Isnin, 19 Januari 2009

MANGSA PERTAMA PLKN UNTUK TAHUN INI - Malaysiakini

Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.

Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem.

"Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah anaknya, Ahmad Al-Hashyiemi, 17, yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas terjatuh ke dalam longkang di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama Perak, 1 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir.

Bagaimanapun, dia sempat diselamatkan oleh seorang jurulatih kem yang kebetulan berada di tempat kejadian tetapi pengurusan tidak memaklumkan kepada keluarganya.

Md Hussin berkata, anaknya itu tidak mengalami sebarang perubahan sejak dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kelmarin.

Katanya, doktor memberitahu keadaannya tenat dan bergantung kepada alat bantuan penafasan sepenuhnya kerana sukar bernafas.

Katanya, beliau tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap PLKN sebaliknya ingin menumpukan kepada anak keduanya itu yang kritikal.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenar nya sudah tiba masa nya kerajaan BN menghentikan sahaja progrem ini. Tidak banyak mendatangkan faedah malahan membahayakan pelatih ini yang meresahkan ibu bapa.
Bubarkan sahaja progrem ini kerana terlalu banyak pembaziran wang rakyat yang dirompak olih kroni untuk cepat jadi kaya.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju dengan komen Tanpa Nama dan memohon supaya program yang tidak berfaedah ini dimansuhkan.
Duit Rakyat dapat dijimatkan untuk menolong yang miskin di Malaysia dan tidak disalurkan ke poket yang berkenaan dan kroni kroninya.

tuahyong......

saji berkata...

Saya sangsi dan bimbang pembinaan kompleks PLKN di dalam atau dekat hutan atau penggunaan kompleks yang disediakan oleh pihak ketiga atau operator di dalam hutan tidak mempunyi sijil layak memduduki atau CF, kerana CF menekankan ciri keselamatan pengguna, yang antara lain, meliputi pembinaan longkang dalam atau bahaya kepada pengguna yang tidak dilengkapi dengan penutup longkag atau adangan.