Khamis, 19 Mac 2009

PRK BUKIT GANTANG : JOM PAKAT-PAKAT KITA TURUN HIMPUNAN AMAN


Himpunan Aman Sebagai Usaha Mendesak Ali Rustam Meletakkan Jawatan Sebagai Ketua Menteri Melaka dan Juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Baru

pada 20 Mac 2009, Hari Jumaat..
Dimana ??? - di Masjid MITC, Ayer Keroh Melaka
Jam berapa ?? Selepas solat Jumaat
Jemput semua anak, cucu, cicit, datuk, nenek, sepupu, sepapat atau seangkatan dengannya...Kami semua menolak kepimpinan rasuah Ali Rustam....

TURUN ALI RUSTAM !!!!!!

p/s : Sila bawa air, garam, spek mata welding, kain serta sarung tangan..mana tau tiba2 ada malaun tembak @ baling gas pemedih mata..sekurang-kurangnya ada gak persedian....

PRK BUKIT GANTANG : PENYOKONG UMNO MENIMBULKAN KEKACAUAN DI PERKARANGAN PEJABAT SPRM MELAKA

Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.

Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.

Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 03Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.

Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.

Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.

Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".

Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.

Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.

Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 01Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.

Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.

Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.

Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.

SUMBER : Malaysiakini

PRK BUKIT GANTANG : SEKITAR LAPORAN SPRM OLEH PEMUDA PAKATAN RAKYAT KE ATAS DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM - PART 2

Antara Pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Melaka yang hadir

Antara pimpinan Angkatan Muda Jasin yang hadir

Polis mengawal dan cuba menyuraikan himpunan penyokong UMNO

Sdr. Hairiz (Timb. AMK Melaka) & Ust. Kamaruddin (Ket. Pemuda PAS) sedang memberikan kenyataan media

Sdr. Shamsul Iskandar (Ket. AMK Malaysia) sedang memberikan kenyataan media

Sebaik sahaja laporan serta sidang media habis dibuat, para pimpinan dan penyokong beredar. Ketika ini kenderaan Sdr. Shamsul telah cuba dihalang dan dikerumuni oleh beberapa penyokong UMNO. Ada antara mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah. Kenderaan Sdr. Shamsul turut ditendang. Kejadian ini turut berlaku ke atas beberapa buah kenderaan pimpinan Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Selain itu, beberapa kenderaan turut diketuk dengan kayu bendera di bahagian cermin. Malah mereka turut menyimbahkan air mineral pada beberapa kenderaan tersebut. Kejadian tidak sempat kami rakamkan.

SUMBER : DARI SAHABAT AMK MELAKA

Rabu, 18 Mac 2009

PILIHANRAYA BUKIT GANTANG : SEKITAR LAPORAN SPRM OLEH PEMUDA PAKATAN RAKYAT KE ATAS DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM - PART 1

Pimpinan Pemuda PR bergerak menuju pejabat SPRM

Sdr. Hairiz Nordin (AMK Melaka) memberi butiran kepada wartawan

Penyokong UMNO mula berkumpul dengan membawa kain rentang dan poster menyokong kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam

Polis mengawal penyokong UMNO yang mula membuat provokasi

Kehadiran penyokong UMNO semakin ramai dan kedengaran pelbagai kata kesat dan provokasi dijeritkan kepada penyokong Pakatan Rakyat

sumbangan gambar dari Sahabat AMK Melaka

PRK BUKIT GANTANG : ALI RUSTAM DIBELA OLEH PENYOKONG TEGAR UMNO DI PEJABAT SPRM MELAKA

Pagi tadi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bersama Naib dan juga sahabat-sahabat dari AMK dan DAP tampil ke pejabat SPRM untuk menyerahkan laporan salah laku Ali Rustam. Saya difahamkan pengikut Ali Rustam pun ada turut serta di pejabat terbabit bagi membantah kehadiran pemuda Pakatan Rakyat yang menyerahkan laporan rasuah terhadap ketua mereka. Saya difahamkan anggaran mereka yang hadir ialah hampir 50 orang...

Balaci - balaci tersebut yang sudah semestinya datang dari UMNO. Mereka memaki hamun dan mencarut kepada sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat. Bodoh punya pengikut, dah ketua kau salah wajarlah mereka hantar laporan kepada SPRM..Apa, maksum sangatkah Ali Rustam sampai tak boleh hendak disoal siasat...???

p/s : gambar saya sedang usahakan....insya-Allah dalam masa terdekat akan diperolehi

PRK BUKIT GANTANG : UMNO MELAKA TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT


Apa nak jadi dengan penyokong dan pimpinan UMNO Melaka. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka yang mereka sanjungi antara pemimpin yang terlibat dengan najis rasuah bahkan bukan itu sahaja rata-rata seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Tak tahulah saya nak kata macam mana. Jika di Jepun mana-mana menteri terlibat dalam mana-mana gejala tidak bermoral lantas mereka meletakkan jawatan. Di Malaysia lihat sahaja contoh yang wajar diikuti oleh pemimpin UMNO iaitu kes YB Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Beliau cuma dianiaya dengan penyebaran gambar separa bogel tetapi rata-rata pemimpin UMNO dan BN ketika itu mengecam beliau dan mendesak beliau meletakkan jawatan. Antara yang tumpang semangkuk adalah Ali Rustam..Tetapi yang patut dipuji adalah sikapnya yang berani meletakkan jawatan sebagai exco dan Adun ekoran tersebarnya gambar tersebut walaupun keputusan tersebut belum lagi diputuskan oleh Tan Sri Khalid.

Berbalik kepada Ali Rustam, 2 contoh yang diberikan tadi sudah untuk saya mengambarkan bahawa Ali sememangnya manusia yang tidak gentelmen, bahkan tanpa mengenal erti malu beliau cuba membuat rayuan bagi memastikan dirinya layak bertanding untuk merebut kerusi no.2 tertinggi dalam UMNO. Walaupun sudah terbukti Ali Rustam sudah bersalah tetapi penjilat-penjilat najis Ali Rustam berusaha membela pemimpin mereka. Pelik sungguh rasanya saya dengan pimpinan UMNO, pemimpin yang sudah dilumuri dengan najis rasuah pun masih hendak disanjung.

Lupakah mereka bahawa rasuah merupakan amalan terkeji di dalam Islam. Jadi kenapa perlu kamu membela orang sedemikian sedangkan semasa beliau senang, beliau tidak mengenal erti kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Melaka. Apa yang berlaku kepada Ali Rustam merupakan satu balasan dari Allah dan bagi saya adalah wajar jika pemimpin UMNO dan BN dibogelkan kegiatan rasuah mereka...

Kepada penyokong dan pemimpin UMNO Melaka, butakah kamu semua dengan apa yang berlaku..?? Bagaimana kamu semua nak banteras rasuah sedangkan pemimpin kamu pun sama tidak berguna dan juga antara manusia yang terlibat dengan najis rasuah...Hoi orang UMNO Melaka, sedar-sedarlah yang UMNO sudah nak karam.pemimpin yang ada bukannya hendak membela bangsa dan rakyat sebaliknya hanya memenuhkan kantung poket mereka..bawa-bawalah sedar oiiiii!!!

p/s : Bila agaknya Ali Rustam nak umumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri dan Adun Bukit Baru ???? saya rasa mungkin tidak......Paling kuat pun UMNO akan membalas kenyataan dari geng pakatan rakyat dengan ayat " ini semua provokasi dari pmebangkang"...tak percaya, you all tunggu sahajalah..

PRK BUKIT GANTANG : TGNA SUDAH MILIKI BLOG, PAS MELAKA MASIH LAGI TIDUR

Malang sungguh pimpinan PAS Melaka kerana tidak memikirkan akan kepentingan IT pada zaman ini..Sudah beberapa kali perkara ini ditegur tetapi PAS Melaka masih tetap ditakuk lama. Jika segala kemudahan sebegini gagal kita manfaatkan ia merupakan satu kerugian yang besar walhal semua ketahui bahawa kewujudan blogger pada PRU 12 memberikan satu impak yang positif kepada Pakatan Rakyat. Harap pucuk pimpinan PAS Melaka dapat memberi penekanan dalam isu ini...

KOTA BHARU 17 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.

"Beliau (Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.

Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.

"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.

"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.

Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.

Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).