Rabu, 18 Februari 2009

ALI RUSTAM SEPATUTNYA LIHAT JENAYAH YANG BELIAU LAKUKAN DI MELAKA - Malaysiakini

Sejak akhir-akhir ini, muka Ketua Menteri saya, Ali Rustam makin kerap keluar di dada akhbar dan kaca televisyen. Beliau juga kerap memberikan kenyataan media dan adakalanya kenyataan yang diberikan oleh beliau tak ubah seperti pemikiran budak sekolah rendah. Tapi apa boleh buat, dah nama Ketua Menteri...Apa jua perkara yang tak betul beliau ucapkan boleh menjadi betul belaka...Hebat sungguh bakal Timbalan Presiden UMNO dari Melaka..beruntung orang Bukit Baru kerana adanya Ali Rustam...

Kenyataan terkini beliau meminta YB Eli agar meletakkan jawatan sebagai Adun dan Exco berikutan kes gambar separuh bogel YB Eli yang disebarkan berleluasa dalam internet. Aduhai Ali Rustam, lebih baik kau nasihat dan perbetulkan diri dan pengikut kau terlebih dahulu. Sepatutnya kau dan kroni kau yang letak jawatan....Kenapa ???..lu baca kat sini.....Gejala rasuah yang berleluasa di Melaka, Kes kebajikan yang membabitkan OKU juga gaga dilaksanakan dengan sempurna, masalah babi yang tak setel-setel, hutang piutang kerajaan Negeri yang semakin bertimbun, masalah pengangguran yang semakin serius, Melaka Central diambil alih oleh MBMB (macam ada sesuatu tak kena je), keruntuhan akhlak yang semakin serius, peniaga Melayu semakin ditindas (lihat sahaja di Banda Hilir, banyak kedai dan premis orang Melayu di roboh), tak kira lagi kes nelayan yang semakin tidak terbela nasibnya serta ada yang hilang mata pencarian ekoran isu penambakan laut yang kau lakukan......banyak lagi wooooo nak masalah kau ni Ali Rustam....

Saya puji dengan pembangunan yang kamu laksanakan tetapi malangnya ia tidak selari dengan keperluan rakyat. Kamu lebih mementingkan nama daripada melaksanakan tanggungjawab kamu sebagai pemimpin...Malang untuk diri saya dan masyarakat semua kerana memiliki Ketua Menteri Melaka sebegini..Jadi jangan nak pandai-pandai nasihatkan orang lain.....Sepatutnya kau harus berasa malu diatas apa yang berlaku kat Melaka jadi lebih baik kau dan kroni kau letak sahaja jawatan yang ada.....

KES YB ELI, ANTARA YANG PERLU KITA FIKIRKAN - Malaysiakini


Bukan saya mahu mencari publisiti, tetapi selepas melihat 2 keping gambar YB Eli timbul persoalan di dalam kotak fikiran saya. Antaranya :-

- YB Eli tido dalam keadaan lengkap berbaju..cuma kainnya je terselak
- Beliau tido dengan memakai spek mata. Takde nampak 'stim' pun seperti video Chua Soi Lek....Saya adakalanya tido dengan menggunakan spek mata..itupun kalau dah penat yang tidak terkata....
- Kenapa pulak timbul kontroversi sebegini pada masa sekarang. Dulu time YB Eli jadi atlet untuk mewakili Malaysia dalam sukan renang takde pula puak-puak UMNO tiga suku nak melawan...Kalau nak kira, atlet kita yang di kolam renang dan gelanggang gimnastik / gimrama lagi tidak bermoral...siap masuk TV dengan paper..takde pulak mangkuk hayun ni bising
- Lastly, sejak bila istilah bogel digunakan kepada mereka yang berpakaian ???? Pelik juga...Memang ada juga dimaksudkan didalam Islam bagi mereka yang berbogel ketika mengenakan pakaian tetapi ia dimaksudkan yang mereka tersebut memakai pakaian yang ketat @ baju nampak badan....Tapi dalam kes si YB Eli ni berbeza...dia pakai macam tu pun dalam rumah...bukannya kat luar....ntah hapa2lah mereka ni

Ni semua agenda dan konspirasi politik jahat UMNO..Khir Toyo dan Ali Rustam
sama je poyo....terus je nak arahkan kawan tu letak jawatan..Dasar muka tembok setebal lapan kaki..dia punya kes rasuah bertimbun tak mahu mengaku...haprak punya orang..mereka sanggup menggunakan wanita sebagai alat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu ni hampir sama seperti kes di Perak dan juga bekas adun Bukit Selambau..Jadi kesimpulannya..lu pikirla sendiri.....tak kuasa saya nak ulas panjang-panjang

