Selasa, 31 Mac 2009

BUKIT GANTANG - APA YANG HOT SANGAT ??

Salam pagi buat semua pelayar blog al-Banjari Online. Dari malam tadi sehingga pagi ni wak terima tak kurang 30 sms tanya, pasal wak tak update blog. Maafkan wak! Wak sibuk semalam sebenarnya, malam pulak hujan lebat, terkandas kat tempat wak buat liputan berita. Sampai umah pun dah hampir jam 1 pagi.

Terima kasih buat sahabat wak, ude kenang - sahabat dunia akhirat, sahabat dari zaman sekolah di SMDARY hingga sekarang (skrg-lecturer di universiti Petronas) kerana sudi menaja 'hidangan makan tengahari dan malam ' untuk semua bloggers di Bilik Media Utama. 10 hari yeop! Ribu-riban juga kos tu beb !

Hari ini wak tak sibuk sangat kot, takpa ! wak cuba curi masa untuk buat posting blog..yang sebenarnya banyak isu nak wak 'ledak'kan, nak di'bom'kan juga di'gempar'kan. Sabar yeop! Wak masih kekal dalam strategi 'peperangan' peringkat 3 lagi, namun masih dalam rangka serangan CIW..untuk tahap 2 dan 1, wak kena tunggu komander besar bagi arahan untuk all out..2-3 hari lagi meletop ler tu !

Wak nak sarapan dulu ! Salam Perjuangan dari wak khas dari Bukit Gantang ! Takbir !! Sambil tu layan kudapan mata pagi ni dulu bersama 'pelakon XXX' dan Mail Pian...

Calon BN, Ismail Saffian diiringi Dr. Chua Soi Lek
dan 3 pemimpin MCA bertemu pengundi di Pasar Simpang, Taiping - Utusan Malaysia Online

Mail Pian dan Soi Lek senyum lebar. 3 lagi pemimpin MCA (berdiri) yang mengiringi Mail Pian itu pun senyum penuh perasaan. Malangnya 3 pengundi tu tak senyum pun. Berbeza betul dengan cara pengundi sambut kunjungan DS Nizar. Di mana-mana kedai kopi yang dikunjungi oleh DS Nizar, kebanyakan pengundi bangun menyambut tangan yang dihulur. Siannn Mail Pian!

Kudapan Lepas wak sarapan (2)

Pagi ni wak berkudap sarapan dengan sorang SB (SB topi merah). Mentelah SB ni memang wak kenal, dan dia juga kenal wak. Dia pun tahu wak ni blogger. Wak tak boleh tahan bila kawan wak ni bilang, BN tak ada harapan nak menang di Bukit Gantang. Kebetulan dihari penamaan calon dia bertugas, dia nampak orang BN macam nak tak nak ajer datang, tak patut betul dia bilang, kalau ikut angka 100 ajer yg dtg dengan Pak Mail tu. Melampau tu wak cakap..dont drop his water face laa..wak cakap !


Di copy dari blog politikbajar

BUKIT SELAMBAU MENJADI SAKSI PEMBOHONGAN PERTAMA MUHYIDDIN SELEPAS MENJADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Lebih 50 tahun memerintah, tiada langsung sekelumit kesedaran yang wujud di dalam diri pemimpin UMNO. Di Bukit Selambau kononnya Barisan Nasional (BN) mengakui wujud kelemahan tertentu dalam parti itu sebelum ini sehingga gagal memberi tumpuan kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan akibatnya tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.

Apa yang keluar dari mulut Muhyiddin semua adalah bohong belaka. BN selama ini memang tiada kesedaran. Sekali lagi saya katakan, memang tiada kesedaran langsung !!! Ucapan yang keluar dari mulut Muhyiddin melambangkan bahawa Barisan Nasional semakin berada dalam situasi terdesak bahkan bukan setakat itu sahaja, mereka sanggup sponsor orang Melayu harbi untuk bertanding sebagai calon bebas bagi tujuan untuk memecahkan undi. Nampaknya situasi kali memang memihak kepada Pakatan Rakyat. Jelas masyarakat sudah jelek dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli BN yang hanya pandai meletakkan janji tetapi gagal dikotakan. Insya-Allah PR akan tetap menang di 2 Bukit dan 1 Batang. Kita sama-sama berdoa dan jelas keegoan BN semakin tercalar kali ini sehinggakan mereka terpaksa merayu agar berjaya meraih undi...Ha ha ....dah nak karam rupanya kamu semua.....


