Selasa, 17 Mac 2009

PRK BUKIT GANTANG : SIAPAKAH YANG MENYURUH 3 EJEN ALI RUSTAM MELAKUKAN RASUAH ??


Popular sungguh Ali Rustam pada hari ini. Bangga orang Melaka bila nama Ali Rustam acapkali disebut dikaca televisyen. Di internet pula, hampir semua blog memaparkan kisah si Ali Rustam. Hebat sungguh empunya nama Ali Rustam pada hari ini. Malangnya empunya nama si Ali Rustam ini popular bukan disebabkan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat sebaliknya kes rasuah yang membabitkan beliau sehingga menyebabkan dilarang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada hujung bulan Mac 2009.

Disebalik kes Ali Rustam, yang menjadi persoalan kenapa 3 egennya yang menjadi mangsa sehingga menyebabkan keahlian mereka digantung 3 tahun ?? 3 egen yang saya maksudkan ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama. Untuk pengetahuan semua, Ali Rustam merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil dan juga merangkap Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka. Maknanya 2 daripada 3 ejen tersebut merupakan anak buah Ali Rustam. Tetapi ini bukan persoalan yang hendak saya kemukakan sebaliknya pabila saya mendengar statement dari Najib di dalam Buletin Utama malam tadi, beliau dengan terang membela Ali Rustam dan menyalahkan penyokong yang terlalu fanatik kepada Ali Rustam sehingga menyebabkan beliau tidak dapat bertanding. Ini adalah satu statement yang begitu bodoh untuk didengar. Saya tidak menuduh Ali Rustam dalam hal ini tetapi saya percaya. 3 orang ejen tersebut menjadi mangsa dan telah diarah oleh mereka yang lebih berkuasa daripada mereka.

Persoalannya.....Siapa orang tersebut ?? Saya rasa pembaca sendiri boleh membuat penilaiannya..

PRK BUKIT GANTANG : ADUN BN SELANGOR SUKA MEMONTENG SIDANG DUN


Nampaknya Adun Pembangkang di Selangor semakin tidak beretika. Sidang Dun pun malas nak hadir. Perabihkan duit alaun saja...Klik disini untuk baca seterusnya..sepatutnya buat satu pindaan undang-undang kepada adun yang tidak beretika ini..Sebagai contoh, potong alaun mereka jika mereka ponteng dan tidak memberikan alasan yang kukuh atas sebab mereka tidak menghadiri sidang dun.... Khir Toyo pun sama. Macam manala manusia macam ini boleh diangkat sebagai pemimpin ???

Si Khir tu bukannya ada keje, yang dia tau cuma menulis kat blog..Entah hapa nak jadi pemimpin Barisan Nasional di Selangor......Memang patutpun mereka kalah dalam PRU 12...

PRK BUKIT GANTANG : TERBONGKAR JUA RAHSIA ALI RUSTAM

Kan Saya dah cakap, langit tidak semestinya cerah dan pasti hujan akan turun di tengahari. Ayat ini saya tujukan khas kepada Ketua Menteriku, Ali Rustam....Takziah kepada Ali Rustam. Bagi penyokong tegar UMNO mereka pasti meratap sedih dimana pemimpin mereka sayangi kini tidak boleh bertanding merebut jawatan Timb. Presiden UMNO hujung bulan ini dan bagi saya pula tahniah kepada jawatankuasa disiplin UMNO kerana usaha mereka untuk membongkar dan membuktikan kegiatan Ali Rustam yang selama ini bergelumang dengan najis rasuah sudah membuahkan hasil. Tapi yang tak bestnya, kenapa tidak pula digantung keahliannya walhal beliau sudah terbukti memang bersalah...

Saya tidak mahu berceloteh panjang disini cuma memberi peringkatan kepada rakan-rakan dari UMNO terutama yang berada di Melaka bahawasanya orang yang mereka sanjung selama ini merupakan salah seorang yang hidupnya bergelumang dengan 'taik' rasuah. Masih butakah orang Melaka dengan Ketua Menteri yang mereka ada sekarang ini..Diatas sikapnya yang tidak bermoral oleh itu alangkah wajar jika Ali Rustam melepaskan jawatannya selaku Ketua Menteri Melaka serta Adun di Bukit Baru. Jangan hanya pandai mengkritik Adun Bukit Lanjan berkenaan isu moral sahaja dan kini kamu yang harus buktikan siapa yang bermoral atau tidak...puihhhh

Lihatlah wahai rakyat Melaka sekalian...Jika pemimpin sebegini menjadi pemimpin sesebuah negara alamat semakin lingkuplah negara tersebut...Woi Orang Melaka, bila kau semua mahu sedar hah !!!

p/s : masih ada lagi yang perlu ditangkap..si Khir dan Khairy sepatutnya kena siasat sekali lagi tu...Untuk Ali Rustam, ini sebagai balasan kepada kamu kerana mengkhianati rakyat Melaka dengan melakukan kerja yang keji..Sepatutnya jawatankuasa disiplin UMNO kena maklumakan berapakah jumlah wang yang si Ali gunakan semasa kempen untuk melobi diri beliau bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO...

PRK BUKIT GANTANG : APA BEZANYA RASUAH DENGAN POLITIK WANG

Apa bezanya rasuah dan politik wang ?? Kenapa istilah rasuah tidak digunakan oleh penulis akhbar @ pembaca berita kepada ahli politik yang terbabit dengan kes tersebut ?? Rasa hairan semakin ketara apabila isu politik wang hanya digunakan kepada pemimpin atau YB...Jika dalam akhbar pengampu kerajaan tiada langsung istilah rasuah digunakan kepada pesalah dari BN mahupun UMNO..sebagai contoh yang terbaru lihat sahajalah kes si Ali Rustam yang dituduh atas masalah politik wang. Kan senang jika disebut rasuah, ini mesti kes nak perbodohkan orang kampung dan hendak menutup aib Ali Rustam atau mana-mana pihak yang terbabit.Baca disini

Macam kes Tan Sri Khalid, boleh pula disebut sebagai rasuah lembu. Alahai, sudahla tu pengampu-pengampu UMNO dan BN. Janganlah kamu memutar belitkan cerita. Cakap secara terus lagi mudah..Takde nak pening-peningkan kepala..Kalau dah terbukti mereka tu bersalah pasal kes rasuah, kamu beritahu mereka terlibat dengan rasuah...jangan dok pusing-pusing lagi....

p/s : Saya setuju dengan artikel Prof. Hamirdin kali ini...klik disini untuk membaca

PRK BUKIT GANTANG : HARI MALANG BUAT ALI RUSTAM

Dalam sibuk-sibuk berkempen satu tamparan hebat terpaksa diterima oleh Ali Rustam. Ini semua gara-gara isu politik wang yang beliau gunakan semasa berkempen untuk merebut bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Melalui sumber Utusan Meloyar berkata, Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Keputusan samada Ali Rustam digantung atau tidak akan diketahui hari ini. Jadi jika benar Ali Rustam terbabit dengan politik wang maka tindakan selanjut perlulah diambil dan mari kita sama-sama mendesak beliau wang siapa yang beliau gunakan semasa kempen beliau merebut jawatan timbalan presiden. Nak kata dia guna duit sendiri saya rasakan adalah sangat mustahil. Yang pasti Ali Rustam sekarang ni berada di dalam keadaan serba tak kena almaklumlah, jika beliau terbukti bersalah bukan sahaja xdapat bertanding merebut jawatan timbalan presiden UMNO bahkan kerusi Ketua Menteri Melaka pun bakal terlepas..seperti mana kes Isa Samad dahulu....

p/s : Mahu juga saya lihat respon dari Ketua Puteri UMNO Melaka, Puan Emy terhadap isu ini. Yang saya faham, Ali Rustam ni antara idola Ketua Puteri UMNO Melaka.

Ahad, 8 Mac 2009

ZAMBRY VS NIZAR : MENGAPA PPSMI WAJAR DIMANSUHKAN ??




Saya antara ratusan ribu yang terlibat dan menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam himpunan pemansuhan penggunaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) . Himpunan kali ini mengimbau kembali nostalgia perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu. Tambahan kefahaman, KERANDA 152 - simbol perjuangan bahasa yang dimulakan oleh arwah Usman Awang pada tahun 1967 dahulu.

Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu. Jadi kita sendiri dapat lihat siapa yang menguburkan Bahasa Melayu di Malaysia ini jika bukan UMNO dan Barisan Nasional. Dimanakah ahli dan pimpinan UMNO disaat kita semua bersusah payah berhimpun, berarak dihujahi dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata malah menjadi mangsa siraman air water canon oleh FRU yang tak ubah seperti boneka. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa yang dilaungkan oleh mereka selama ini ??

Saya teringat kata-kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Nik Safiah Abdul Karim menyampaikan ceramah beliau berhubung dengan Pengajaran-Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Dataran Hamas, Kompleks Pas Kawasan Jasin, Melaka. Walaupun terpaksa menahan kesejukan kerana hujan namun lebih 1000 orang yang hadir tidak berganjak mendengar kupasan yang cukup akademik, bersemangat lagi menarik daripada tokoh bahasa Melayu tersohor di rantau ini.

Disini saya nyatakan tiga sebab penting mengapa PPSMI ditentang. Saya terpaksa mengambil maklumat ini dari blog Cikgu Azrin kerana rakaman suara yang dilakukan melalui telefon bimbit saya tidak dapat didengari dengan jelas tambahan suasana hujan ketika itu membataskan kerja-kerja saya.

i. Dasar ini tidak adil.