HATI-HATI, KITA SEMUA SEDANG DIPANTAU - Malaysiakini

Awas !!!! anda kini dipantau...sila pastikan anda menggunakan pampers untuk mengelakkan gambar anda diambil oleh skuad UMNO bagi disebarkan di dalam media

Selasa, 17 Februari 2009

APA KATA TERSIAR PULA FOTO KHIR TOYO BOGEL DI RUMAH? - Malaysiakini

Oleh : Wan Fauzdin

Mantan MB Selangor, Khir Toyo kini semakin terdesak untuk melepaskan dirinya dari di`telanjangi' oleh pimpinan PKR khususnya di Selangor. Beliau sanggup merendahkan kredibiliti beliau selaku bekas MB Selangor dengan membuat dakwaan kononnya Adun PKR YB Eli mempunyai nilai moral yang sama dengan seorang pemimpin MCA yang aksi ranjangnya dirakam melalui CCTV. Kita dimaklumkan bahawa apa yang terjadi kepada YB Eli adalah jauh berbeza daripada apa yang terlihat pada CCTV kisah Chua Soi Lek itu. Kes YB Eli kini masih dalam siasatan bagi mengenalpasti siapakah dalang dan apakah tujuan perbuatan khianat tersebut dilakukan. Sekiranya terdapat pula kes selepas ini di mana foto Khir Toyo berbogel di dalam bilik tidor ataupun di dalam bilik mandi diedarkan menerusi internet, kita juga percaya Polis tetap akan menyiasat bukan kerana kesalahan Khir Toyo berbogel tetapi kerana khianatnya mereka yang mencuri dan mengedar foto tersebut tanpa keizinan Khir Toyo.

Apa yang menghantui pemikiran Khir Toyo adalah bagaimana beliau ingin menghalang perhatian rakyat Selangor khususnya dari mengetahui berpuluh-puluh kes terhadapnya sepanjang beliau menjadi MB Selangor dahulu. Di dalam ceramah Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, YB Azmin Ali berjanji akan `menelanjangkan' Khir Toyo di Selangor agar rakyat Selangor benar-benar kenal insan yang pernah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan Selangor suatu ketika dahulu. Khir Toyo juga merasa tertekan dengan berbagai kesalahan yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi MB Selangor dan semuanya itu kini berada di dalam poket MB Selangor sekarang. Isu wang tabung Balkis masih belum terlerai di mana isu ini membabitkan isteri beliau pula. Memang wajar Khir Toyo merasa amat tertekan, malu dan hilang moralnya bukan sahaja sebagai orang Islam, tetapi sebagai prang Melayu.

Khir Toyo gagal dalam beberapa isu seperti isu ladang ternakan babi moden, isu menghalang Azan di Masjid, isu kereta mewah MB Selangor, isu pembelian kereta Camry oleh Kerajaan Selangor, isu lembu korban dan beberapa isu lain yang mana setiap isu menjadikan akal dan fikiran Khir Toyo dilihat oleh rakyat sama seperti `otak lembu' yang dikorbankan itu juga. Apa yang paling ketara, setiap kali Khir Toyo mencipta beberapa isu, nescaya ianya akan terpalit kepada kepalanya yang beruban itu. Kini, isu foto separuh bogel YB Eli yang dirakam secara curi di rumahnya pula mahu digunakannya untuk melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu itu pula cuba dipadankan dengan isu yang berlaku ke atas Chua Soi Lek, dan ini menampakkan pemikiran yang menggunakan `otak lembu' seperti yang dikatakan tadi.

Kita memang sedia maklum, Khir Toyo turut merasa tertekan untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana yang lebih terserlah kini adalah antara KJ dan Mukhriz. Oleh itu, tidak menghairankan jika Khir Toyo akan mengutip apa jua sampah di tepi-tepi jalan untuk dibuat bekalannya semasa bertanding nanti. Itulah juga yang pernah dilakukan oleh Mantan Ketua AMK `Raja Sesumpah' apabila hasad dan dengkinya tidak pernah pudar terhadap DS Anwar. Tetapi, ternyata semuanya memakan diri kerana manusia yang tidak berprinsip dan bermoral tidak diterima oleh rakyat. Kita percaya dan yakin, sekiranya YB Eli meletakkan jawatannya sekalipun dan diadakan Pilihanraya Kecil di Selangor, UMNO/BN usah bermimpi untuk merampas kerusi tersebut. Secara peribadi, untuk menegakkan kebenaran dan untuk menunjukkan bahawa YB Eli menjadi mangsa khianat, adalah lebih baik YB Eli tidak meletakkan jawatan beliau. Beliau bukan sahaja disokong oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan yang paling menyakitkan hati Khir Toyo adalah YB Eli turut disokong oleh Ketua Wanita MCA. Ketua Wanita MCA nampaknya lebih berakal dari insan yang sedang `meroyan' untuk kembali menjadi MB Selangor ini.

