Jumaat, 3 April 2009

UMPAN PERTAMA NAJIB SELEPAS MENJADI PM...


Wajar kita bersyukur diatas penarikan semula pengantungan 2 akhbar PR serta pembebasan 13 tahanan ISA. Tapi anda semua ingat, itu hanyalah gula2 yang dimainkan oleh Najib selepas menjadi PM. Kita sama2 tunggu tindakan selanjutnya. Maybe dia ingat dengan cara ni masyarakat akan lupa kejahatan yang pernah beliau lakukan......Ingat Najib, PRK ini merupakan ujian pertama kau selaku PM. Nak lihat sokongan rakyat macam mana kita sama2 saksikan....kini sudah sampai masanya KERAjaan BN diajar oleh rakyat...!!

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1.

Dalam ucapan sulungnya selama lapan minit sebagai perdana menteri, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan tersebut dan membebaskan tahanan ISA.

Difahamkan, antara tahanan yang akan dibebaskan itu termasuk pemimpin Hindraf dan tahanan yang disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI).

Dalam ucapan itu juga Najib berkata, sudah tepat masanya mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya.

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.

Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac - tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

"Saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia' - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

UMNO POLITIKKAN KHUTBAH JUMAAT DIBUKIT GANTANG

Umno betui-betui haprak!! Hari tu...depa kata Nizar rampas mikrofon masjid. Tapi bila kita siarkan pengakuan imam yang bertugas yang menceritakan hal yang sebenar...Zamry ubah cakap. Tapi tak mengaku dia berbohong!! Orang macam ni hangpa nak pilih jadi wakil hangpa?

Awal pagi tadi...aku post satu suratkhabaq lama. Tu yang berlaku tahun 1996...maka adalah puak-puak yang menyalak mengatakan yang tu cerita basi.

Hari ni..aku post pulak yang terbaru..baru dapat semalam. hangpa tengok sendiri macam mana Umno berlindung disebalik Raja untuk menyalahgunakan mimbar Jumaat untuk berkempen pilihanraya. Sapa yang menyalahgunakan masjid? Hangpa tengok sendiri.Posted by matsamankati | 17:36 | |






Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)

Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.

Hari tu...Imam masjid Simpang pun dah meluat kat pemimpin Umno...sampai sanggup kedepan untuk bercakap perkara yang sebenar...walaupun dia tau, dia mungkin akan dikenakan tindakan macam Ramlang Porigi.

Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?

Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.

Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"

Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...

Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.


Muka depan.
Khutbah Jumaat.

Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Kesetiaan kepada raja dan negara.

7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009

Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan


Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...


Muka 2.


Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.


Muka 3.


Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.


Muka 4.


Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......

(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

AKU ambik di blog Politik Banjar

p/s : time nak pilihanraya barula puak2 UMNO ingat surau n ingat Islam...celaka punye orang.....sah, memang UMNO dah terdesak kat sana......tunggu nak pupus je....teori RAHMAN dah lengkap...pasni, PRU 13 hancur leburla UMENO

NIZAR MAHU ZAMBRY MAMAK BUKTIKAN KESAHIHANNYA SEBAGAI MB


Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung usaha mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

“Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan,” katanya.

“Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara,” balas Sulaiman.

“Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

“Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok),” kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

SAH, NAJIB JADI PM KE ENAM


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia berlangsung di Istana Negara, 10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

pak lah and najib raising the umno flag agm 2009 260309 02Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan.

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan.

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

UNDI PAS UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA

MAKLUMAN !!!!



Kemungkinan besar saya tidak akan dapat mengemaskini blog ini sehingga hari mengundi coz malam ni saya akan bertolak ke Bukit Gantang untuk membantu sahabat disana dan berkempen untuk Dato' Seri Ir Nizar. Doakan perjalanan kami semua agar selamat pergi dan pulang. Kepada rakan2 blogger Pakatan Rakyat @ yang pro PR, teruskan perjuangan kalian semua. Saya sentiasa memberikan sokongan kepada kalian dalam membongkar segala isu dan pembohngan yang dibawa oleh UMNO laknatullah.

Salam perjuangan untuk semua dan salam perjuangan juga kepada pejuang2 cyber PR

silembik's
dari blog ke Putrajaya

NIZAR SAH DIANIAYA, TOLAK ZAMBERY MAMAK & THE GANG

Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.

"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.

"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam. Image

Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya.