Isnin, 19 Januari 2009

JOM MAIN FUTSAL - Malaysiakini

Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran DACS Jasin/melaka

klik pada imej:



REBUTLAH HADIAH WANG TUNAI RM 700.00, MEDAL DAN PIALA PUSINGAN UNTUK KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA. Untuk download borang penyertaan sila klik pada gambar..

untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara ZAINUDIN (0196564302), YUZI (0196291088) atau ZAKUAN (0197792795).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Januari 2009.

  • Klik disini juga untuk download syarat dan peraturan pertandingan

  • klik disini untuk melihat poster dan hadiah kejohanan
  • RFC PILIHAN TERBAIK BOIKOT KEKEJAMAN ISRAEL - Malaysiakini

    Emm sedapnya ayam goreng Radix

    Berhentilah membeli ayam goreng Mac-Donald atau KFC, mari kita gunakan produk muslim pula. Rasanya sedap (sedikit masin), kehalalannya terjamin.Mari kita sokong industri makanan muslim tempatan, jangan lagi mengkayakan syarikat yang menyokong Israel. Ingat ayam , ingat RFC, boikot Israel! Kuasa beli ditangan kita, nak angkat senjata kita tak mampu.

    Yang kita mampu ialah melumpuhkan ekonomi mereka, bukan kerana dengki atau irihati tetapi kerana kebiadapan mereka membedil orang awam Palestin khususnya orang Islam.Sudah lama kita mengkayakan mereka, tetapi mereka gunakan keuntungan untuk menyokong rejim zionist yang tak berperikemanusiaan. Ajar anak2 bangsa kita supaya memboikot kekejaman.


    Bahan-bahan:
    3 ketul kepak Ayam organik HPA
    1/2 cawan tepung herba HPA
    sebiji putih telur
    Minyak masak untuk menggoreng.


    Cara masak :
    Bersihkan ayam, potong ikut besar mana yg disukai.
    Pukul putih telur, celupkan ayam , golek2kan hingga rata.
    Letakkan tepung dalam pinggan, golek2kan ayam yg telah bersalut telur.
    Panaskan minyak dalam kuali kira2 cukup untuk menutupi jumlah ayam.
    Masukkan ayam dan tutup kuali.
    Balik2kan ayam sekali sekala hingga garing.
    Angkat dan hidangkan bersama sos HPA pilihan anda.

    MANGSA PERTAMA PLKN UNTUK TAHUN INI - Malaysiakini

    Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.

    Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem.

    "Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menziarah anaknya, Ahmad Al-Hashyiemi, 17, yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas terjatuh ke dalam longkang di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama Perak, 1 Januari lalu.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir.

    Bagaimanapun, dia sempat diselamatkan oleh seorang jurulatih kem yang kebetulan berada di tempat kejadian tetapi pengurusan tidak memaklumkan kepada keluarganya.

    Md Hussin berkata, anaknya itu tidak mengalami sebarang perubahan sejak dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kelmarin.

    Katanya, doktor memberitahu keadaannya tenat dan bergantung kepada alat bantuan penafasan sepenuhnya kerana sukar bernafas.

    Katanya, beliau tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap PLKN sebaliknya ingin menumpukan kepada anak keduanya itu yang kritikal.

    PAK LAH BUAT COME BACK - Malaysiakini


    Dolah Badawi yang akan bersara tak lama lagi berkata BN akan mencari punca kekalahan di dalam PRK Kuala Terengganu......


