Selasa, 10 Februari 2009

3 CARA NAK GUGURKAN SAYA DARI MB PERAK : NIZAR - Malaysiakini

Oleh : Manjanik

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang. ..

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah Lucut Jawatan Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu letak jawatan atau lucut jawatan saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa lucut jawatan saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO
Saya Nak Saman Sultan,
Saya Arahkan Rakyat Memberontak
dan Saya Menjerit Di Pejabat.

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya menjerit ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak, Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

KERAJAAN MALAYSIA HARUS MALU DENGAN SINGAPURA - Malaysiakini

Bukan hendak saya membenci tanah air sendiri tetapi inilah realiti yang perlu kita kikis dari awal. Siapa sebenarnya pencetus berlaku huru hara kalau bukan mangkuk hayun dari Barisan Nasional yang lakukan. Siapa yang mencabar hak demokrasi di negara ini jika bukan mangkuk hayun dari Barisan Nasional. Jadi tak salah jika stesen TV dari Singapura menyatakan perkara yang sebenar berlaku di Perak. Hendak harapkan RTM dan TV3 suku, jauh daripada sasaran berita yang dikeluarkan. Yang peliknya, bilamasa Malaysia menjalankan demokrasi secara adil ???

Lihat sahajalah dalam himpunan Bersih yang diadakan pada 3 November 2007. Rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang adil dilaksanakan pada PRU tetapi apa yang mereka terima adalah semburan gas pemedih mata, air kimia serta belasahan dari kaki pukul yang didatangkan khas dari FRU. Jangan lupa akan si mamak maidin semasa menjadi Menteri Penerangan, berpeluh beliau menjawab persoalan dari pemberita Al-Jazeera berikutan kes himpunan Bersih. Inikah demokrasi yang diamalkan pemimpin Barisan Nasional Malaysia ??? Hanya mereka yang bersikap hipokrit sahaja yang sanggup menjadi Pak turut..

Oleh itu, carilah maklumat yang sahih...Jika ada yang membeli akhbar pro kerajaan, cukuplah sekadar membaca jenaka yang ditulis di akhbar berkenaan dan selepas itu jadikan ia sebagai pembungkus nasi lemak...Bagi saya, membaca boleh tetapi percaya jangan....

JAHATNYA PIMPINAN BARISAN NASIONAL - Malaysiakini

Selepas isu pembabitan 3 adun katak di Perak kini Najib bersama sekutu Barisan Nasional cuba melebarkan sayapnya di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman dan sasarannya kini kepada Adun Bukit Selambau dimana penjawatnya ialah V.Arumugam yang juga merupakan salah seorang exco kerajaan negeri.

Pelbagai tekanan yang diberi kepada beliau sehinggakan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai exco serta adun. Klik disini untuk membacanya. Saya tidak hairan yang sekutu Najib sanggup melakukan perkara sedemikian rupa kerana sejarah-sejarah yang lepas sudah membuktikan bahawa pimpinan BN antara pemimpin yang kurang ajar dan tiada adab.

Tahniah saya ucapkan kepada V.Arumugam diatas keberanian yang ditunjukkan dan ini sedikit sebanyak telah menunjukkan satu contoh yang terbaik kepada 3 adun katak di Perak yang sanggup menjual maruah demi hanya untuk meraih keuntungan daripada membela hak rakyat. Moga PRK yang bakal diadakan di Dun Bukit Selambau dapat memberikan satu isyarat bahawa Pakatan Rakyat akan berkuasa pada PRU 13. Ini bukan angan-angan kosong tetapi angan-angan yang bakal menjadikan ia satu realiti..Kita nantikan bersama..Insya-Allah

Isnin, 9 Februari 2009

AL-FATIHAH : MP BUKIT GANTANG (PAS) MENINGGAL DUNIA - Malaysiakini

IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

CERAMAH YB SALAHUDIN AYUB DI SEMPANG

Sebagai membayar hutang, kerana gagal merasmikan Markas PAS Kampung Sempang, yang juga dikenali sebagai Balai Islam Baitul Hikmah, Maka YB Salahuddin akan lagi sekali datang untuk merasmikannya.

Masa: 10 Februari 2009, 9 malam

Tempat:


Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang)
Jalan Haji Jamaat
Kampung Sempang
Merlimau
Melaka

Penceramah:
  • YB Salahuddin , MP Kubang Kerian,Ketua Pemuda PAS Pusat.
  • Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka.
silembiks : takde sembelih kambing lagi ker ???

PEMIMPIN DAN AHLI UMNO BERSEDIA DITAHAN ISA - Malaysiakini


Menghina Sultan patut dikenakan tindakan ISA...Itulah antara perenggan utama yang saya baca di dalam sebuah akhbar milik "KERA'jaan. Sudah menjadi adat dan kelaziman bagi media penjilat setia najis UMNO dan Barisan Nasional mengeluarkan berita sedemikian rupa. Jika isu menghina sultan sudah diperakui oleh mereka dan wajar dikenakan tindakan ISA maka buktikanlah dengan menangkap pemimpin dan penyokong-penyokong Barisan Najis yang menghina Sultan. Jangan cakap tak serupa bikin. Oleh itu segeralah laksanakan tugas menangkap mereka ini......

JANGAN LUPA YANG UMNO SEBENARNYA PENDERHAKA SULTAN - Malaysiakini


Soal derhaka kepada sultan saya rasa lebih baik pembaca sekalian mengimbas kembali kes tersebut selepas PRU 12. Jika Datuk Seri Mohammad Nizar dikatakan penderhaka tetapi lupakah kamu yang UMNO lebih sejuta kali menderhaka. Perkataan 'natang' menjadi simbolik menunjukkan betapa hinanya Agong oleh puak-puak UMNO di Terengganu semasa isu perebutan jawatan MB antara Idris Jusoh dan Ahmad Said. Jad

Jika Nizar dianggap penderhaka oleh 'pencacai UMNO' tetapi bagi saya Nizar umpama pahlawan yang mempertahankan hak yang diputuskan oleh rakyat. Jangan kita lupa kebiadaban yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO terutama si Najib yang sanggup merogol hak demokrasi di negara ini dengan 'membeli' 3 adun PR. Itu yang terkini, belum lagi dibongkar jenayah yang dilakukan oleh mereka pada masa-masa yang lepas.

Oleh itu, kepada pembaca-pembaca sekalian. Kes di Perak merupakan antara jenayah yang terbesar dilakukan oleh UMNO di abad ini. Mereka mencabul hak demokrasi, memperalatkan sultan, memperkudakan SPR serta menipu rakyat. Hanya bagi mereka yang cerdik dan terbuka mindanya sahaja memahami apa yang berlaku di Perak jika tidak mereka antara mangsa yang sentiasa diperalatkan dengan permainan kotor dan keji UMNO serta Barisan Najis !!!