Rabu, 10 September 2008

Sudah Ku Jangka, Ahmad Hanya di Gantung Keahlian - Malaysiakini

Mmm sudah saya jangkakan paling kuat si Ahmad ni hanya digantung keahliannya sahaja.

Petang tadi, Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail dan melucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun. Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

Perkara ini sudah saya ramalkan didalam artikel yang saya keluarkan semalam. Walaupun ramai dari kalangan pimpinan tertinggi UMNO meminta agar Ahmad dikenakan tindakan dan hukuman yang berat. Tetapi itu semua hanya dari kata-kata mereka dan keputusan mesyuarat petang tadi sudah membuktikan segala-galanya.

Ahmad yang sebelum ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Yang pasti kecewa ialah Wanita GERAKAN kerana mereka mendesak agar si Ahmad dimasukkan ke dalam ISA kerana kenyataan beliau yang berunsur hasutan serta boleh membawa kepada perbalahan antara kaum.

Saya tiada hak dalam membuat sebarang keputusan tetapi yang pastinya rakan perjuangan mereka dari GERAKAN pasti kesal dengan hukuman ringan yang dikenakan ke atas Ahmad. Tetapi tulah saya katakan sebelum ini, UMNO tetap UMNO..sejahat mana dan seburuk mana mereka, ia tetap akan dibela dan dibelai...Macam cerita Anakku Sazali la pulak...

1 ulasan:

cheqPelesit berkata...

mkt umno buat boria lepas enam bulan rayuan diterima la. dapat kembali la jawatan umno. ala boria nak sejuk keadaan. hahahahehehe orang penang dah tahu boria lama.