Rabu, 20 Ogos 2008

Susulan Selepas Himpunan Bersih : Gelombang Yang Semakin Sepi


Perhimpunan aman BERSIH yang diadakan pada tahun lepas sudah hampir setahun berlalu. Objektif utama himpunan tersebut diadakan ialah untuk menuntut:-

1. Penggunaan dakwat kekal
2. Pembersihan daftar pemilih
3. Pemansuhan undi Pos
4. Akses kepada media


Cuma yang menjadi persoalan apa tindakan BERSIH selepas ini, adakah selepas
Pakatan Rakyat memenangi 5 negeri dalam PRU 12 sudah memberikan kepuasan hati dan adakah ini masih membuktikan yang SPR dibawah kendalian ra'SHIT' itu telus dalam melaksanakan tanggungjawab ??

Harap pihak pengurusan BERSIH dapat memperjuangkan terus isu ni walaupun
dalam PRU 12 kita semua telah dipermainkan oleh ra'SHIT' berkenaan dengan isu penggunaan dakwat kekal. Harap jangan dipersiakan perjuangan dan pengorbaban para penyokong yang mahukan pilihanraya di Malaysia ini dijalankan dengan telus, adil dan saksama tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. Perlu diingat, perjuangan kita semua masih jauh lagi...

silembiks : kenapa sebelum PR Permatang Pauh ni takde siapa nak bangkitkan isu penggunaan dakwat kekal..yang saya dengarpun cuma dari kenyataan dari
Bro Shamsul Iskandar dari AMK Malaysia..yang lain xde langsung... Rakyat sentiasa memerhatikan setiap langkah kepimpinan Pakatan Rakyat..

Minyak Turun : Najib Mula Gula-Gulakan Rakyat

Baru-baru ini Si Najib telah membawa khabar gembira untuk masyarakat Malaysia berikutan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia. Menurut kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh pada 18 Ogos 2008, 'Dalam beberapa hari, harga minyak di pasaran dunia dah turun, jadi tunggulah kot-kot ada berita baik.

"Begitu juga belanjawan, tunggulah, ada lagi yang akan dibantu oleh kerajaan supaya rakyat selesa di bawah
Barisan Nasional (BN)," katanya.

Baguslah jika harga minyak sudah turun tapi kenapa lewat sangat diturunkan dan kalau turun berapa banyak Pak Lah mahu turunkan ?? Apa jaminan yang dapat diberikan oleh kerajaan, adakah harga barang juga akan dapat diturunkan dan berapa lama harga yang turun ini akan berkekalan ??
Sejak Pak Lah jadi menteri harga minyak naik dengan angka yang luar biasa. Tulah, kalau naik tak beritahu rakyat, tup-tup dah naik mengejut...

Memang diakui bahawa kenaikan harga minyak sedikit sebanyak memberi bebanan dan tekanan hidup kepada rakyat yang hidup di kelas sederhana serta bawahan. Dulu isi minyak motor RM 5 dapat tahan sampai 4-5 hari, la ni dengan harga yang sama hanya dapat bertahan 2-3 hari saja. Itu baru cerita pasal isi minyak moto jer, belum lagi diceritakan berkenaan dengan kos barang-barang yang lain pula..yela, kalau minyak naik gaji naik takpela pulak..ini gaji tetap macam tu jer...

Najib boleh cakap 'ubah gaya hidup' pasal dia sendiri tidak pernah merasai kesusahan bahkan hidup dia sentiasa mewah dari masa kesemasa. Yela, kalau tidak masakan si
Rosmah boleh membeli belah di pusat membeli belah yang ternama di luar negara. Mungkin slogan 'ubah cara hidup' hanya layak digunapakai oleh Najib bersama pemimpin BN bukan untuk rakyat. Rakyat hidup melarat tapi pemimpin hidup senang lenang..

Bukan nak mengata atau mengeji kamu wahai Najib Altantuya cuma saya nak peringatkan kepada kamu, jika ikhlas mahu menjaga kebajikan rakyat buatlah betul-betul, bukan mempermainkan rakyat sesuka hati, nanti silap haribulan teruk kamu semua diajar nanti...

Siapa Yang Samseng Sebenarnya : Part 2

Hebat sungguh kempen di Permatang Pauh, sedih juga kerana tidak dapat turut serta kesana, hanya gambar jadi pengubat rindu. Sebelum ini saya ada memaparkan artikel berkenaan "Siapa Yang Samseng Sebenarnya ?". Tujuan saya memaparkan tersebut bukan tujuan meraih publisiti dalam meningkatkan hits di blog ini cuma saya meminta agar pembaca yang mengunjungi blog ini berfikir secara rasional dalam setiap perkara yang saya utarakan. Berfikirlah kenapa media asyik mengagungkan Parti Kerajaan seolah-olah KERAjaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang sempurna.