Amat malang sekali jika Pemuda UMNO memiliki insan yang mempunyai akal sepanjang penyapu ini. Cukuplah seorang pegawai kerajaan Selangor yang telah memiliki sebatang penyapu dari Khir Toyo, jangan pula Pemuda UMNO mempunyai pemimpin yang sama taraf dengan penyapu yang akan sapu semua. Kepada YB Eli, tabahkan hati, kuatkan semangat kerana rakyat tahu anda seorang yang ikhlas berjuang untuk rakyat dan anda tidak memiliki kenderaan Mercedez mewah yang dirompak dari duit rakyat dan anda bukan pencuri tanah rakyat seperti tokoh penyapu itu.

sumber : Laman Marhaen

ALAHAI, SUKANYA ROSMAH BERLAGA PIPI - Malaysiakini

Jika isu tidak bermoral dibangkitkan oleh Khir Toyo, bagaimana pula dengan kes si Rosmah Mansor, bini kepada bakal PM Malaysia bulan Mac depan. Bukan main suka si Rosmah dapat laga pipi dengan Salman Khan....Parahnya pimpinan di Malaysia kini..Untuk kes YB Eli, kita tunggu sahaja keputusannya....

BAWA-BAWA BERSABAR YB ELI - Malaysiakini

Terkini...Adun Bukit Lanjan, YB Elezabrth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan. Beliau ekoran menjadi mangsa sebaran foto bogel beliau.

Beliau akan membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibupejabat PKR di Tropicana.

silembiks : Harap YB Eli tidak akan meletakkan jawatan. Ini semua adalah unsur khianat bagi mereka yang tidak bertanggungjawab...
.

KHIR TOYO CUBA JADI HERO - Malaysiakini


Tidak saya sangka, Calon yang bakal merebut Kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah antara manusia yang berotak udang. Dia tidak faham ke dengan kenyataan YB Elizabeth Wong atau pura-pura tak faham ?? Nak kata bodoh, ramai pula pemuda UMNO bahagian mencalonkan dia. Nak kata bangang pandai pula dia repair muka dia dari tua nampak muda. Tapi itulah Khir Toto, kaki putar alam. Sebijik macam Sha bery bery, Menteri Penerangan Malaysia. Itu belum lagi digandingkan dengan Uncle Sam. Makin huru hara jadinya.

Dalam isu yang membabitkan Adun Bukit Lanjan, saya bukannya hendak membela adun tersebut tetapi meminta agar pembaca sekalian berfikir. Adakah bersalah jika kita berbogel di dalam bilik sendiri ?? Tambahan pula, gambar beliau pun diambil dalam keadaan ketika beliau sedang tidur dan bukannya dalam keadaan tergedik-gedik. Jadi secara ringkasnya pembaca sekalian pun boleh membuat keputusan yang si Eli ni memang dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.

Jadi adalah wajar saya melafazkan yang si Khir Toyo ni memang bodoh !! Wajar saya mengungkap ayat sedemikian kerana beliau secara jelas menonjolkan kebodohan beliau dikhalayak ramai sampaikan keluar televisyen kenyataan dia. Saya sempat copy & paste sedutan ayat yang diungkap.

"bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir ".

Itu hanya sebahagian...Klik disini untuk membaca berita seterusnya...Sedih sekali saya dengan sikap Khir Toyo.. Dalam hal ini beliau tanpa berfikir panjang dan mengambil keputusan terus menghukum Eli agar beliau meletakkan jawatan. Kepada Khir Toyo, bawa-bawalah berfikir secara matang...Awak tu calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jangan disebabkan kebodohan yang sengaja anda paparkan menyebabkan anda gagal mendapat undi dari perwakilan. Elok awak bawa-bawa berfikir secara waras. Kepada Eli, jangan terpengaruh dengan agenda jahat BN. Saya percaya yang anda tidak bersalah. Jangan bimbang ramai yang memberi sokongan kepada anda. Laksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Mungkin ini antara ujian yang perlu anda lalui dalam dunia politik yang semakin mencabar....

silembiks : teringat akan kes Nasha Aziz dimana gambar bogel beliau dirakam dirumahnya. Sedikit lebih kurang sama dengan kes Eli. Kalau bawa mahkamah sure di Eli boleh menang...