    Dalam hal ini saya sudi membantu Pak Lah kenapa BN boleh tewas kepada PAS dalam PRK yang lepas. Antaranya :-

    -Banyak sangat rasuah diberikan semasa PRK lepas
    -Buat kerja tak ikhlas (waktu petang petugas BN dah mula kurang)
    -berlagak sangat semasa berkempen (guna media kerajaan, asyik puji BN dan yang buruknya semua Pakatan Rakyat)
    -Time nak mengundi baru terhegeh-hegeh nak jumpa penduduk (Wan Farid tidak disenangi rakyat tempatan)
    -Time pilihanraya barulah bantuan datang melimpah ruah, jika tidak jangan harap.(kalo nak projek macam ni datang lagi, tunggu ahli perlimen @ Adun BN meninggal lagi)
    -Time ni la baru buat keje dengan menutup aurat kiranya tak ikhlas juga la namanya, tak ikhlas dengan Allah (Puteri UMNO)

    Dan banyak lagila....yang lain nanti Pak Lah & the geng boleh cari....Kalo tak, xjadilah post mortem BN nanti.....

    BACA INI, KENAPA SAYA CAKAP ALI RUSTAM BODOH - Malaysiakini

    Malang sungguh saya kerana memiliki seorang Ketua Menteri Melaka yang pemikirannya berada dibawah level budak tadika. Lebih baik beliau disekolahkan dahulu sebelum menyekolahkan orang lain. Sudah kalah mulalah beri macam-macam alasan. Menurut kenyataan beliau di Utusan Meloyar, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004."Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

    Tak ke bodoh punya statement. Apa, dia ingat 3000 pengundi tu semuanya pangkah BN ke ?? Kalau undi pos tu bole jugala saya percaya. Macam manalah UMNO bahagian boleh calonkan dia sebagai bakal timbalan presiden UMNO, tidak ke kes naya namanya tu. Mau lingkup Malaysia di bikinnya jika beliau menjadi Timb. Perdana Menteri Malaysia.

    Satu lagi saya nak mencelah, beliau ada menyebut punca kekalahan BN di Kuala Terengganu dimana kata beliau BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu. Nampak sangat dia cuba membodohkan rakyat Malaysia. Hanya kaki ampu saja yang akan mengiyakan kenyataan bodoh bakal TPM Malaysia ini. Sudah menjadi tanggungjawab bagi mana-mana kerajaan yang memerintah, pembangunan perlulah dilaksanakan. Itupun mahu lagi tipu orang. Apa gunanya bangunan banyak dibangunkan seperti di Negeri Melaka tetapi hutang yang ada tidak mampu dilangsaikan hingga ke anak cucu. Ali Rustam sepatutnya belajar cara2 hendak mentadbir sebuah negeri dengan Tuan Guru Nik Aziz. Ini tidak, jika melaksanakan projek pembangunan tapi dengan berhutang kepada kerajaan pusat semua orang boleh bikin la...Sekali lagi rakyat Malaysia dan terutama rakyat Melaka cuba diperbodohkan oleh Ali Rustam yang bodoh ini....

    HIDUP RAKYAT SEMAKIN MERANA DIBAWAH PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL - Malaysiakini

    Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

    “Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan

    Saya kurang yakin dengan kenyataan ini. Sejauh mana ketelusan Subramaniam menangani masalah ini. Seperti yang berlaku di Melaka, walaupun kilang tidak menamatkan operasi tetapi diatas beberapa sebab mengakibatkan sebuah kilang sudah berpindah ke Johor dan ia telah memberikan kemudaratan kepada pekerja-pekerja yang berusia 35 tahun ke atas ekoran terpaksa membatalkan hasrat untuk mengikuti syarikat yang berpindah ke Johor ekoran sudah berkeluarga, anak yang bersekolah serta sudah membeli rumah di Melaka. Mereka semua tidak sanggup berhutang sekali lagi untuk membeli rumah di Johor. Sehingga sekarang ada diantara mereka masih belum lagi mendapat peluang pekerjaan kerana faktor usia yang sudah lanjut. Kerajaan Negeri Melaka, hmmm jangan diharap..Ali Rustam hanya memandang kepada sektor pelancongan kerana sektor tersebut adalah salah satu usaha untuk memenuhkan kantung poket beliau....Malang sungguh jadi rakyat Melaka..Pangkah BN pun nasib tetap tidak terbela dan rakyat masih tetap menderita.....