Berkenaan dengan isu samseng dan kurang ajar yang sekarang ini hangat diperkatakan oleh media terutama apabila isu ini dikaitkan dengan penyokong2 dan petugas2 dari Pakatan Rakyat , saya dengan tergerak hati ingin memaparkan 5 keping gambar yang saya rasa boleh dianugerahkan sebagai anugerah foto terbaik untuk tahun 2008. Kenapa tidak, anda semua sendiri boleh saksikan gambar-gambar putera, puteri, pemuda, serta makcik dan pakcik2 dari UMNO yang beraksi seperti beruk2 dijalanraya (meminjam kata2 menantu kesayangan Pak Lah).
Jadi semakin terjawablah, siapa samseng yang sebenarnya..

mak oii...akak puteri pun berkenan dengan punggung mamat ni...ada hati ker ?? ..harap Puan Emy tak berperangai sebegini, Insya-Allah saya percaya pada Puan Emy...

akulah raja menunggang...menunggang apa dik oi..sejak bila berminat dengan kaum sejenis....bahaya woo !!

aik...sempat lagi main cucuk-cucuk, dah 'stim' sangat ker ?? teruk2 sapala mak bapak budak ni, sapala bini dia, saya pula anak dia ??

wah wah wah..sekali pandang macam tarian inul, rupa2nya mereka berdua dok main tunggang kuda pesen UMNO...dahsat Islam Hadhari...macam manala bebudak PAS & PKR nak join UMNO kalau dah macam ni buruknya tingkahlaku mereka

Encik Polis ni pun berkenan juga..bahaya juga tu...si mamat baju oren ni dah macam spesis 'b***k' la pulak...yela, kejap panjat sana, kejap panjat sini...tabiyah dari UMNO inilah hasilnya...

Masing-masing boleh nilai sendiri apa yang dipertontonkan..kalau anak buah dah macam ini, pemimpin apatah lagi..Inikah keadilan yang kita cari selama ini, adakah ini yang dinamakan Negara Islam ?? Bak kata Nabil dalam Astro, Lu pikirla sendiri !!

Selasa, 19 Ogos 2008

Susulan 500 orang Pakatan Rakyat Serta BN : Part 2

Semalam dah keluar cerita dan hari ini keluar surat jemputan pulak...Surat ini saya perolehi dari sahabat PAS Bakri..Terima kasih diatas surat yang dihantar. Untuk melihat image yang lebih besar klik pada surat tersebut.



Banyaknya makanan. Rugi pulak tak dapat join sama..ada sate lagi pulak tu. Untuk Ali Rustam, tahniah kerana berjaya membohongi rakyat Melaka. Terima kasih kepada
mutaligat yang dah menjawab isu kemasukan orang Pakatan Rakyat Ke dalam komponen BN..Nampak sangat kaki penipu pemimpin BN Melaka..

Isnin, 18 Ogos 2008

Siapa Yang Samseng Sebenarnya ??

Sudah menjadi kelaziman setiap kali Pilihanraya kecil diadakan. Isu samseng sentiasa timbul dengan melibatkan parti-parti yang bertanding. Hebatnya apabila media memanipulasikan isu-isu ini terutama jika ia membabitkan petugas dari pemerintah yang 'dikatakan' dibelasah oleh petugas dari parti pembangkang.

Terkini semasa proses penamaan pada
16 Ogos lepas, diceritakan bahawa seorang jurukamera dan penyelia syarikat menjadi mangsa samseng yang dicetuskan oleh penyokong PKR. Saya melawat juga blog Puan Emy yang juga Ketua Gerakan Puteri UMNO Negeri Melaka dimana dalam blog beliau ada menceritakan perihal samseng yang kali ini melibat salah seorang petugas Puteri UMNO yang dikasari oleh petugas dari parti lawan.

Disini saya ingin senaraikan beberapa kes yang melibatkan 'kesamsengan' puak-puak UMNO @ BN kepada petugas pembangkang setiap kali Pilihanraya Kecil @ umum diadakan.

1.Pada pilihanraya kecil Ijok, terdapat beberapa insiden yang didalangi oleh samseng pilihanraya. Telah dikenalpasti bahawa Barisan Nasional dibawah pengaruh Pemuda UMNO dan MIC memang sedia maklum menggunakan khidmat samseng.
Klik untuk seterusnya... (Tetapi isu ini ditutupkan oleh media KERAjaan).