Dasar ini tidak adil kerana menganaktirikan golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Orang yang menyokong dasar ini adalah mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka tidak peduli orang di luar bandar yang miskin, tidak mampu menghantar anak tuisyen, malah ada yang tidak tahu ada guru tuisyen yang boleh mengajar anak-anak mereka. Dasar ini hanya mengntungkan segolongan kecil orang di bandar manakala yang rugi adalah orang luar bandar. Di mana keadila? Mengapa kita mesti menyokong dasar yang tidak adil ini?

ii. Dasar ini tiada alasan kukuh untuk dilaksanakan.

Kajian Unesco menyatakan ilmu dasar seperi sains dan matematik lebih baik diajar dalam bahasa ibundanya. Hal ini lebih disedari oleh masyarakat Cina. Mereka menolak dasar ini dan tetap mengajar murid mereka dalam bahasa Cina. Kejayaan Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana semua negara itu mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Di Indonesi, tiga tahun pertama persekolahan, murid diajar dalam bahasa ibunda sama ada Jawa Sunda, Makasar dan sebagainya. Hanya tahun keempat, murid diajar bahasa Indonesia. Mengapa kita tidak belajar daripada kejayaan orang lain?

iii. Dasar ini tidak betul.

Ia terbit daripada kerisauan pemimpin yang anak-anak kita tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka tidak risau anak-anak tidak tahu berbahasa Arab atau membaca Al-Quran dan lain-lain lagi. Mereka nak bawa ilmu dari luar, berniaga dan seumpamanya. Anak-anak mereka dihantar belajar ke luar negara bertahun-tahun, apabila pulang ke tanah air menghadapi masalah bertutur bahasa Melayu. Tetapi mereka menyalahkan bahasa Melayu sebab anak-anak mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Mereka adalah seperti doktor yang tersalah memberi ubat untuk mengubati penyakit yang lain.

Kita perlu sedar bahawa bukan bahasa Inggeris sahaja bahasa antarabangsa malah bahasa-bahasa Arab, Sepanyol, Mandarin juga adalah bahasa antarabangsa.

Persoalan ahli-ahli bahasa ialah, mengapa hanya sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa Inggeris? Jika anak-anak belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu pun mereka tidak faham dan cemerlang, apatah lagi bahasa Inggeris.

Jika ingin tingkatkan bahasa Inggeris, baikilah apa sahaja kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Jangan usik bahasa Melayu. Guru-guru era pasca merdeka, khususnya yang belajar sains dan matematik dilatih dalam bahasa Melayu tetapi dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris. Adilkah mereka yang berkursus bahasa Inggeris tiga bulan dipaksa melaksanakan tugas sedemikian? Sebab itu, adalah sangat zalim memaksa guru-guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Anak-anak tidak mendapat ajaran yang sempurna kerana guru tidak terlatih dalam bahasa Inggeris. Amat zalim apabila anak-anak dipaksa bercakap dan menguasai konsep matematik dalam bahasa Inggeris yang mereka tidak faham. Mereka yang mempertahankan dasar ini berdosa kepada anak-anak, ibu bapa, guru serta bangsa Melayu keseluruhannya kerana ia adalah dasar yang salah.

Jadi kamu semua sudah faham mengapa kami semua mahu PPSMI dimansuhkan. Oleh itu demi kebaikan masa depan anak bangsa kami berusaha melawan agar Bahasa kita tidak dianaktirikan pada masa hadapan. Pimpinan sebuah Parti yang sebelum ini melaungkan mahu membela bangsa dengan menghunus keris kini tidak ubah menjadi manusia yang bacul di dalam dunia. Kamu semua sendiri sudah nampak siapa yang mengkhiati bahasa Melayu sebenarnya....

Sabtu, 7 Mac 2009

SEKITAR HIMPUNAN BANTAHAN PPSMI - 7 MAC 2009

Kak Piah & The gang bergambar bersama Ketua Penerangan Muslimat, Aiman Athirah
YB Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) Kelihatan bersemangat..


Apa yang agaknya dibualkan Ketua AMK Melaka, Saudara Hairiz dengan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek
Bedilan gas pemedih mata mula dilepaskan...acara pun bermula
bacaaan doa oleh Exco DPPP, Ustaz Riduan Md Nor sambil dibantu oleh saudara Kamarulzaman
Barisan kuda tunggangan UMNO....kesian aku tengok mereka ni
blogger sebol berarak dengan pakaian baju melayu...ingatkan nak p menikah di masjid negara...
semangat sahabat seorang ni....memang UMNO dan Barisan Nasional pelingkup Bahasa Melayu di Malaysia ini