau. Beliau tidak pun berdaftar untuk mengundi di Bukit Gantang. Lawan beliau, Ismail Saffian, adalah anak jati kelahiran Bukit Gantang dan beliau mengundi di Bukit Gantang.

Secara logiknya, sepatutnya YB Nizar ditolak oleh pengundi Bukit Gantang kerana beliau bukan orang asal Bukit Gantang. Tetapi, oleh kerana YB Nizar adalah pemimpin tulin Perak, dan Perak itu termasuklah juga Bukit Gantang, maka YB Nizar telah mendapat kepercayaan tulin dari rakyat Bukit Gantang berbanding anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Faktor anak jati ini juga yang telah menyebabkan undi Melayu kepada BN naik sedikit berbanding 2008. Kaum keluarga, jiran tetangga, kenalan, sahabat taulan Ismail Saffian yang duduk di Bukit Gantang tentulah akan mengundi beliau.

Penutup

Keputusan Bukit Gantang bererti PAS sudah menjadi Parti yang di tengah. UMNO pula telah menjadi parti hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

PAS mesti mencari jalan untuk meningkatkan sokongan pengundi Melayu seluruh Perak di samping harus belajar bagaimana untuk menumpulkan fitnah UMNO/BN.

PAS Perak mesti berhenti dari bersikap ”bertahan” di atas segenap fitnah dan mehnah yang diungkapkan oleh UMNO. Mulai sekarang PAS Perak harus menyerang dan terus menyerang UMNO/BN.

UMNO telah kehabisan modal. Barisan kepimpinan baru mereka tidak sedikit pun menarik perhatian rakyat jelata. Kemasukan Dr. Mahathir Muhd. Iskandar Kutty bakal menjauhkan orang Melayu kepada UMNO lagi. Bukankah sebab itu yang telah menyebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dahulu, yakni memenangi kembali sokongan orang Melayu yang telah hilang angkara pemfitnahan ke atas Anwar Ibrahim?

Ini peluang keemasan PAS dan PR untuk menjadi pemimpin kepada Malaysia dan merampas tampuk pemerintahan Malaysia.

Tulang Besi

AYAT-AYAT POPULAR PENYOKONG BN / UMNO SEMASA KEMPEN DI BUKIT GANTANG


Ayat - Ayat popular budak2 UMNO / BN gunakan semasa berkempen PRK Bukit Gantang. Ini yang berlaku kat tempat aku, tempat lain aku tak tahu pulak coz aku stay kat situ (pusat pengundian di Tebok) dari pagi sampai ke petang. Cuma time solat je aku xde kat situ..

- Nizar MB Haram
- PAS, Parti Ajaran Sesat
- Kafir Laknat
- Anjing DAP
- Bodoh
- Bangang
- Memang kami makan rasuah, tapi kami tak ganggu orang
- kaki punggung
- janggut macam kambing
- Karpal dan Lim Kit Siang kurang ajar
- Pakatan Penderhaka
- banyak lagi dan tak dapat aku nak nyatakan disini. Cuma tunggu video yang dalam proses aku bikin untuk tatapan semua..

Aku tak dapat nak rakamkan semua kutukan, hinaan dan cacian...Cuma diakhirat kelak ia akan menjadi bukti bahawa inilah yang kami terima semasa mempertahankan Islam daripada sentiasa dipermainkan..tapi yang pasti mereka bengang sangat dengan kami coz sikap kami yang masih berselawat, berzikir, serta melaungkan takbir mengambil langkah tidak membalas cercaan mereka, sehinggakan salah seorang dari mereka berkata "kau ni makhluk spesis apa sebenornya ?? aku kutuk, hina, caci, maki kau tetapi kau tetap senyum dan ketawa...Hairan sungguh aku". Kami semua tak kata apa, cuma harap mereka mampu berfikir, tambahan dalam saat nak meraih undi aku rasakan memang tidak sesuai hendak berhujah dengan mereka dan langkah yang terbaik ialah dengan memberi psiko kepada mereka...

p/s : Video dalam proses..maybe 2 - 3 hari siapla tu.....

SIAPA CALON UMNO SEBENAR BN DI BUKIT GANTANG, ISMAIL SAPIAN @ ZAMBRY MAMAK ?