2.Pada pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Kelantan saya bersama kumpulan saya yang cuma terdiri dari 3 orang rakan telah dikepung lebih dari 10 orang pemuda UMNO di kampung tersebut (Berdekatan dengan masjid di Tal Tujuh). Kami nyaris dipukul tetapi syukurlah ketua kampung dapat selesaikan masalah tersebut, jika tidak tak tahula apa nak jadi..

3. Pilihanraya Kecil di Sanggang, dimana Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob telah menunjukkan isyarat lucah dan juga punggung beliau dikhalayak penyokong pembangkang.
Klik disini untuk melihat tayangan video.

4. Terakhir, bagaimana
kisah Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen di dalam PRU 12 baru-baru ini. Kenapa media tidak mewar-warkan berita ini.??

Persoalannya, sapa yang samseng Pilihanraya sebenarnya ?? Harap media, wakil-wakil atau penyokong setia 'karat biru pekat' dari parti pemerintah boleh jawab isu ini..

Silembiks : saya harap penyokong kedua-kedua parti janganla pulak ekstrem dan media hendaklah sentiasa telus, bukan menyokong sebelah pihak sahaja..

Ahad, 17 Ogos 2008

Susulan Ahli Pakatan Rakyat Melaka Masuk BN : Kenapa Beritahu 500 orang jer ??

Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2008 melaporkan seramai 500 orang ahli PAS, PKR dan DAP di Melaka telah menyertai UMNO dan BN. Hebat sungguh Ali Rustam, saat orang lain sibuk di Permatang Pauh, dia pula sibuk dengan kempen nak jadi Naib Presiden. Bukan saya hendak menidakkan kemasukan 500 orang dalam BN tapi banyak perkara yang memusykilkan hati saya. Kenapa saya berhujah sebegini ?? ini jawapannya :-

1. Sebelum PRU 12, kecoh dengan kemasukan abang Dato' Mustapa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) ke dalam UMNO, bila dikaji semula rupa-rupanya ia lakonan semata-mata, yang kelakarnya Abang Dato' Mustapa Ali yang dikenali sebagai Cikgu Zakaria memang pengikut setia UMNO lagi dulu, lagi hebat dia yang tak pernah keluar UMNO masuk UMNO untuk kali yang kedua. Mahu maklumat lebih detail,
klik disini.

2. Ini kes yang berlaku kat kampung saya bahkan ia melibatkan ahli keluarga saya. Adik dan abang saya tak pernah mendaftar menjadi ahli UMNO mahupun Puteri UMNO tiba-tiba dapat kad keahlian. Bila dikaji rupa-rupanya ia terjadi bila abang dan adik saya mengisi borang untuk daftar pemilih pilihanraya dibawah kendalian seseorang yang juga orang UMNO. Rupa-rupanya bila dah isi borang daftar pemilih secara automatik mereka jadi ahli UMNO.

3. Seterusnya berita dari salah seorang kawan saya, sapa yang hendak menyewa atau membeli kedai dibawah kendalian kerajaan negeri, syarat utamanya ialah kena isi borang keahlian
UMNO. Ini merupakan salah satu syarat yang dikenakan.

4. Hah, ini lagi best, rakan dari
PKR Melaka telah membongkarkan isu tersebut berkaitan dengan kesahihan ahli yang masuk BN, menurut mereka nama-nama yang terdapat akhbar tidak pula berada di dalam senarai ketiga-tiga parti komponen dan menurut Timb. AMK Melaka beliau telah meminta kerajaan negeri mendedahkan butiran ahli yang dikatakan keluar parti dibawah naungan Pakatan Rakyat. Untuk isu ini, sila rujuk di dalam akhbar Sinar Harian (Melaka & N9) bertarikh 16 Ogos 2008 di m/s 2.

Rasanya cukup 4 perkara saya maklumkan, sebenarnya banyak perkara yang saya sukar terima dari mereka terutama dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka,
Ali Rustam. Entah apa yang beliau takutkan..hairan-hairan..

Kenyataan beliau sentiasa berbelit-belit dan dia seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Ayuh Ali Rustam, jika kau mengaku diri kau anak jantan, mari kita berpencak secara anak jantan, bukan seloka irama sebegini yang kami mahukan...

lagi satu, takde pula hujah dari
Ketua Penerangan PAS Melaka berkenaan dengan isu ini. Apa-apahal saya nantikan isu ini dari dia.