Isnin, 30 Mac 2009

UMNO MENAJA CALON BEBAS DI BUKIT SELAMBAU

BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini.

Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto).

Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam. Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008).

Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi. Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata.

Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding.

Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain. Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.


Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid, bersama 12 calon bebas yang lain

[Krew kami sedang melakukan siasatan terperinci untuk lain-lain calon bebas di Bukit Selambau yang diyakini mendapat tajaan dari UMNO dan BN untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan itu 7 April ini. Jika benar dan terbukti puak-puak UMNO dan BN yang menaja mereka, maka ternyatalah kini yang mereka sudah terlalu takut dengan kemenangan yang bakal diraih oleh Pakatan Rakyat. Mereka tahu bahawa suara rakyat adalah suara keramat yang akan menjadi senjata untuk menjatuhkan air muka dan keegoaan pemimpin UMNO dan BN kini

dari Pahang Daily.

Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

MAINAN POLITIK BN SEBALIK 500 ORANG keADILAN KELUAR PARTI SEMASA PRK DI BUKIT SELAMBAU

Inilah kesannya jika belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Menurut sumber dari Bernama bahawa PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan. Berikut adalah sumber yang saya perolehi melalui seorang sahabat yang juga merupakan pemimpin tertinggi pada peringkat negeri dan kini bertugas di Bukit Selambau.

Cerita sebenar disebalik spekulasi bodoh dari BN

- B Kalaivanar merupakan manusia yang telah lama keluar PKR dan beliau antara manusia yang sanggup diperkudakan oleh BN dalam PRK kali ini

- Sudah menjadi lumrah dalam setiap kali PRK, mesti diumumkan ahli PKR @ mana-mana parti dari Pakatan Rakyat akan keluar menyertai BN. Untuk kali ini, pembaca sekalian semuanya sudah dikaburi bahawa yang keluar PKR hanyalah tidak lebih 15 orang bukannya 500 orang seperti yang digembar gemburkan oleh media pro KERAjaan. Nampaknya satu usaha kerajaan dalam memperkenalkan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik sudah menemui kegagalan akibat kebodohan melampau penyokong BN serta penulis dari akhbar pro KERAjaan dalam melaksanakan pengiraan.

Jadi, you all bole fikir sendiri. 2 perkara yang berjaya dikesan sudah membuktikan kegagalan BN dalam PRK di Bukit Selambau iaitu gagalnya penggunaan BI dalam Matematik dan yang kedua cerita lapuk parti BN yang sudah tidak berkesan walaupun media mereka kuasai...

UMNO TIPU RAKYAT, MANA NIZAR RAMPAS MASJID !!!

Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat
lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Punca isu : LINK

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..

PRK BUKIT GANTANG : BUKTI SAHIH UMNO DAN BN PENDOKONG PERJUANGAN YAHUDI


Gambar ini diambil di Bukit Gantang. Cuba lihat persamaan yang ada pada bendera Israel laknatullah. Apa yang terpapar dapat dilihat bentuk bintang 6 bucu yang sama dan terdapat di Bendera puak zionis Israel laknatullah. Terbukti yang UMNO dan BN selama ini merupakan sebuah parti yang mendokong serta menyanjungi perjuangan Yahudi di Israel. Hujah mereka dalam memperjuangkan Islam hanyalah retorik semata-mata....!!

P/S : Setiap UNDI anda kepada BN seolah-olah anda menyokong perjuangan Yahudi dan Israel dan membunuh rakyat Islam di Palestin


PRK BUKIT SELAMBAU : BILA MASA BN MENJADI PARTI PEMBELA RAKYAT ??

Ketua Wanita UMNO Malaysia yang baru dilantik tidak sampai tempoh matang telah bersuara bahawa calon parti itu mewakili kerajaan mempunyai rekod cemerlang sepanjang memerintah negara ini sejak selepas merdeka lagi.

Lawak dipagi hari, jika kenyataan tersebut keluar dari pimpinan UMNO sejuta kali aku tidak akan mempercayainya. Persoalan yang ingin saya timbulkan disini, jika lebih 50 tahun memerintah sudah pasti masalah kemiskinan yang melanda masyarakat di Malaysia sudah hampir berjaya diatasi atau nasib bangsa Melayu serta bumiputera sudah terbela hingga kini. Jika hendak disembangkan isu pembangunan, ianya sudah menjadi tanggungjawab mana2 pemerintah untuk melaksanakannya jika sesebuah kerajaan mentadbir. Itu dari segi pembelaan rakyat dan bagaimana UMNO dan BN berusaha membanteras gejala keruntuhan akhlak dan murtad yang semakin serius melanda umat Islam dikala ini dan bagaimana UMNO dan BN mahu menghakis gejala rasuah yang sudah sebati dalam kehidupan mereka yang sudah lebih daripada 50 tahun ???

Jadi jawapannya mudah sahaja, UMNO dan BN sebenarnya bukan parti yang membela rakyat. Ucapan Shahrizat tadi hanyalah omong-omong kosong sahaja bahkan hakikatnya UMNO dan BN lah penindas kepada rakyat di Malaysia...Tak percaya ker?? Lu try cari maklumat selain dari Utusan, Berita Harian @ blog UMNO. Insya-Allah ada akan bertemu dengan jawapan yang dicari...

p/s : UMNO dan BN membantu rakyat bila time PRK sahaja...oleh itu jika anda mahukan segala kemudahan infrastruktur, banyakkanlah berdoa agar ramai lagi wakil rakyat BN yang meninggal dunia...

PRK BUKIT GANTANG : PAS MENANG PUSINGAN PERTAMA

Kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang rata-ratanya hadir dari pelbagai kaum telah menunjukkan kemenangan pertama Pakatan Rakyat dalam permulaan PRK kali ini. Penyokong UMNO dan BN semakin ditenggelami dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat. Aku rasa parti BN ni sudah kekurangan wang ringgit untuk support penyokong mereka dalam PRK kali ini coz duit yang ada sudah dihabiskan di dalam perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja selesai.

Yang paling best, dahla datang tak ramai...boleh bergaduh pulak tu..Apa nak jadi dengan budak2 BN di Perak....Hantar belajar tinggi-tinggi tapi akal masih tetap depa letak kat lutut....patutlah susah sangat nak 'sekolah'kan mereka ni.....Kalau kat Melaka dah lama mereka ni kena pijak..Apa ketidaknya, Ali Rustam yang dah terbukti 'kantoi' rasuah pun mereka masih berikan sokongan...Ni pasal takut 'projek' mereka lari la tu...

PRK BUKIT GANTANG : BUKTI BARISAN NASIONAL PARTI TIDAK BERMORAL

Inilah yang saya katakan sebagai UMNO dan BN semakin terdesak dalam memancing undi rakyat dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang. Gambar yang saya paparkan bahawa parti KERAjaan semakin ketandusan isu. Jika 20 tahun lepas masyarakat boleh diperbodohkan dengan karikatur bangang yang dihasilkan oleh pelukis yang bangang. Tapi kini zaman sudah berubah...Gambar diatas ini nampaknya bakal memberikan gambaran yang negatif kepada parti Barisan Nasional...ha ha ha, kejahilanmu makin terserlah dan hasilnya...UMNO dan BN bakal dikuburkan tidak lama lagi.......