Aku berada 4 hari di Bukit Gantang dan bertugas di Kuala Trong (DUN Trong). Hari pertama bertugas Aku rasa biasa melalui kempen2 yang di jalankan oleh petugas2 BN. Tetapi bila masuk hari ke 2 Aku lihat poster Zambry Mamak yang juga MB Haram lebih banyak digantung berbanding dengan poster calon. Bukan itu saja, kain rentang gergasi serta bunting lebih banyak memaparkan gambar si Zambry daripada gambar si Mail dan situasi ini mengambarkan seolah-olah rakyat Bukit Gantang masih belum mengenali MB Haram dari BN dan si Zambry seperti gila meroyan kerana hasrat nak bertanding dengan Nizar tidak kesampaian kerana bimbang kesan yang bakal dihadapi jika beliau tewas...

Cukup2lah tu Zambry, dah terbukti rakyat sudah semakin meluat dengan gelagat BN dan UMNO...Insya-Allah moga Dun Perak akan dibubarkan dalam bulan 5 dan PRK Dun Perak akan diadakan semula dan ini antara langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Negeri Perak....Kalau rakyat mahukan Pakatan Rakyat, mereka akan undi PR dan kalau rakyat tak sukakan BN, mereka akan beri undi pada Pakatan Rakyat...Jadi sama2 tunggu...Yang pasti, si Zambry Mamak semakin kepanasan punggung...

PRK BUKIT GANTANG : KEMPEN KURANG AJAR BN


Ini antara kain rentang yang menunjukkan bebiadapan BN dalam kempen di PRK Bukit Gantang. Gambar ni aku ambil di area yang kuat BN ( di Kampung Che Rahmat Dun Trong ). Time tu aku dan 3 orang rakan ditugaskan menjaga keselamatan muslimat semasa berkempen dari rumah ke rumah. Turut serta team Keadilan dari Selangor

p/s : Nampak sangat UMNO dan BN sudah kentandusan idea untuk berkempen. Jadi bagi mencari publisiti murahan, kain rentang sebegini dinaikkan

PRK BUKIT GANTANG : JIKA KETUA SUDAH SAMSENG, ANAK BUAH PUN SAMSENGLAH JUGA

Inilah bukti yang dapat saya tunjukkan bahawa sememangnya parti yang tidak bermoral. Disini saya sertakan 3 keping gambar untuk menunjukkan bukti bahawa UMNO sememangnya parti yang tidak berakhlak. Gambar ini dirakam berdekatan dengan pusat pengundian Tebuk di UPU Trong. Untuk makluman, mereka ini semua datang dari Negeri Sembilan. Jadi tak hairan bagi saya jika mereka semua bersikap sedemikian rupa kerana ketua mereka, Khairy Jamaludin merupakan Ketua samseng yang diangkat menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

brader ini memang suka tunjuk punggung, aku naik geram aku terus shoot sekali...jangan mara bro..
makcik berdua antara yang lantang bersuara..sampai siap keluar cerita2 Islam....alahai makcik, sian kami melihat kamu jadi macam ni.
brader yang berkaca mata memang anti dengan aku pasal aku ambik gambar dan buat rakaman depa...he he...gambar diatas dia tunjukkan jari hantu dia sama ada bengkok atau tidak..

Bagaimana agaknya UMNO hendak memimpin masyarakat sedangkan ahli mereka sendiri gagal dipupuk dengan nilai-nilai murni. Terima kasih kepada polis yang menjaga keselamatan dengan baiknya. Mereka memuji dengan sikap penyokong PAS yang berkempen secara berhemah dan beradab tanpa termakan dengan provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO. Kesannya, nanti saya sambung kembali...

BERTEMU KEMBALI


Alhamdulillah, saya dan sahabat selamat sampai Melaka pada jam 8.30 pagi. Maaf kerana tidak mengemaskini blog ini selama 4 hari. Insya-Allah bagi saya rehat & petang saya akan update. Nak tengok gambar samseng2 UMNO insya-Allah saya akan paparkan. Sebagai maklumat awal, saya bersama team Melaka bertugas di Trong dan musuh tradisi yang berkempen ditempat tersebut merupakan samseng2 pemuda UMNO yang dibawakan khas dari N.9..Tunggu lanjutan informasi selanjutnya...