Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.
“Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan
Saya kurang yakin dengan kenyataan ini. Sejauh mana ketelusan Subramaniam menangani masalah ini. Seperti yang berlaku di Melaka, walaupun kilang tidak menamatkan operasi tetapi diatas beberapa sebab mengakibatkan sebuah kilang sudah berpindah ke Johor dan ia telah memberikan kemudaratan kepada pekerja-pekerja yang berusia 35 tahun ke atas ekoran terpaksa membatalkan hasrat untuk mengikuti syarikat yang berpindah ke Johor ekoran sudah berkeluarga, anak yang bersekolah serta sudah membeli rumah di Melaka. Mereka semua tidak sanggup berhutang sekali lagi untuk membeli rumah di Johor. Sehingga sekarang ada diantara mereka masih belum lagi mendapat peluang pekerjaan kerana faktor usia yang sudah lanjut. Kerajaan Negeri Melaka, hmmm jangan diharap..Ali Rustam hanya memandang kepada sektor pelancongan kerana sektor tersebut adalah salah satu usaha untuk memenuhkan kantung poket beliau....Malang sungguh jadi rakyat Melaka..Pangkah BN pun nasib tetap tidak terbela dan rakyat masih tetap menderita.....

1 ulasan:
Kenapa pula harus diberhentikan pekerja-pekerja tersebut?.Kilang atau premis di tutup/shutdown,adalah diatas kehendak dan kepentingan majikan,bukan pekerja.Tujuan aktiviti shutdown in adalah bagi menjalankan kerja-kerja penyengaraan dan sebagainya.Biasanya tidak semua pekerja diluluskan untuk bercuti sepanjang tempoh Shutdown, mereka yang terlibat dengan aktiviti ini tidak dibenarkan bercuti. Apabila siap dan dipenghujung tempoh tersebut, pekerja-pekerja yang dalam percutian harus kembali bekerja semula seperti biasa. Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya membuang perkerjanya, tampa sebab yang munasabah.Lebi-lebih lagi apabila penutupan kilang itu adalah sementara. Ianya tidak boleh di anggap sebagai "retrenchment exercise", yang mana pembuangan pekerja secara total, kerana redundency atau pun diatas sebab-sebab bankrupsi atau lain-lain sebab yang tidak dapat dielak.
Apa yang dikhuatirkan sekarang, majikan- majikan yang terlibat cuba melakukan penjimatan kos operasi dan pengeluaran dengan membebankan pekerja-pekerja. kemungkinan, setelah pekerja-pekerja ini di buang, majikan membuka semula operasi/kilang atau premis produksinya dengan pengambilan pekerja-pekerja baru. pekerja lama yang diretain hanya mereka yang ditahap pengurusan dan separa pengurusan yang tidak berapa kerat bilangannya. Ini adalah sejenis eksploitasi dan penindasan keatas pekerja,di peringkat bawahan.Ianya tidak patut dibiarkan berlaku, mengikut "whim and fancy" majikan atau wakil-wakil mereka.
Berdasarkan kepada norma-norma perhubungan perindustrian dan modal insan, Pekerja-pekerja berhak diberi keistimewaan dan pilihan sama ada mahu diberhentikan ataupun diberi cuti, keduanya harus merangkumi aspek-aspek pengajian dan pampasan serta jaminan untuk bekerja semula sebagai satu persetujuan melalui perjanjian secara kolektif yang resmi, bagi menjaga kepentingan para pekerja yang sering di perkotak katikkan oleh kaum kapitalis yang bergelar majikan.
Catat Ulasan