LAGI PEKERJA HILANG KERJA...JOM BANTU NIZAR DI BUKIT GANTANG

Masalah ekonomi global telah memberikan satu gelombang yang besar kepada rakyat di Malaysia khususnya bagi mereka yang bekerja di sektor industri perkilangan. 2 minggu lepas saya dimaklumkan oleh sahabat saya sebuah kilang yang belum sampai setahun bermastautin di Senai Johor sudah bangkrap dan semua pekerja diarahkan berhenti dengan serta merta.

Untuk berita terkini pula, Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan hari ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa daripada jumlah itu, sebanyak 12,674 rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu sahaja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Dalam kerajaan menyarankan agar khidmat pekerja asing dimansuhkan tetapi masih lagi ada majikan yang mengambil mereka. Sepatutnya dalam situasi yang melanda kerajaan bukan hanya membebel sebaliknya turun serta memantau masalah yang berlaku. Jika tidak masalah sebegini akan berterusan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat tempatan sendiri. Ini bukan soal mereka pilih pekerjaan tetapi dalam situasi sebegini mereka tetap akan menerima apa jua kerja asalkan ia tidak mencuri. Jadi pihak yang bertanggungjawab kena bekerja keras dalam menangani masalah ini dan sepatutnya sudah ada plan susulan apabila berdepan dengan situasi sebegini

Isnin, 30 Mac 2009

UMNO MENAJA CALON BEBAS DI BUKIT SELAMBAU

BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini.

Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto).

Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam. Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008).

Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi. Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata.

Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding.

Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain. Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.


Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid, bersama 12 calon bebas yang lain

[Krew kami sedang melakukan siasatan terperinci untuk lain-lain calon bebas di Bukit Selambau yang diyakini mendapat tajaan dari UMNO dan BN untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan itu 7 April ini. Jika benar dan terbukti puak-puak UMNO dan BN yang menaja mereka, maka ternyatalah kini yang mereka sudah terlalu takut dengan kemenangan yang bakal diraih oleh Pakatan Rakyat. Mereka tahu bahawa suara rakyat adalah suara keramat yang akan menjadi senjata untuk menjatuhkan air muka dan keegoaan pemimpin UMNO dan BN kini

dari Pahang Daily.

Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

MAINAN POLITIK BN SEBALIK 500 ORANG keADILAN KELUAR PARTI SEMASA PRK DI BUKIT SELAMBAU

Inilah kesannya jika belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurut sumber dari Bernama bahawa PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan. Berikut adalah sumber yang saya perolehi melalui seorang sahabat yang juga merupakan pemimpin tertinggi pada peringkat negeri dan kini bertugas di Bukit Selambau.

Cerita sebenar disebalik spekulasi bodoh dari BN

- B Kalaivanar merupakan manusia yang telah lama keluar PKR dan beliau antara manusia yang sanggup diperkudakan oleh BN dalam PRK kali ini

- Sudah menjadi lumrah dalam setiap kali PRK, mesti diumumkan ahli PKR @ mana-mana parti dari Pakatan Rakyat akan keluar menyertai BN. Untuk kali ini, pembaca sekalian semuanya sudah dikaburi bahawa yang keluar PKR hanyalah tidak lebih 15 orang bukannya 500 orang seperti yang digembar gemburkan oleh media pro KERAjaan. Nampaknya satu usaha kerajaan dalam memperkenalkan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik sudah menemui kegagalan akibat kebodohan melampau penyokong BN serta penulis dari akhbar pro KERAjaan dalam melaksanakan pengiraan.

Jadi, you all bole fikir sendiri. 2 perkara yang berjaya dikesan sudah membuktikan kegagalan BN dalam PRK di Bukit Selambau iaitu gagalnya penggunaan BI dalam Matematik dan yang kedua cerita lapuk parti BN yang sudah tidak berkesan walaupun media mereka kuasai...

UMNO TIPU RAKYAT, MANA NIZAR RAMPAS MASJID !!!

Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat
lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Punca isu : LINK

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..

PRK BUKIT GANTANG : BUKTI SAHIH UMNO DAN BN PENDOKONG PERJUANGAN YAHUDI


Gambar ini diambil di Bukit Gantang. Cuba lihat persamaan yang ada pada bendera Israel laknatullah. Apa yang terpapar dapat dilihat bentuk bintang 6 bucu yang sama dan terdapat di Bendera puak zionis Israel laknatullah. Terbukti yang UMNO dan BN selama ini merupakan sebuah parti yang mendokong serta menyanjungi perjuangan Yahudi di Israel. Hujah mereka dalam memperjuangkan Islam hanyalah retorik semata-mata....!!

P/S : Setiap UNDI anda kepada BN seolah-olah anda menyokong perjuangan Yahudi dan Israel dan membunuh rakyat Islam di Palestin